Wednesday, April 7, 2010

~kaki Kuntum Teratai terakhir~

.

Salam wat sume kwn2 qasih.cm ne ari nie?sume sihat2 x?he3~harap sume dh mkn n sihat2 belaka.ari nie qasih nak bckap pasal kecntikn.kecntikan nie mesti dikaitkan ngn perempuan kan.tau x kwn2,pd waktu dulu2,kaum hawa nie snggup wat ape je tuk nmpak cntik dan sempurna di mata lelaki.em,byk adat2 lame y menunjuk kan usaha mereka nie.kdg2 ade gak adat atau amalan y x masuk dek akal.bese la~pd zaman dahulu mereka tidak terdedah dgn kesan buruk kpd diri mereka sendiri.


Amalan kaki kuntum teratai nie telah diamalkan di negara China.amalan nie merupakan amalan y membengkung kaki dgn memakai kasut y kecil.dikata kan tanpa kaki bersaiz 3 inci itu,lelaki xkan masuk meminang~hu3~membengkung kaki ini akan dilakukan pada usia y masih muda.antara umur 5 dan 6 tahun.nenek atau ibu mereka akan membengkungkan kaki anak2 ni.dikatakan kaki kecil ini merupakan kesempurnaan sesorg wanita.


Kain pembalut yang panjang menyebabkan anak-anak kecil ini sukar membasuh kaki. Kerana kesukaran itu, mereka hanya membasuh kaki sekali dalam dua minggu menyebabkan baunya sangat busuk. Malah bau busuk juga terjadi kerana tiada darah yang dapat mengalir ke kawasan itu. Ia menyebabkan kematian tisu dan tulang (necrosis). Apatah lagi kaki yang dibengkung perlu diketatkan dari semasa ke semasa.Walaupun menyakitkan dan busuk, apabila dilakukan secara kerap ia tidak lagi menjadi persoalan. Apatah lagi tulang kanak-kanak masih lembut dan mudah dimanipulasi. Malah ia sudah menjadi kebiasaan hinggakan kaki yang dilipat bertahun-tahun akan menjadi sangat sakit jika cuba dibentuk semula seperti asal.


~membengkung kaki~

Ada juga keluarga yang bertindak ekstrem dalam mendapatkan bentuk yang kecil dan cantik. Mereka memasukkan pecahan porselin dalam balutan kaki untuk menyiat daging. Tindakan ini bagaimanapun ada kalanya menyebabkan kaki menjadi luka, bernanah dan akhirnya terpaksa dipotong.


Bagaimanapun semua kesakitan dan kepayahan itu tidak dipedulikan untuk meraih darjat. Di zaman feudalisme yang mementingkan status, membengkung kaki adalah satu-satunya lesen untuk wanita golongan bawahan melompat status. Ia peluang besar untuk mereka berkahwin dengan golongan kaya.

Kaki berbengkung dilihat sebagai simbol kecantikan, kemurnian dan sopan santun. Ia juga menjanjikan jodoh yang baik buat si gadis.

Dalam sejarah masyarakat China dicatatkan, ibu mentua memilih calon menantu melalui kasut. Kaki kecil simbol kepatuhan kepada keluarga suami manakala tenunan dan sulaman pada kasut adalah lambang kerajinan si gadis.

Bagaimanapun di kalangan lelaki golongan diraja dan aristokrat yang menyimpan gundik, kaki yang dibengkung sebenarnya mekanisme untuk menghalang si gundik lari daripada mereka! Malah di kalangan lelaki waktu itu tidak dinafikan kaki yang berbengkung sebenarnya lambang erotik dan seksualiti.

Kaki yang berbengkung bermaksud si gadis tidak boleh bergerak secara sempurna. Manakala di kalangan gundik, dengan kaki yang kecil dan tarian yang lemah gemalai kerana kurang keseimbangan, ia disifatkan sebagai 'keayuan'.

Kaki yang berbengkung dilihat sebagai bahagian tubuh paling indah dalam anatomi wanita. Apatah lagi apabila memakai kasut cantik buatan sendiri bermanik dan berloceng.

Tradisi membengkung kaki dikatakan bermula pada Dinasti Sung. Walaupun awalnya ia diamalkan di kalangan golongan diraja dan aristokrat, ia menjadi amalan hampir semua masyarakat ketika itu. Lelaki hanya akan memilih wanita berkaki kecil sebagai isteri.

Bagi wanita yang mengahwini golongan bangsawan atau menjadi perempuan simpanan, berkaki kecil mungkin satu kelebihan. Mereka tidak perlu membuat kerja rumah dan hanya melayan maharaja. Malangnya, bagi kebanyakan wanita lain di kampung yang hanya berkahwin dengan golongan kebanyakan, mereka masih perlu kerja di ladang. Justeru, bayangkan azabnya dengan saiz kaki yang tidak seimbang dan terpaksa juga mengendong anak di belakang. 



~saiz kaki sebesar kotak rokok~

INFO: Bengkung kaki
* Amalan membengkung kaki dipercayai bermula pada zaman Dinasti Sung
* Ia dilakukan sebaik saja kanak-kanak perempuan mencecah usia lima atau enam tahun
* Kaki akan direndam dalam rebusan suam campuran herba dan darah haiwan Jari kaki akan dipatahkan kecuali ibu jari dan dilipat ke bawah tapak kaki
* Ia dibalut dengan kain sutera atau kapas yang basah berukuran kira-kira tiga meter dan lima sentimeter lebar
* Ritual itu akan diulang setiap dua hari dengan kain pembalut yang baru
* Selepas dilakukan berulangulang, kanakkanak ini tidak lagi berasa sakit dan kaki hanya akan dicuci setiap dua minggu.
* Kaki yang dibengkung mesti mencapai ukuran enam sentimeter bagi golongan aristokrat dan 12.7 sentimeter untuk masyarakat bawahan.
* Amalan penindasan ini diharamkan sepenuhnya pada 1930 selepas komunisme menerajui China.

Nasib baik kita x hidop dlm keadaan mcm nie.elok2 ade kaki tp kalo nasib x bek,kne potong.em.bsyukur kerana kita hidop d zaman y dah x jahil mcm dlu.sejak zaman nabi,darjat kaum hawa di naikkan dan dipandang mulia oleh semua manusia.bersyukur~

ok.sampai kat sini je k qasih nak berbicara.he3.semoga kita akan bjumpe lg di lain post~syg wat sume~lots of love~~~

Mutiara Kata 14 :

Gembira dgn dunia adalah kegembiraan kanak2,
gembira dgn keimanan adalah kegembiraan org2 abrar,
bkhidmat kpd harta adalah hina,
dan beramal kpd Allah adalah kemuliaan~

~La Tahzan~

4 comments

MR.Z said...

tak berminat la nak buat, nampak pelik..hehe..
qasih berminat ke?boleh try dulu.. :P

pawaka19 said...

emm..sanggup kerana nak dpt darjat diorang bengkung kaki tu..sakit tu..emm tp hairan juga..kenapa diorang pilih kaki..kalo muka xcantik cmn? hairan2

+qasih nadira+ said...

mr.Z:laki mana ade bekung la.cm ne nak sara anak n wife kalo laki bbekung~sy x mo la~sy nak jln2 seluruh dunia~he3~xmo~

pawaka19:kat muke?mana leh~t blom tua tp muke dah berkedut.lg x cntik~mmg kat kaki je~mmg sakit pon.nasib baik qasih x idop dlm zaman nie~ :)

Nurul said...

ya Allah sakitnye!!! nasib la kita tak ada budaya2 pelik macam ni.. adoi aii..kalo ada pon.. baiklah mati adat.. jgn mati cepat! heish.. merbhaya sungguh..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile