Wednesday, May 12, 2010

~kisah di kedai~

.

~Salam buat sahabat-sahabat sekalin~

~Hari ini ummi masak spesel sket iaitu nasik ayam~nyam3~tak sabo rase nya nak makan tengahari ni.hehehe~Oleh sebab ummi masak spesel arini,qasih kena pergi kedai dua kali.Kali pertama pergi ngan akak beli bahan-bahan.Kalo suruh qasih pergi sorang-sorang gerenti lambat la ummi masak sebab qasih nie lama sket kalau nak fikir beli bahan masak.huhu~tak pe~jangan risau yer~Belajar pelan-pelan~

~Kali kedua qasih pergi sorang.Ummi pesan beli minyak masak.qasih ingat nak beli 3 paket tadi.Cepat-cepat ummi betulkan.Suruh beli sepeket je.Kalau ikotkan hati memang nak beli banyak.Nasib baik ummi dengar qasih ngomel-ngomel.hehehehe~

~Sampai kat depan kedai,ada plak kete proton saga.Tetibe kuar sorang wanita dari kedai pergi ke kete tu.Oh,tu kete dia la~Mula-mula dia bukak pintu pemandu~Dah abis beli barang lagaknya.Pastu dia bukak pulak pintu tempat duduk belakang.Berlari sorang budak dengan pakaian seragam sekolah terus masuk dalam kete tu.Terus ibu dia tutupkan pintu.Aish~Manja betul budak zaman sekarang.Kalau qasih dulu pergi la naik bas sendiri.Jangan harap nak berhantar.Kat pondok bas tu la tahan ngn macam-macam dugaan.Hujan,panas,kena kejar anjing,tahan kencing ngn em em em pon pernah tau~hahahaha~

~Masuk la kedai nak beli minyak masak ni.Pastu ushar-ushar kopok double decker~Alorh~Tak ada plak.Yang ada cuma kopok J.J je~Tak mo la beli.tak dap~huhu~Dah-dah,jom g bayar.Masa nak bayar masok lah seorang laki muda ambik sabun basuh.Pas bayar masa nak pusingkan badan nak keluar tetiba terdengar laki tu tanya orang kedai..........................

+++
+++
+++
+++
+++
+++
+++
+++
+++
+++
+++
+++
+++

Fair and Lovely ada x?



Erk~ok~Tak dinafikan.qasih penah selongkar barang member laki dulu tetiba terkantoi plak dalam beg dia ada fair and lovely.hahahahaha~Memang jadi bahan dan tajuk utama la masa tu.huhu~Sapa suruh terkantoi dengan qasih kan~Padan muka~~~

~Dulu qasih pon ada jugak pakai fair and lovely.Tapi dah lama sangat berhenti.huhu~Orang kata tak elok untuk kulit.Sebab dia menghakis kulit~qasih pon dengar la cakap diorang.qasih berhenti~Tapi tak sangka laki pon pakai jugak ye.qasih takut nanti iklan fair and lovely pon laki yang pegang~huhuhu~ (eh,ada la iklan fair and lovely laki yang promote~tekan sini~) 

~Baiklah!Tamat la kisah untuk pagi ini.qasih tak sabar nak makan ni.Asyik terbau-bau je dari dapur.huhu~Kawan-kawan pon jangan lupa lunch k~Semoga berjumpa lagi k~Salam~

Mutiara Kata 59 :

Biasakan dirimu menjadi pendengar yang baik,
tidak memotong pembicaraan orang lain,
bertutur kata lemah lembut,
bersikap santun,
serta meninggalkan kesan positif dihati setiap orang yang mengenalmu~



9 comments

sidah said...

huhu..
2 kira ok..
kwn laki kite siap bwk bedak sejuk lg dlm beg tau...
tiap2 mlm die pkai...hehe..:)

+qasih nadira+ said...

sidah:hah???betul ke kwn awk mcam 2??hehehe~giler menjaga muka~bagus3~untuk hari tua gak kan~ :)

econpolics said...

Fair n lovely??

hahahhaa,,,adoii malunye...

tapi xpe

"kecantikan adalah milik setiap insan"

hehehehe

Lan Bingka said...

ala..dia beli untuk bini dia..atau kakak dia..atau adik dia..atau nenek dia..

+qasih nadira+ said...

Lokman:hahahaha~ok~leh diterima la~memang pon kecantikan hak milik semua~ :)

Lan Bingka:bukan~kalau tak napa dia cakap pelan-pelan je~~~~~:P

pawaka19 said...

haha kantoi...ish qasih ni biasa la tu..mel dulu pkai jugak..bgusla jgak pkai..dia melembab dan melembutkan kulit.pasal menghakis tu tak tau pulak..eh qasih..klau nak tau..mel penah pakai gincu masa nak pi tadika..bile ingat balik kelakar plak.

+qasih nadira+ said...

pawaka19:mel pon pakai gak?ok~qasih leh caya 2~apsal pakai gincu????hehehehe~~~nak pikat sapa 2 mel~~~hehehehe~

pawaka19 said...

mel sebenarnya terikut ngan mak..bile nampak mak pkai..mel pon nak pkai..so sampai sekarang still merah..ramai kata mel pkai gincu walaupon xpkai

+qasih nadira+ said...

pawaka19:hahahah~nasib bek tengok mak pakai gincu je~kalo tengok mak pakai celak,maskara macam mana plak 2~hehehe~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile