Saturday, May 8, 2010

~tiada ganti~

.



~Salam buat sahabat-sahabat sekalian.Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat~Alhamdulillah~

~Semestinya hari ini akan ada ramai para blogger akan berbicara pasal hari ibu.Sejak beberapa hari yang lepas ramai yang dah menulis nurkilan-nurkilan tentang hari ibu.Betapa hari ibu ini memberi tamparan yang hebat buat anak-anak.Ada yang sudah pasang plan untuk membuat kejutan untuk ibu mereka.Bagaimana pula anda semua?

~Qasih pun ada gak la sebuah nurkilan khas buat ummi tersayang~Ngeh3~Nak gak kan.Para blogger yang lain,mari lah sama-sama kita tuliskan sebuah nurkilan buat ibu kita yang tersayang~ :)


~Dari kecik tapak tangan sampai la sebesar tapak tangan ibu kita dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh.Sepenuh kasih sayang dicurahkan kepada kita.Bila kita dah besar nie,ada x kita menjaga ibu kita macam mana ibu menjaga kita?ada tak kita cium pipi ibu seperti ibu cium pipi kita setiap pagi masa kita kecil dahulu?


~Ibu menggajikan cikgu dan ustazah supaya kita pandai mengaji dan bersolat.Ajar kita menggerakkan kaki ke masjid untuk menuntut ilmu akhirat.Adakah sekarang kita masih lagi ingat bacaan-bacaan alif,ba,ta dari ustazah?adakah kita masih lagi berjalan ke masjid untuk bersujud dan mencari keredhaan-Nya?


~Ibu mendoakan setiap tingkah laku yang kita lakukan.Doakan kebaikan untuk anak-anak tersayang.Tahu kah kawan-kawan doa ibu adalah doa yang paling cepat termakbul oleh Allah s.w.t?Pernahkah anda terfikir setiap kejayaan anda,ada disebaliknya doa seorang ibu?Pernahkah anda doakan kesejahteraan dunia dan akhirat ibu anda?

~Ummi,terima kasih untuk segala-galanya.Doakan angah menjadi seorang anak yang solehah~Terima kasih kerana melahirkan angah kedunia ini dan membimbing angah sampai la angah berjaya berdiri sendiri.Terima kasih ummi~


~Baiklah,sampai sini sahaja nurkilan qasih.Semoga kita berjumpa lagi yer kawan-kawan.Salam~

Mutiara Kata 52 :

Hari kelmarin telah tiada.
Hari ini sedang berlangsung.
Sementara hari esok belun lahir.
Harimu adalah hari ini,
maka istilah ia dengan ketaatan,
nescaya engkau akan mendapat keberuntungan~



14 comments

Lucy S. said...

happy mothers dayy! yeeehaaa!

+qasih nadira+ said...

not2:hahaha~selamat jugak beb!!!

ღKekunangpelangiღ said...

Tak lama nanti anak pulak ucap pada kasih,
Selamat hari ibu!! ^^"

Lan Bingka said...

semoga angah pun akan jadi ibu mithali..;p

+qasih nadira+ said...

Epol:hehehe~mesti la~saya kan bakal ibu gak~hehehe~

Lan Bingka:amin~insyaallah~doakan sy tau~

Chaon Cornerz said...

comey budak pakai baju ijau tue.. hahha.. happy mother's day kepada ibu2..

+qasih nadira+ said...

Chaon:selamat jugak!!!

pawaka19 said...

bile tengok muka ibu..rasa sedih pon ada..masih belom tercapai cita2 nak dia gembira dan berbangga dengan kita.

Faizalpj said...

me too

+qasih nadira+ said...

Pawaka19:yup,perjalanan kita sebagai anak masih lagi jauh~masih lagi banyak rintangan yang perlu kita tempuhi~ :)

Faizal@Pejay:me to0~ :)

Death_Crew said...

selamat ari ibu.....
qasih da jd ibu ke..??
xckp pon...?hakhakhak

+qasih nadira+ said...

Death:Aish~sy muda lagi la wak~belom kawen pon~bakal jadi ibu~~~masa hadapan la maksud nye~~ :)

Death_Crew said...

lorh yeke qasih..??
insyaallah..
ade la kt mse dpn 2..
hehe..
jgn lupe jemput taw..
hehe..nk mam nasi mnyk bnyk2

+qasih nadira+ said...

Death_Crew:ok2~jgn risau~qasih jemput semua sekali tau~kenduri besar2ran~hehehe:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile