Monday, May 3, 2010

~kiasan melayu~

.

~Salam buat sahabat-sahabat sekalian.bertemu lagi hari ini.

~Baik lah,hari ini qasih nak bercerita tentang bahasa kiasan orang melayu lama.mesti ramai diantara kita yang masih mengamalkan dan menggunakan bahasa kiasan ini dalam kehidupan seharian.selalunya bahasa kiasan ini digunakan oleh orang yang lebih berusia.bahasa kiasan ini digunakan sebagai teguran buat anak-anak.apa contoh bahasa kiasan yang pernah kamu dengar?

~Jangan duduk atas bantal,nanti bontot bisul~
~Jangan mengangkat kaki ketika menelentang,nanti ibu meninggal dunia~
~Jangan mengasah pensel sehingga kontot mcm jari kelingking,nanti ibu pon meninggal jugak~
~Jangan buang nasi yang berlebihan,nanti nasi menangis~

~Semua nya jangan kan.he3~itu tandanya banyak kesalahan yang akan kita lakukan sepanjang kita menjalani hidup sebagai kanak-kanak dan sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menegur kesalahan tersebut.

~Bahasa kiasan ini jugak amat diperlukan kalau kita berada dalam keadaan berbahaya.nak tau contoh nya?com layan:

+Selepas beberapa bulan,Ali mengadakan hubungan sulit dengan orang gaji nya,Ratna didapati hamil.Ali tidak mahu rumahtangga nya hancur dan dia mengambil keputusan untuk menghantar Ratna balik ke Bandung.Ali berjanji untuk menanggung perbelanjaan anak tersebut sehingga anak itu berusia 18 tahun.Supaya rahsia mereka tidak terbongkar,Ali menyuruh Ratna menghantar sekeping poskad dan menulis perkataan 'Mi Bandung' setelah bayi mereka lahir nanti.poskad itu bagi memaklumkan Ali supaya menghantar segala perbelanjaan untuk anaknya.


+Suatu hari selepas 9 bulan berlalu,semasa Ali pulang dari pejabat,isterinya Salina menegur dengan muka mencuka.
     "Bang,abang dapat poskad pelik la hari ini,"beritahu Salina dengan dahi berkerut-kerut.
     "Oh,tak pe..bagi poskad tu kat abang ye.nanti abang check dulu,"balas Ali.


+Salina terus memberi poskad itu kepada Ali dan Ali terus membaca poskad tersebut.Serta-merta mukanya bertukar menjadi biru,ungu dan terus pengsan.
     Poskad itu berbunyi begini:

                            "Mi Bandung,Mi Bandung,Mi Bandung,Mi Bandung-dua ada telur,dua tiada telur.Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

~Sekarang makin advance kan bahasa kiasan kita.he3.ok~pada kawan-kawan yang nak berkongsi bahasa kiasan lama yang pelik-pelik sila la ye.qasih pon dah banyak lupa.Baik!sampai sini saja qasih nak pot pet.moga kita berjumpa lagi ye~lots of love~~~

Mutiara Kata 45 :

Kirimkan surat pengharapanmu di tengah keheningan malam.
Jadikan air matamu sebagai dakwatnya,
kedua pipi sebagai kertasnya,
kepasrahan sebagai setemnya,
dan Arasy Illahi sebagai alamatnya(tujuannya).
Setelah itu,tunggulah jawapannya.


5 comments

planaria said...

haha~ mi bandung tak de telur tu gane?? kakakakahahhah~~ :D

+qasih nadira+ said...

planaria:ko bab telo2 nie mmg laju yer planaria~~~amboi3~

Lan Bingka said...

bagus gak kod rahsia tu..hehe

ღKekunangpelangiღ said...

suka eh qasih bab-bab gini eh..bhaha!
lawak entry ni ^^

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:hahaha.jgn amalkan ye~kang ada gak sukan lempar pinggan dalam umah~hoho~

Epol:o0o~epol pon suke gak yer~o0o0o0o0o0~kantoi~~~ :D


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile