Friday, May 14, 2010

~kisah dari Oprah~

.

~Salam buat semua~

~Hari ini qasih menghabiskan masa dengan menonton rancangan Oprah tv show.Kali ini Oprah menceritakan tentang kehidupannya sepanjang karier beliau sebagai artis.Kehidupan Oprah pada masa dulu sangat cemerlang dengan mengendalikan tv show sendiri,sebagai selebriti dan sebagai artis.Oprah juga berjaya menguruskan badan nya sehingga 50 kg dan telah menarik ramai majalah popular untuk menjadikan Oprah sebagai kulit majalah mereka.



~Sehinggalah pada tahun selepas itu beliau menyedari perubahan pada dirinya.Badannya mula menunjukkan peningkatan yang tinggi.Dia kini sudah menjadi gemuk.Seorang peminat telah memberitahunya bahawa Oprah telah mengalami thyroid.Selepas mengetahui penyakitnya ini,Oprah menjadi kurang semangat dan hilang keyakinan pada diri sendiri.

~Pelatih diet dan senaman peribadi Oprah,Bob Greene turut menyedari perubahan yang berlaku pada Oprah dan mengajak Oprah untuk keluar berjalan dan menyuarakan pendapat masing-masing tentang perubahan yang berlaku pada Oprah.Bob mengatakan bahawa Oprah mengalami depression (masalah kemurungan) tetapi Oprah mula menyangkalnya.

~Bob dan Oprah~

~Selepas menyedari berat badannya mula naik secara mendadak,Oprah kurang mempamerkan dirinya pada khalayak ramai dan berpendapat perlu untuk menyembunyikan dirinya.Malahan beliau hanya mempamerkan separuh badannya sketika menjadi gambar dikulit majalah.Hal ini menyebabkan Oprah menjadi tertekan dan jarang untuk hadir ke pejabat.Beliau banyak menghabiskan masa dengan hanya menyendiri sahaja.

~Selepas itu,barulah Oprah perasan perubahan pada badannya bukanlah disebabkan oleh pengambilan lemak atau makanan yang berlebihan.Tetapi kurangnya kasih sayang pada diri sendiri menyebabkan beliau berubah.Hal ini turut dikongsi bersama Bob dan Bob bersetuju untuk membantunya dan berlawan dengan kelemahannya itu.Setiausahanya juga turut memainkan peranan penting dalam menyiapkan Oprah dengan cara hidup yang sihat.Sejak dari peristiwa yang menjatuhkan dirinya sendiri,Oprah menyedari bahawa dia perlu memberi dirinya sendiri masa yang cukup untuk berehat dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

~Sehingga sekarang Oprah tidak kisah walaupun dia tidak kembali ke badan 50 kg,dia menyedari bahawa dia perlu bersyukur dengan pemberian tubuhnya itu kepada Tuhan.Peristiwa itu menyebabkan beliau lebih bersyukur dan dapat menerima apa sahaja ketentuan dari Tuhan.Apa yang ditekankan dalam talk show itu ialah,sayangilah diri anda,bersyukur lah dengan apa sahaja yang telah Tuhan berikan dan anugerahkan pada kita~






~Baiklah,itu sahaja yang qasih nak kongsi disini.Sebagai kesimpulannya,kepuasan dalam diri kita bukan lah datangnya dari faktor luaran seperti harta yang banyak,kehidupan yang mewah,perhatian orang ramai dan lain-lain tapi kebahagiaan diri itu datangnya dari faktor luaran.Bentuklah diri kita supaya mempunyai nilai motivasi yang tinggi dan mampu menyahut apa sahaja cabaran yang mendatang.Jadikan sabar sebagai bentang  kekuatan dalam diri anda sendiri.

~Salam buat semua~

Mutiara Kata 62 :

Kedua telingamu masih boleh mendengar,
kedua matamu masih boleh melihat.
Lidahmu masih boleh berkata-kata.
Selain itu,tubuhmu terbebas dari berbagai penyakit fizikal
dan jiwamu sihat.
Adakah semua kenikmatan itu sudah engkau syukuri?


2 comments

pawaka19 said...

ye..kalau kita sayangi diri kita sendiri kita akan menjaga berat badan kita..

+qasih nadira+ said...

pawaka19:oleh itu,sayangi la diri kita sndiri~ :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile