Monday, May 24, 2010

~memanjangkan kaki untuk cantik~

.


"Artikel dibawah adalah satu matlumat menarik berhubung teknologi perubatan.
Walaubagaimanapun,saya belum semak lagi dari segi hukum Islam berhubung tindakan mematahkan kaki untuk tujuan memanjangkannya..."

~Salam buat semua~

~Hari ini qasih nak bercerita mengenai kecantikan.Ada yang berpendapat memiliki kaki yang panjang akan kelihatan lebih cantik dan menarik.Jadi,terdapat segelintir manusia yang menginginkan kecantikan ini dan sanggup membelanjakan ribuan dolar untuk menjalani pembedahan memanjangkan kaki ini.

~Ketika pembedahan ini dijalankan doktor akan mematahkan tulang kaki mereka dan menyambungkannya dengan bingkai regangan.Tulang baru akan mula bercantum antara regangan tulang kaki tersebut.Sementara menunggu tulang ini untuk tumbuh sepenuhnya,pesakit akan disuruh berehat selama 6 ke 9 bulan.Bingkai regangan digunakan untuk memastikan kaki dalam keadaan lurus dan memudahkan pesakit untuk bergerak ke tempat yang dekat seperti bilik air ataupun dapur.Dikatakan mereka akan mengalami kesakitan sementara sebelum tulang-tulang ini selesai terbentuk.

~Selepas dikaji mengapa penduduk China suka memilih pembedahan ini adalah kerana dikatakan mereka sukar mencari pekerjaan dan jodoh.Memiliki kaki yang panjang akan membuatkan mereka lebih nampak menarik dan cantik.Oleh kerana itu mereka memilih untuk melakukan pembedahan ini bagi memastikan mereka tampil cantik dan menarik.

Beginilah keadaan kaki selepas pembedahan

~Namun begitu,terdapat kesan sampingan buruk selepas menjalani pembedahan ini.Antaranya ialah cacat anggota,kerosakan urat,sendi dan otot,jangkitan kuman,artritis dan sakit kronik.

~Terdapat pelbagai cara untuk kita nampak cantik dan sempurna di mata orang lain.Persoalannya,perlukah kita nampak cantik dan sempurna semata-mata untuk memuaskan hati orang lain dan mengejar keduniaan seperti dalam kerjaya dan populariti?Tepuk dada tanya lah selera~

~Salam~

5 comments

rammyd said...

ta sanggup saket sebab nak cantik.. -_-''

Lucy S. said...

mcm mengubah ciptaan je. kan kan kan?

pawaka19 said...

bersyukur apa yang ada..terimalah seadanya..sebab hidup kita ni sementara aja..btol tak qasih?

New Entry Pawaka19 Dot Com
"Pemulihan Dara,apabila sudah ditebuk tupai? "

+qasih nadira+ said...

rammyd:tau tak pe~terlalu mengikut dunia sampai melupakan diri sendiri~

Alynn Notnot:tau x pe~jatuh la hukum dia haram kan~

+qasih nadira+ said...

pawaka19:betul 2 mel~tak ada yang kekal dalam dunia ni~terima seadanya~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile