Wednesday, May 5, 2010

~bagaimana guruh berbunyi?~

.

~Salam buat sahabat-sahabat sekalian.Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.Bagaimana dengan kehidupan hari ini?Harap hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok akan lebih baik dari hari ini.

~Baik la~Dari lewat petang tadi sampai la sekarang kat luar rumah nie asyik guruh dan hujan je.tetiba terdetik plak nak tengok hujan kat luar rumah walaupun guruh berdentum-dentum.terpikir la sejenak kan bagaimana agak nya guruh terhasil.kawan-kawan tahu tak?

~Guruh adalah kata yang digunakan untuk menerangkan gelombang kejut suara yang dihasilkan akibat berlakunya pemanasan dan pemuaian udara yang sangat cepat ketika dilewati oleh sambaran petir . Sambaran tersebut menyebabkan hawa berubah menjadi plasma dan langsung meledak, menyebabkan munculnya suara yang bergemuruh.


~nampak bahaya kan kilat ini~

~kilat sambar-menyambar~

~Fenomena ini terjadi pada saat bersama dengan kilatan petir, tetapi suara gemuruhnya biasanya terdengar beberapa ketika selepas kilatan kelihatan. Hal ini terjadi kerana cahaya merambat lebih cepat (186.000 batu / 299.338 kilometer per detik) bila dibandingkan suara (sekitar 700 batu / 1.126 kilometer per jam, bervariasi bergantung suhu kelembapan dan tekanan udara).

~Guruh merupakan suara yang sangat kuat, tercatat sekitar 120 desibel , setara dengan suara yang dihasilkan oleh senjata api . Suara yang keras ini boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian dalam telinga. Tiga minit paparan dari guruh akan menyebabkan kehilangan pendengaran kekal.

~Hah,tue la serba sedikit tentang guruh ini.Rasa dah lama tak cari informasi macam nie.Hahahaha.Disebab kan guruh tak bolah nak ditangkap gambar nya,jadi ada gambar petir je.rembat je la ye~huhu~

~Baiklah,sampai disini sahaja qasih nak berceloteh k.Moga kita berjumpa lagi di lain hari~  :)

Mutiara Kata 47 :

Maha Suci Allah s.w.t yang telah memuliakan mereka yang merendahkan diri di hadapan-Nya,
terhormat bagi yang meminta kepada-Nya,
berkecukupan bagi yang memohon anugerah-Nya,
tinggi di mata manusia bagi yang menundukkan diri kepada zat-Nya,
dan bahagia bagi yang pasrah kepada ketentuan/takdir-Nya.



8 comments

sillyloo said...

good info.......dlu tido time class sains sbb tu x tahu sgt :p

pawaka19 said...

wah boleh pekak ke? tulah kuasa Allah..kalau kene sambar petir lagila..bukan hangus je..berlubang terus badan...

Lan Bingka said...

rajinnya cari info..hehe

+qasih nadira+ said...

sillyloo:hoho~pelajar terlebih cemerlang nie~hehehe~skrg dunia dah maju~dalam tenet je mcm2 leh dapat~ :D

pawaka19:tau x pe~setiap yang Allah jadikan ada baik dan buruk nya.ada kwn dulu penah kena petir tp alhamdulillah pnjg umur nya.cuma tinggal parut je~

Lan Bingka:sy mmg rajin~hehehe~

ღKekunangpelangiღ said...

wah. penulisan blog dah semakin baik,
takda shortform.
wah. follower pun dah lagi banyak dari epol.
Good2 ^^

+qasih nadira+ said...

Epol:mana ada la.bese2 je blog nie~nie pon sebab epol yang tegur dulu kan.mekasih yer epol~ :D

Misz Nuriz said...

bagus2..
x taw pn slm nie..hi3

sbb dulu time bljr psl nie, selalu tdo je..ha2

tp, skang da taw..

tq atas info ini..:)

+qasih nadira+ said...

tiewa:hahaha~skrg x mo tido2 lg yer~sama2~t ada info lain sy kongsi lagi~ :D


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile