Kemain lama aku tak wat review movie kan and sekarang ni aku nak review sket citer yang aku tengok baru-baru ni iaitu Bohsia 2=Jalan Kembali. Mulanya memang aku nak tengok Madagadsar 3 tapi sedih sebab masa tu tiket yang ada petang sangat.So,aku terpaksa pilih cerita yang ada je la.Sebenarnya aku memang tak suka tengok citer melayu kat wayang sebab leh download je citer nye kat website mana-mana. Oleh kerana aku diasak dan digasak dengan perasaan yang terrrrringin sangat nak lepas gian tengok movie ni, then aku decide je la tengok citer ni.
Penuh wooo wayang masa tu.Sampai ke depan aku tengok kepada manusia mendongak-dongak.Tapi ada satu kapel ni spoiled my mood that time.Seingat aku la,masa aku beli tiket kat kaunter,memang aku pilih seat paling tepi ngan dinding.Sebab senang nak bersandar tepi dinding kan.Tapi bila aku nak duduk kat seat tersebut aku tengok dah ada sepasang kapel ni duduk kemain cantik kat tempat aku.Aku berdiri kat depan kerusi tu and stared at them like apa ntah.Hahaha.Kemain cuak diorang tengok aku berdiri tak duduk-duduk.Masalah nye diorang masa beli tiket kenalah duduk kat tempat yang diorang pilih.Kalau nak duduk kat tepi tu awat tak pilih awal-awal.Punye la jelas skrin tu and orang kat kaunter tu terangkan,mana seat kosong,mana skrin,mana seat yang dah penuh.Huhu.Nasib baik nampak macam budak sekolah je.Kalau dah tua,lama dah aku wat perangai kat situ.Tapi diorang nak tukar pastu sebab nampak perangai buruk aku tadi kan.Tapi baik sangat teman aku ni.Kata takpe2,its ok~Ok la,hal kecik je kan sebenarnya.Aku memang suka perbesarkan hal yang kecik.Nau'zubillah...Tapi sebenar nye,aku tak delah marah sangat pon.Huhu..Saje nak wat perangai..
Ok2,berbalik pasal citer ni kan.Apa yang aku nak kata,tengok la wei.Memang ramai manusia kat luar sana yang anti-citer melayu seperti aku selama ni.Tapi apa salahnye sekali sekala korang tukar angin pula ke arah mana-mana.Hoho.Apsal aku cakap pun dah serupa macam Keting dalam citer ni.Ayat memang takleh blah!
Sebab apa aku suruh korang tengok sebab penamat cerita ni memang best and wat aku sedikit nak kuarkan air mata air.He..Mungkin jiwa aku lembut tapi tak tau la jiwa korang macam mana kan.Then,memang banyak la lawak yang korang leh tengok sebab Zizan ada kan.Keting pun ayat memang takleh blah.Babak yang paling buat aku pilu and gigil bila kak Rock seksa si Salina (Aku lupa nama lakonan dia.Haha).Cerita ni memang pun ada unsur-unsur ganas yang keterlaluan tapi dia tak show la.
Tapi apa yang aku dapat dari cerita ni,apa-apa pun keterlanjuran dosa yang pernah kita buat selama kita hidup ni,jangan sesekali lupa tuk kembali semula ke jalan Allah SWT. Sebab tak ada siapa lagi yang boleh ampunkan dosa kita selain DIA.DIA yang Maha Mengetahui dan Maha Pengampun Dosa Kecil dan Besar.Tapi bila kembali ke jalan-Nya, DIA akan terus menguji kita dengan pelbagai dugaan tuk menguatkan iman kita.Tapi redha sebab inilah penawar dan pengubat kepada dosa-dosa kita yang lepas.
Ending yang sangat baik sebab Syamsul Yusof berjaya letakkan nilai-nilai murni yang terbaik dalam cerita ni.Ikotlah mana teladan yang baik dan jadikan sempadan buat apa yang buruk.Ok,tu je tuk malam ni.Aku nak sambung studi sebab esok tengahari aku ada paper.Doakan kejayaan aku,dunia dan akhirat.
Wsalam!
0 comments
Post a Comment