Cis,dah 2 minggu aku kat sini baru la ade mood nak update blog kan.Aku sebenarnya tak berapa nak enjoy mulanya bila start praktikal kat sini.So,jangan pelik la kalau korang cari minggu pertama di HUKM kan.Memang tak wujud pun la.So,aku summarize kan sket la apa yang aku buat kat sini ek.
Minggu lepas aku kerja kat seksyen antibiotik.Kerja aku just swap sample and put antibiotic disc on the medium.That's all.Dengar macam simple je kan tapi not bad la kerja nya.Lagipun dalam seminggu keje kat seksyen tu aku tak berapa power la nak letak disc lagi.Kalo yang besa2 boleh la tapi kalo dah banyak sangat boleh jadi pening juga sebab banyak sistem di HUKM dah standardkan jenis antibiotik tertentu so kena ikotlah jadual yang ditetapkan.Kadang2 ada gak yang aku terkeliru dan tersalah letak disc.Terpaksalah pekerja kat situ betolkan balik.Baikkan diorang.Nasib baik tak kena marah.Huuu...
Then minggu ke-2 ni aku masuk kat seksyen tuberculasis atau bahasa pasarnya penyakit TB/batuk berdarah.Hari ni hari pertama aku kat sini and boleh terasalah ketegangan masa buat kerja kat sini.Aku memang kena ikot setiap prosedur keselamatan dengan pakai mask,glove dua lapis and lab coat macam bese la kan.Hari ni memang banyak giler kesilapan yang aku buat and Hafiz(SV kat seksyen TB) tak abes-abes dok ulang aiyokk aku dapat TB.Cuak seyh!Aku punye la tak suka kerja kat hospital ni.Terdedah banyak benda wei.Tension aku pikir.Kang kalo dah dapat banyak penyakit kang susah.Aku sebenarnya agak trauma lagi dengan lab kat U dulu.Masa tu aku kaji bakteria yang boleh menyebabkan sakit tekak.Bila balik je bilik masa tu terus aku sakit tekak and batuk.Macam antibodi badan aku ni lemah giler wei.Tu yang aku cuak tu.Lagi2 sekarang ni aku main dengan TB,penyakit dominan yang paling bahaya.Walaupun korang dah ubati sakit ni dengan pelbagai ubat tapi faktanya penyakit TB boleh menyerang antibodi kita semula.Dan akibatnya kita kena bergantung ubat la untuk hidup.
Dahla,aku sebenarnya ngantuk ni tapi sementara tunggu isyak ni aku update sket blog ni.Maaflah sebab post yang ringkas.Hehehe.
Wsalam!
0 comments
Post a Comment