As salam semua.
Kemain banyak yang komen pasal artis2 kita dalam anugerah skrin malam tadi ye.
Ada yang geleng kepala.
Ada yang angguk2 kepala.
Ada yang bermata juling.
Ada yang mata terjojol keluar.HAHA
Ramai yang tak berpuas hati dengan cara pemakaian artis kita malam tadi.
Sebenarnya memang patut kita kritik.
Ada yang berkemban.
Ada yang macam nak terjatuh je kain kemban 2.Siap tarik2 kat ketiak.Adui..Terakam tu beb.Malu seyh~
Ada yang tutup litup.Ni kes bagus la.Tak yah komen.Memang sempurna.
Disebalik kesempurnaan tu ada jugak la kekurangannya.
Paling sedihnya melihat artis2 kita yang beragama Islam tapi tidak mengamalkan budaya Islam sebaiknya.Tak kisahlah kalau nak pakai apa2 pun,sebab kita sendiri pun tak sempurna tapi sekurang2 nya jangan lah nampak sangat kita ni tak sempurna.Tetiba terasa malu bila ada laki yang kata,"Baik tak payah pakai baju..."
Sebagai seorang perempuan,saya nampak sesuatu pembawakan negatif dalam dunia lakonan.Almaklumlah sekarang ni makin ramai anak2 muda ingin menjadi artis.Terdapat banyak juga rancangan2 dalam tv tentang mencari bakat2 anak2 muda untuk diterapkan dalam dunia lakonan.Tapi sayang...ianya banyak mendatangkan kesan negatif berbanding positif.
Aku pun dah malas nak kupas pasal agama2 ni.Maklumlah ilmu pun masih cetek dan pengalaman pun masih kurang.Lepas ni aku percaya lebih ramai penceramah agama akan memulakan tugas2 mereka untuk membetulkan balik keadaan ini.Insyaallah,semoga kita dapat pengajaran dari apa yang kita lihat.Ambil pengajaran yang baik.Yang buruk jadikan sempadan.
As salam.
p/s:malas nak letak gambar,sebab mesti ramai dah tengok kan.kang kalo tengok lagi bertambah juling..aiyokk..

2 comments
hehehe mcm2 hal.. hehe
nick irfan:mcm2 hal kan.pas ni kita tgk anugerah juara lagu pulak.apa y best~hehehe~
Post a Comment