Saturday, December 18, 2010

.:tukar plan la:.

.

As salam.

Ingat esok nak balik UKM tapi terpaksa ditunda la.Tukar plan nak balik hari Isnin pula memandangkan Isnin tak ada kelas.Hari Selasa mungkin kelas dah bermula.

Hari ini asyik hujan je jadi memang event utama hari ini dok terbaring je atas katil sampai sakit leher.Salah urat masa tidur la ni.Nak gerakkan pun susah jugak.ADOI...Tidur lama2 ni pening pula.Tapi kene gagahkan diri juga la nak bangun dan mandi.Nampaknya susah lah nak tidur malam ni sebab petang tadi dah lama tidur.Siap sedialah nak bermata panda esok.HEHE..

Sejak kebelakangan ini saya memang busy sikit la berjalan ke blog yang menjual baju,shawl,kasut dan banyak lagi.Ada juga saya cuba2 buat kraf dari kain felt yang agak popular dalam dunia blog sekarang ni kan.Lepas siap satu je,mesti akak dan adik gelakkan hasil kraf tu dan kritik giler.CEH...bukan nak bagi semangat kat saya.Ni kutuk ada lagi.HUHU...Nanti saya upload kraf yang saya buat ye.Tak de lah cantik sangat tapi sekadar nak cuba boleh la.

Malam ni yang kaum wanita busy nak tengok Tari menari.Siap gaduh2 nak pilih pasangan mana yang layak.HUHU.Rileks3...Rancangan duniawi je tu.Yang kaum laki pula sibuk nak tengok bola.Habis2 masing2 berebutlah tv nan satu ni.Kang ada yang merajuk pula nanti kalau tak dapat tengok rancangan kesukaan masing2.HUHU..Jangan ye..

Ok,nak rehatkan leher ni jap.Sakit pula bila diputar2.Jumpa lagi nanti.

As Salam.


2 comments

Lan Bingka said...

patut la tunggu tak muncul2..;)

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:tggu ke wak?hahaha~ye la 2~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile