Thursday, December 16, 2010

.:kena gigit masa tidur?o0ohh...

.


As salam semua.Dah lama sebenarnya saya tak update blog ni kan.Maaflah dengan keadaan kat rumah tanpa apa2 yang berlaku menyebabkan otak saya tak dapat digunakan dengan sebaiknya.HAHA.Hari ini memang penat sangat sebab kemas beg2 dan bilik sekali dengan sapu lantai,jemur karpet,mop bilik,basuh kipas dan lampu,kemas rak buku,bahagikan baju nak disimpan dan nak digunakan kat U nanti dan banyak lagi la keje.Nasib baik dapat selesaikan semua keje 2 dalam masa 4 jam tanpa henti.Abis tangan merah2 sebab memerah mop dan cuci lantai.Baru rasa selesa dan puas lepas lihat bilik terkemas rapi je kan.Camne ngan kawan2 pula,dah kemas bilik dan rumah belom?HEHE...
Sebenarnya saya sedang fikirkan sesuatu yang saya nak berkongsi dengan rakan2 tentang satu ilmu yang berguna untuk kita semua.Siapa kat sini suka tidur petang?Ataupun tidur lepas subuh?HAH...Mesti ramai yang malu2 nak ngaku kan tapi saya tak malu la nak ngaku sebab saya pun selalu je tidur lepas subuh lagi2 kalau tidur lambat.Kalau petang2 hujan,memang lagi lena la saya tidur lepas asar kan.HAHA...kantoi...
Pernah tak kawan2 mengalami bengkak di paha kalau tidur lewat petang?Saya pernah alami peristiwa ini tetapi yang menjadi mangsanya bukanlah saya tetapi roomate saya la.Dia pelik bila tengok ada kesan bengkak kat paha dia.Dia tunjukkan kat saya dan tanya kenapa ada bengkak macam 2.Pada mulanya saya tak dapat nak terangkan sebab saya tak pernah alami keadaan macam 2.Tapi selepas diselidik rupanya ini disebabkan oleh habit kita yang suka tidur petang dan selalunya keadaan ini akan dialami oleh kaum wanita,mungkin wanita kurang suka bersukan berbanding lelaki.
Dikatakan gigitan ini digigit oleh jin yang suka berdamping dengan anak dara yang suka tidur petang lepas asar.Macam mana pulak nak ubati dan hilangkan kesan ini?Senang je...Mengikut amalan Islam,bacakan Al-Fatihah sebanyak 7 kali pada air suam dan masukkan ke dalam air mandian kita.Perahkan 3 biji limau ke dalam air mandian tersebut dan ratakan keseluruh badan ketika mandi.Insyaallah,gigitan dan bengkak tersebut akan hilang.Bagi kaum wanita juga amat digalakkan untuk mandi menggunakan kain basahan kerana jin amat suka memerhatikan wanita yang suka mandi tanpa menggunakan kain basahan.Kerana itu ada anak dara yang masih tidak bertemu jodoh walaupun ada yang berkenan kerana kejelitaan dan keayuan anak dara tadi telah ditutup oleh jin dan mengelakkan anak dara ini terlekat jodohnya.Macam mana pula nak baiki keadaan ini?Senang sahaja,amalkan mandian diatas tadi dan Insyaallah,ada rezeki dari Allah s.w.t,anda akan bertemu dengan jodoh yang baik...
Sebenarnya terdapat banyak kebaikan jika kita tidak tidur selepas subuh dan asar.Ada juga dalil yang melarang kita berbuat demikian.
Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
“Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?
Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.’ (Diriwayatkan al-Baihaqi)
maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.
‘Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal.’(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)
Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :
Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:
“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”
Setengah ulama mengatakan:
“Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.
Saya harap dengan post hari ini kawan2 dapat sedikit sebanyak ilmu yang boleh kita kongsi bersama2.Setiap komen dan pandangan amat saya hargai.Semoga ilmu tak kan terputus untuk kita kongsi bersama.Jumpa lagi ye kawan2 dan As salam...


6 comments

Lan Bingka said...

dah lama tak tidur lepas subuh..;)

selalu antara kul 11 sampai kul 3 yg cepat ngantuk.. nak2 lepas makan tengahari..;)

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:bagus la tak tidur lepas subuh.pembuka rezeki kan.ada kata tidur sekejap sebelom zohor amat digalakkan.amalkan la~Insyaallah,awk akan bsemangat je tuk sambung keje tau~

anis lewis said...

sebelum ni pernah kena jugak lebam kat peha..betol la tu maybe sbb tido lepas asar ;|
huhu~

Unknown said...

hye..fy tag kamu utk GA y best.. jgn lupa letak fy sbg referral ye..

http://www.cheqppjoy.com/2010/12/give-away-ipod-shuffle-dari-mr-cool.html

Lan Bingka said...

eh, awak cuba la buat eksperimen skit.. tengok kena gigit tak..;p

+qasih nadira+ said...

shining:tak pe sebab skrg dah tau cm ne nak ubatkan~lepas ni kita sama2 kurg2 kan tau~hehehe~ :)

cheq PP Joy:ok!sy akan terjah nanti k!

Lan Bingka:haha!tak mo la saya.lepas dah tau ni saya takut la kene gigit t~hehehe.jahat ye~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile