Apa khabar semua. Lama dah tak meng-update post disini. Almaklumlah aku pon baru bawa laptop dari umah selepas lappy kesayangan aku tak mau idop2 lagi sampai sekarang. Aku ada cerita ni, cerita yang aku baru je daftar lesen kete semalam.Hahaha. Semua aku tau mesti dah amek lesen time muda2 dlu kan. Aku je yang lambat tapi masih belum terlewat lagi kan. Perasaan aku teruja campur takut2 sket. Almaklumlah benda baru kan. So kadang2 rasa excited terlebih and kadang2 rasa kalut plak. Tapi its okay, just take a deep breath, and everything will gonna be okay. Aku amek ni sebagai salah satu cabaran la dalam hidup aku. Lagipun aku dah bosan dok jalan kaki je g keje kan, bosan gak dowh, walaupon aku tak mengalami jammed pagi yang teruk but aku tak suke bila aku kuar keje je, ada gak foreigners yang follow nak g keje sama. Lagi2 kalo aku terpaksa balik sorang2. Ada je diorang ni merata-rata kat sini. Kadang aku terfikir hebat gak diorang ni tau leh duduk kat apartment sama macam aku. Hahaha. Macam dah sama taraf dah rasenye.
Semalam aku g giant je. Beli barang dapur and barang peribadi. Aku stress la bila kuar ngan member2 aku. Aku pelik, nape resit pembayaran aku lagi mahal berbanding diorang. Aku pun pompuan macam diorang tapi kalau kuar beli barang je mesti duit aku yang paling banyak kuar. Hah!Stress! Hahaha! Tak pandai la aku nak control pengeluaran duit aku macam diorang. Aku ni boros ke tapi sejujurnya aku dah sedaya upaya mengawal nafsu and keinginan aku tuk membeli walaupon kadang2 aku terbabas gak. Tapi bila difikir balik, ala, biasalah, pompuan kan...Macam2 nak membelinye. Aku rasa aku kene masuk kelas menabung la. Fikirkan cara yang terbaik tuk masa depan aku.
Hari ni dok umah je. Masak, surf internet and sekali lagi aku terbeli online lagi.Argh!Terbabas lagi manusia bernama Nadira ni. Dok dalam mall salah, dok dalam bilik pon salah. Mana aku nak duduk ni???Yes, kalau kat umah mak aku, aku suka dok depan TV sebab ada astro. Jadi, ble tgk astro, aku xkan tengok laptop. Sini umah sewa aku tak ada astro. Tu pasal aku selalu dok dalam bilik je. Tengok laptop.Huhu..
Aku still menjahit kraf lagi and sekarang aku ngah tunggu tokey online layan msg aku. Dah 3 hari rasanya aku mesej dia di facebook untuk order barang kraf but till now dia xlayan lagi. Aku pon pelik sebab selalunya layanan yang dia kasi memang tiptop. But, aku kene paham la kan, tokey pon busy gak nak loading barang and layan permintaan customer sebelum2 aku. Maybe ramai. Its okay, selalunya sabar akan memberi balasan yang baik. Tapi, alamak! Aku terbabas lagi beli online. Hahaha.. Wanita oh Wanita..
Sok keje...keje banyak and malas nak keje. Ish, cakap pe tu kan. Tak baik 2x... Kerja kene ikhlas and buat dengan penuh tanggungjawab and sejujur2nya. Itu yang selalu aku sematkan dalam hati aku. Kalau ada masalah, just direct pada bos. Biarlah kene marah or kene hambur pon. Asalkan kita keje dengan baik, Allah suke, and orang pon akan suke kita. InsyaAllah and amin~
Bila dah keje lama ni, baru lah aku tau kenapa orang cakap, masa studi dulu lagi best berbanding keje. Bagi yang dah keje, mesti sesetengahnya paham maksud aku kan. Bagi yang sedang studi lagi, just studi betol2, dapatkan gred yang terbaik, pointer yang cemerlang then cari kerja yang elok, pastu korang paham lah maksud aku t. Hehehehe. Sebab pengalaman ni memang senang untuk kita share and dengar but bila korang rasa betol2, baru korang akan kata, YES, inilah pengalaman yang orang selalu share tu. Hahaha. Sabar ye yang masih studi tu~
Semalam masa bersihkan toilet, aku terhempaskan baldi owner. Takpe, baldi tu dah buruk pon. Mesti owner tak marah kan. Sebab kat stor ada 3 baldi milik owner lagi and aku dah amek 1 tuk gantikan baldi yang dah pecah tadi. Huu.. Nasib baik umah ni banyak baldi. Heeeeee...
Minggu depan raya haji. Aku nak balik umah. Isnin tu aku nak mintak unpaid leave sebab aku belom confirm lagi. InsyaAllah,pertengahan bulan november t aku akan di-confirmkan sebagai staf kat ALS. Tak sangka, dah nak masuk bulan ke-5 aku ni keje kat sini. Macam2 telatah and perangai yang aku jumpa. Tak sabar rasa nya nak confirm and beli kete. Heeeeeeee...Ayah kata nak bayarkan downpayment tuk kete aku. Betol ke 2x??? Aku nak amek kete apa ek....emmm...Tapi bila difikir kan balik, aku memang teringin giler nak pakai kete oversea tapi dengan gaji aku yang ckup2 makan ni, aku tak mampulah...kene jugak lah aku amek kete Malaysia..Huuuu...Tak pe lah,wat permulaan je kan. InsyaAllah kalo ada rezeki kat tempat lain, environment yang lain, gaji yang lain, ada rezeki aku t. Allah tu kan lagi Maha Mengetahui. Just chill and enjoy apa yang kita dah ada sekarang ni. ^___^
Ok, jam dah pukul 12am. Masa tuk tidur sebab esok nak bangun awal tuk subuh prayer and g keje. Jumpa lagi and salam!
0 comments
Post a Comment