Thursday, April 7, 2011

.:kegiatan menjelang hari peperiksaan:.

.

As salam semua.

Jom sama2 kita senaraikan apakah aktiviti dan kegiatan yang paling menjadi kegilaan ataupun bahasa sedapnya kesukaan la.Senarai ni adalah apa yang saya dapat,saya dengar dari rintihan kawan2 serta pemerhatian saya terhadap apa yang berlaku disekitar saya.Jangan take too serius k.Just nak releasa tension je.

n__n

1)Kegiatan curi laptop
Ini kegiatan antara popular dan mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pihak kawan2,keluarga,kolej serta dari U juga.Walaupun laptop tu dah dirantai dan diikat dengan teguh dengan rantai besi,tetap juga kena rembat.Aku memang tabik spring la kat manusia2 ni dengan ilmu kebal yang diorang pakai untuk cairkan besi2 ni.Pelik aku!Ada juga manusia yang dah rembat beg orang lain dan dengan selamba lalu depan si empunya beg.Mana tak mencanak empunya beg nak kejar si pencuri tu.Langsung tak ada ilmu nak mencuri tapi ada angan2 je.Last2 kantoi,nama sendiri yang busuk.

2)Belajar+berkapel
Ni memang aku belom lagi sampai ke puncak cinta sambil studi ni.Selalu kegiatan ni aku tonton kat library ataupun fakulti.Kadang2 ada gak timbul2 sabut nak try,namun tak ada pasangan plak kat dalam U ni.HAHA.Uish..kalau laki dah dok depan aku,memang tak selesa la nak belajar.Kang bukan sibuk belajar,sibuk belek tudung je la jawabnya.HUHU.Ok,bercinta pun cinta la,tapi jangan lupa studi rerajin.Biar sama2 gulung ijazah nanti.

3)Kafe kurang dijejaki
Kafe tempat makan agak kurang pelangganlah.Tak tahu la nape.Memang budak2 kat U ni keje diorang belajar je kot sampai makan pun sanggup ditinggalkan.Kadang2 aku pun macam ni gak tau.Tu teruk gak la sampai makan pun sanggup dikorbankan semata2 untuk menelaah buku.Belajar,belajar juga.Kesihatan kene jaga.Aku kalau nak sedapkan hati masa makan,aku akan bawak sekali nota ke kafe.Sedap sikit hati ni bila tengok nota depan mata walaupun sebenarnya mata ni yang sedap sebab ushar orang2 yang lalu lalang kat kafe.HAIH...susah2...

4)Kelawar malam
Selalu la manusia ni akan bertukar menjadi kelawar bila exam menjelang.Ada yang dah beku otak sebab dari sebelum subuh sampai sebelum subuh hari berikutnya dok mengadap buku lebih dari 24 jam.Jadi,golongan2 kelawar ni pun ambiklah keputusan tuk lepak pepagi buta melepaskan tekanan selepas abis belajar.Tak salah pun attitude ni asalkan jangan lupa jalan nak balik dah la.Pe2 pun,berhati2 dijalan raya k.Nak lintas jalan tu tengok kiri dan kanan.

5)Nescafe pilihan student nak stay up!
Habis semua nescafe dijual dikedai2 runcit.Student memang suka stay up dengan minum nescafe 3 in 1 ni.Walaupun mereka tahu nescafe ni boleh mengundang penyakit dihari tua kelak,tapi mereka tetap memilihnya sebagai peneman studi.Kenapa???Sebab kafein yang ada dalam nescafe tu dapat tahan diri mereka dari rasa mengantuk.Tapi bagi sesiapa yang dah tak rasa apa2 tu,maknanya nescafe tu dah imun la dalam badan korang.So korang kenalah try benda lain pulak nak kasi tahan ngantuk.Dulu dalam kelas waktu cikgu tengah mengajar,kalau mengantuk sangat kitorang akan sapu minyak cap kapak kat bawah mata.Gila mengerlip la mata korang nak tahan anginnya.HUHU.Tu kalau ngantuk lagi,tidur je la.Korang dah letih sangat tu.

6)Balik rumah!
Hah...ada segelintir manusia yang suka balik rumah kalau exam nak tiba.Macam balik kampung dah.Ye la,cuti studi week kan seminggu,jadi dapatlah mereka balik tanpa apa2 gangguan dari kelas tambahan mahupun group discussion.HUHU.Bila ditanya nape nak balik rumah time nak exam ni?Dijawab dengan penuh berhemah,nak dapat kan restu ayah bonda...Alhamdulillah...Kepada mereka dan kepada para pensyarah juga la kita nak mendapat restu ilmu dan seterusnya diberkati oleh Allah s.w.t.

Ok,aku senaraikan 6 je buat masa ni.T kalau ada sudi nak tambah,sila2 kan la ye..

Wsalam semua.

4 comments

Lan Bingka said...

oo..nak try ye..;)

+qasih nadira+ said...

lan bingka:eh,mana ada la.cerita je.hehehe...:P

c a k a p b o h o n g said...

aktiviti kat atas semuanya menarik..

kalau nk lakukan aktiviti 2 diatas silakan...

hanya jauhari yang kenal manikam,

+qasih nadira+ said...

cakapbohong:saya tak dela nak buat~cume observe je then tulis kat sini~ :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile