As salam.Hari tu masa aku sibuk-sibuk buat shortsem kat ukm,aku pun dok busy pikir nak sahut cabaran wordless wednesday tapi disebabkan masa tu tak leh nak upload gambar,terus mati minat aku nak sahut cabaran ni.HAHA.Ok,sekarang ni bukan nak cerita pasal wordless ni cuma nak berkongsi tentang pengalaman keje aku la.Tak sangka kan dah nak penghujung bulan dah pun dan maknanya kita pun dah nak menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.
Diceritakan semasa datangnya bulan yang mulia ini,suasana di dalam syurga digambarkan dalam keadaan yang sungguh damai dan tenang.Angin yang bertiup pada masa itu sangat lain dari yang lain.Damainya sangat menyenangkan jiwa sehinggakan bidadari di syurga bertanya tentang keadaan itu kepada malaikat.Lalu malaikat menerangkan kepada bidadari tersebut bahawa ini adalah suasana untuk menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia.Waktu itu semua pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya.Bidadari di dalam syurga juga turut berasa gembira.
Bulan inilah yang dinanti-nantikan oleh semua umat kerana saat inilah Allah akan mengampun serta menerima taubat hamba-hamba-Nya.Semoga kedatangan Ramadhan ini akan lebih bermakna kepada kita.
Wsalam.
p/s:post yang ringkas tapi amat bermakna bagi aku.
Wednesday, July 20, 2011
.:Menanti kedatangan yang teristimewa:.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments
senang la dia, bukak posa makan uncle bob..
lan bingka:hahaha~makin gemok la kalo makan ari-ari. :P
Post a Comment