Wednesday, August 24, 2011

.:fynn jamal!:.

.

As salam.

Ok,aku teruja giler nak citer pasal benda ni wei.Teringin sangat nak kongsi benda ni kat dalam blog aku.Citernya start macam ni.Dalam bulan pose ni aku banyak kali gak la terserempak dengan sorang pompuan ni.Muka dia ada iras-iras fynn jamal.Ok,aku nak tanya,sapa tak kenal fynn jamal???Ada ok yang tak kenal.Dia bukan penyanyi or selebriti yang femes tapi dia seorang penyajak tau.Aku suke giler karya-karya dia.Kalau sesiapa yang nak tahu tentang fynn jamal ni korang leh tengok sendiri performance dia dalam youtube.Aku paling suka karya dia yang bertajuk,kehadapan bintang.Suka part dia jerit-jerit sebab aku pun terikut jerit gak!Seyes wei!

Ok,semalam aku jumpa dia lagi kat kedai Uncle bob aku tu.Mulanya aku tak perasan pun dia tengah order kat akak aku.Akak aku ni memang suka dok lepak kat kedai aku sebab masa nak berbuka tu orang lengang je kat mydin tu.Then,akak aku suruh aku buat dua ayam goreng spicy.Then aku cakap,ko jangan tipu tau puyu!Bila aku pandang je belakang,rupa-rupanya memang betul ada customer.Menggelabah la aku.HAHA!

Bila aku pandang je pompuan ni,aku terus yakin giler nak g tanya betol ke dia ni fynn jamal.Lepas bungkuskan dua ayam tu,aku pun hulurkan kat dia.Then aku tanya,sapa nama ek?Dia jawab,fynn.Eh,fynn jamal ek???!!!Dia angguk wei.Giler menjerit aku ka situ!Seyer wei,aku tak pernah jumpa orang yang aku suka selama aku hidup ni.Tak sangka giler dapat jumpa dia.Giler sportive dia ambik gambar ngan aku and tanya nama aku dan kawan-kawan aku yang lain.Rupanya dia dah ada suami sebab dia balik sini pun kat rumah mak mentua dia.Sampai malam k aku dok tersenyum je sorang-sorang bila pikir balik incident tu.HAHA.Malu3..Akak aku asyik kenakan aku je.Dia kata aku macam beruk lepas jumpa dia.HAHA.Yang penting,aku happy!!!

Yeah!Itu fynn jamal and aku k.HAHA.Segan nak berdiri rapat-rapat ngan dia sebab aku bau ayam kot!HAHA.Harap nanti dapat jumpa dia lagi.HEHE.Bangga aku pakai apron ayam uncle bob.hehe.

Ni kak fifi.Dia partner aku kalau keje malam masa bulan pose ni.Sebelum ni dia partner pagi aku.Perangai giler-giler macam aku gak.Giler happening kalau dia ada.HEHE.

Inilah kedai uncle bob yang selama ni aku keje.Dua bulan kat sini and macam-macam pengalaman yang aku timba dan semestinya aku akan rindukan semuanya!

 Ini kedai akak aku pulak.Dia pun buat part time sama macam aku tapi dia jual wafer,ais blended,kaya ball,jagung dan kuih-kuih raya.Kedai kitorang selang sebuah kedai je.

Depan kedai kitorang ada taman permainan ni.Kecik je ruang dia tapi selesa la untuk pengguna di mydin nak tinggalkan anak-anak sebab ada pakguard yang awasi.Kitorang selalu makan kat bawah pokok masa berbuka puasa.

Ok,tu la yang aku teruja giler nak kongsi ngan korang kat blog ni.HEHE.Jumaat ni last aku masuk keje.Semoga Allah akan permudahkan segala urusan aku sehingga aku habis keje nanti.Ok,nak rehat-rehat dulu.Jumpa lagi k!

Wsalam.




4 comments

Lan Bingka said...

fynn jamal pun bangga jumpa awak..;p

+qasih nadira+ said...

lan bingka:hehehe!saya y terlebih2 excited!hahaha!

Anonymous said...

nonaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,nape kau jumpe dia????

+qasih nadira+ said...

aien:giler best ain!dia mmg sportive giler!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile