As salam.Sebenarnya aku ingat nak stori benda2 sedih kan.Tengoklah tajuk post aku.Kan menghayat hati gak kan.Aku sebenarnya amik dari lirik lagu PUTERI-Zainal Abidin.Tak ada cerita sedih pun nak cerita kat sini sebenarnya.Just nak gitau yang mungkin aku punye blog ni agak semak and terabur sket kan.Bese lah tu bila nak final ni.Aku busy giler wei!Rasa nak jerit2.Tapi apa yang hanya aku mampu buat adalah dengan karoake kuat2,sorang2 dalam bilik.Tapi susah gak la nak bersendirian,sebab aku and rumate pun dah banyak habis kelas minggu ni.So,bertapa je la dalam bilik.Aku rasa something la bila dok dalam bilik ni.Tau je la kan aku memang tak suka duduk je kat bilik sambil belajar.Tu pasal bila ada peluang hujung minggu je,memang aku cabut dari UKM ni.Huhu.Aku tau aku akan merindui zaman aku belajar and duduk atas kerusi ni sampai kematu bila aku dah start LI (Latihan Industri) nanti.Pasti aku akan rindu diri aku waktu sekarang ni.Dengan kusut masai dalam bilik sambil bersengkang sume anggota tubuh nak siapkan kerja.Huhu.
Cakap pasal LI kan.Aku sikit kecewa la dengan permohonan aku.Banyak syarikat tak nampak kepentingan mikrobiologi pada persekitaran.Bila ada je syarikat yang aku minat,mesti calon yang layak hanyak budak biochem.Weh!Jeles doh!Microbe pun penting gak pe~~~Emo tetiba kan.Tapi memang susah la nak cari keje praktikal ni.Tu belom lagi masuk keje dalam dunia nyata.Seyes,aku hilang tawa besar aku bila nak buat permohonan LI petang tadi.Kecewa sikit+sikit+sikit=banyak!
Ok,ada satu tempat kerja kat Serdang.Dia nak budak biochem tapi aku main tick je.Lantaklah dia xmo aku.Aku tetap nak dia jugak!!Argh!!Tolong la terima aku.Aku suka pada ko!!Jangan pilih biochem je tau..Sian aku..Dah la aku antara golongan yang terlambat apply tempat LI tau.Apalah nasib aku kan.Hospital memang sume penuh and sebenarnya memang aku taknak kerja kat hospital kalau boleh.Tapi disebabkan peluang aku sebagai microbian dalam perindustrian adalah samar2,aku terpaksa angguk juga andai kata suatu hari t aku kerja kat hospital.Huhu.
Pagi tadi patut aku ada presentation tapi pensyarah suh sambung esok sebab tak cukup masa.Sedih wooo sebab dah pakai comel2 baju kurung.Dah la aku bawak dua helai je baju kurung tuk sem ni.Memang sume dah habis aku pakai la.So,sok presentation aku pakai kemeja je.Tu kalau aku jumpe kemeja.Kalau x,tshirt la jawabnye.Kalau leh aku memang nak cepat2 habiskan presentation ni sebab tertanggung kerja yang banyak tau kalau ada je benda yang tak habis.Esok presentation aku pukul 4pm.Doakan terbaik buat aku!
Ok,stori sketla pasal thesis aku.Tuk morfologi kan aku tak dapat tau bentuk kulat yang sebenar.So,apa yang aku tuai selama ni terpaksa diganti semula dengan transforman yang baru.Aduh.seyes aku rasa kecewa gak wei.Patut aku dah leh dapat result awal tuk thesis aku ni tapi sumenya sia2.So,akak master aku akan turun lab sabtu ni bagi menemani kami tuk wat kerja.Harap transforman lepas ni akan berjaya dan tak mengecewakan aku.InsyaAllah!
Ok,baru pukul 11pm kan.Aku ngah menunggu seseorang ni yang ngah wat janji ngan aku.Ok la,da korang.Jumpa lagi.
Wsalam.
2 comments
rugi lah da comel2 tak present.. hee
Lan : tau xpe~penat siap awal2 pg tau~huhu~
Post a Comment