Lama tak menulis disini.Lama-lama ayat aku menjadi karat.Sama seperti karat hati aku.Tiba-tiba malam ini menjadi malam yang lain.Aku rasa lapar.Jarang sekali aku untuk merasa lapar.Tapi seperti biasa,perut dan tubuh aku masih lagi terperap di atas katil.Aduh!Malas sungguh untuk bangun,siap-siap pergi kafe,naik tangga kafe,tunggu order sambil buat muka seringgit,jalan balik ke bilik semula,tukar baju balik,buka polistren,cucuk guna sudu and garfu,nak mengunyah lagi.Ya Allah,kenapa aku jadi malas ya amat ni...Takpe...Lagipun tak elok makan malam-malam ni.Buang tenaga je kumpul lemak banyak-banyak.Esok je la aku sambung mengunyah.
Panjang betul mukadimah slumber aku.Ya,aku rasa penat nak menaip sekarang.Aku cuma nak katakan yang aku OK and sekarang sedang busy giler nak siapkan thesis dan menghabiskan sisa-sisa hujung minggu aku ini dengan aktiviti yang tiada faedahnya seperti menonton wayang,window shopping dan makan makanan yang menyebabkan peningkatan kolesterol.Banyak betul dugaan duniawi yang selalu aku tertewas.Cuma apabila berada di dalam lab,segala nafsu makan dan buang masa tu dapat aku tepis dengan jayanya.Syukur kerana aku masih ada kesempatan untuk menuntut ilmu dan memanfaatkan masa 5 hari dalam seminggu itu dengan penuh keberkatan.Amin..Syukur juga sebab result exam aku ada peningkatan dengan baik.Syukur juga aku mampu mengucapkan Alhamdulillah dan sujud syukur kepada DIA yang Memberi Rezeki..
2 comments
ish! jangan malas2...xbaik tau!heee~
Mr.Clive:malas sket je~heeee~
Post a Comment