Saturday, November 3, 2012

.:kehidupan di PLKN:.

.


Hari tu aku dok belek-belek album lama sebab masa tu nak cari surat beranak aku.Pelik betol sebab isi borang keje pon dia nak surat beranak gak.Huhu.Masa ngah cari tu aku terbuka album lama,then aku terselak gambar masa kat PLKN.Tetiba sayup-sayup kenangan aku masa kat kem tu datang kembali.Rindu aku pada kawan-kawan pun menyinggah dalam hati.Cewah ayat memang nak cantik je kan.Tapi memang aku pandai pun wat ayat.Huhu.Okay,sambung cerita.

Aku dulu ditawarkan masuk PLKN kat Rachado Bay,Tanjung Tuan,Port Dickson,Negeri Sembilan.Meh aku ceritakan macam mana permulaan aku dapat berita kelayakan aku ke sana.

Masa time sekolah menengah dulu,aku siri ke-5 masa PLKN dijalankan.Masih baru gak la masa tu.Sebelum tahun aku,senior aku ade jugak la yang tak g walaupun ditawarkan.Ala,bese la anak orang kaya kan.Sogok mana2 party then leh la terlepas.Huhu.Aku tak tau la berita ni betul atau tak tapi aku percaya la.Haha.Okay,masa tu aku form5.Kawan-kawan aku ade yang dah bawak handset ke sekolah masa tu sebab budak-budak lain dah start cuti.So,kat sekolah memang tinggal budak form5 je sume.Ade kelonggaran la tuk kami bawak nset.Ramai la yang check masa tu cume aku je yang belom and waktu tu memang aku yakin giler aku takkan terpilih pun tuk masuk PLKN.Sebab aku kan budak baik and memang tak layak la masuk PLKN.Haha.Aku aktif sukan,masuk kem sana,kem sini.So,aku memang tak jangka pon nama aku akan naik.Yakin giler dowh!

Then,bila dalam surau besar,ramai kawan yang dah menjerit kesedihan sebab diorang dah check.Bila aku dapat tahu,aku pun ejek and 'menganjing' diorang tau.Lagi-lagi bila dapat tahu budak KL sume nye dicampakkan ke pendalaman atau persisiran sarawak or sabah.Haha.Ramai giler la waktu tu yang sakit ati ngan aku.And tanpa ku duga rupa nya diorang dah plan tau nak curi IC aku and send kat mesej tuk tengok sama ade aku dapat PLKN atau tak.Paling bijak,diorang selongkar almari aku masa aku ngah mandi.Dah la bilik air tu jauh nya memang hujung blok.Memang senyap je tak dengar pe-pe pun gerak geri manusia.Bila aku melangkah keluar je bilik air,nampak budak-budak ni kuar dari dorm dengan kelam kabut sambil gelak-gelak.Aku memang dah tak sedap ati tengok muka budak-budak ni.Aku masuk bilik je,roomate aku yang lain dok ucap tahniah.Rupa nye diorang dah check kan status aku and aku ditawarkan ke PLKN di port dickson.Aku sorang je wakil dalam dorm tu!Huhu!Sedih!Aku rasa menggigil and terus masuk toilet balik and nanges dibawah air pancut.Huhu.Tragis kan...

Aku pun tak sangka macam tu sekali reaction aku.Haha.Ok,abes je SPM,aku persiapkan diri nak ke PLKN plak.Memang masam je la muka aku.Mula pagi tu ayah aku hantar aku ke stadium Paroi,Seremban.Kat situ kami berkumpul and naik bas yang ade tulis nama kem masing-masing.Sebelum naik bas tu,kitorang berkumpul kat bawah khemah.Hanya budak plkn je yang leh duduk bawah khemah tu and parents kene duduk dari luar garisan tali supaya cikgu-cikgu PLKN tak terkeliru antara student and parents.Tapi aku tak duduk pun bawah khemah.Masa tu aku tak dapat terima hakikat lagi yang aku kene g kem.Huhu.Ayah aku plak dok kacau aku suh duduk dengan kawan-kawan baru.Aku diam sambil buat muka sedih.Geram betul ngan ayah aku masa tu.Dia memang kuat menyakat.

Dalam bas sebelum bertolak tu,ayah yang sorongkan beg.Beg aku dah la besar,kene plak letak dalam bas bukan kat bawah bas.Huish,bapak berat beg aku ni.Tak tahu lah ade pe kat dalam tu.Haha.Ayah aku cakap,dia akan follow bas tu sampai port dickson tapi bila sampai sana,ayah tak de pon.Dia dah balik umah dulu.Rasa nak nanges je.Hahaha.

Sampai sana,beg aku yang gabak tu dicheck dulu oleh cikgu-cikgu perempuan kat situ.Bila lepas baru boleh masuk bilik and pilih katil.Aku amik katil yang tengah-tengah.T senang nak lompat katil sebelah kalau takut tidur malam.Haha.Disebabkan masa tu aku antara orang yang awal datang,then aku dilantik jadi ketua bilik.Aku ditempatkan di kumpulan ALPHA (warna merah).Cikgu alpha suruh aku susun katil budak-budak.Selang seli ikut negeri.Kira taknaklah diorang dok berpuak kan.Cikgu nak diorang bercampur.Alhamdulillah lah sebab pompuan tak banyak songeh.Dengar je cakap aku.Sampai diorang ingat aku ni cikgu.Haha.

Aku suke sangat duduk kat situ.Disebabkan aku memang budak asrama,so aku memang tak ade masalah tuk suaikan diri kat tempat baru.Cikgu alpha pun baik.Dia memang nak aku jadi ketua plantun.Masa ngah belajar tentang peraturan kat situ,ade sorang cikgu laki ni akan panggil kita sorang-sorang tau.Tengok gak sapa yang dia pilih and tak sangka aku adalah salah seorang pilihan nya.Mula aku kene berdiri depan dindinga and bagi command kawad.Ala,aku dah biasa wat kat sekolah dulu.Kira aku lepas la.Then dia lantik aku jadi ketua plantun ALPHA bagi perempuan.Tapi jawatan aku tak panjang.Aku terpaksa lepaskan jawatan sebab aku ada masalah kesihatan.Mulanya,aku dibawa ke hospital tuk medical check up.Doktor suruh aku balik umah.Kesihatan aku tak mengizinkan aku tuk buat aktiviti lasak.Tapi,sebenar nya sebelum aku jumpe Dr,aku dah gtau kat kawan-kawan ALPHA yang lain yang berkemungkinan aku akan pulang ke rumah.Huhu.Tapi diorang sume tak kasi aku balik and masa tu pun aku dah suaikan diri kat situ.Aku rasa satu kerugian kalau aku balik umah.Then,aku mintak kat Dr supaya bagi aku teruskan PLKN tapi ade surat pelepasan tuk aktiviti lasak.Alhamdulillah Dr pun setuju.Huhu.Aku dapat surat pelepasan,aku dikecualikan daripada aktiviti dibawah matahari.Haha.Tapi aku tak skip satu pun aktiviti.Sume aktiviti aku masuk.Kawad,pt pagi,berlari,flying fox,terjun tali,kayak,sume la aku masuk.Tiap kali aku jalankan aktiviti,cikgu-cikgu,Tuan PLKN sume turun.Diorang selalu tanya aku,eh,betul ke awak nak buat aktiviti ni?Kang kalau ada pe-pe terjadi pada awak,baru awak tau.Aku akan tergelak and senyum je.Sebab dulu kat sekolah aku memang dah selalu terdedah pada aktiviti macam ni.Tak pernah aku manja-manja kan diri walaupun aku sakit.Haha.Aku happy la masa tu..

Sampai la malam akhir tu.Aku and ramai kawan yang menangis.Sedih wei!Walaupun tak sampai 3 bulan aku bersahabat dengan diorang,tapi ikatan tu tetap aku ingat sampai sekarang.Aku ada create group PLKN and upload gambar-gambar yang aku ada.Aku nak cari balik kawan-kawan dulu.Yang datang dari seluruh Malaysia ni.Aku nak tau perkhabaran diorang khususnya budak-budak ALPHA dulu.Huhu..Harap doa aku termakbul...

Ni la student ALPHA.Baru 3 orang yang ade dalam group PLKN aku.Huhu.Bila la diorang nak seaarch kat bar tu.Cari nama kem and siri ke 5,2008.Aku sentiasa nantikan diorang.Sampai bila-bila!

Come on guys!Contact me back!LOL!

After kami buat persembahan nasyid.Aku jadi solo ngan Mimi,my bestfriend!

Masa ni berat aku paling ringan dalam sejarah hidup aku.Haha.54kg je wei!Sekarang ni korang jangan berani nak tanya berapa!

Masa lawatan ke menara KL.

Semua kepenatan selepas tawan Tanjung Tuan.Penat tapi best!

Masa ni PLKN pakai bas sekolah je kalau nak gerak mana-mana.Tapi van ni lambangnya ade lambang PLKN.Kenangan wei!

Itulah antara kenangan yang aku nak kongsi.Mula masa terpilih masuk PLKN,aku menangis and masa nak abes PLKN aku pun menangis juga.Yang penting,aku nak jerit yang AKU SAYANG KAWAN-KAWAN AND CIKGU PLKN AKU!Sebab diorang jaga aku sebaik yang mungkin!TQ ALL!

Wsalam!



0 comments


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile