Lama kan dah x update kat sini. Buat pengetahuan sume, 2 bulan yang lepas iaitu sejak 09122012, aku hadiri satu program lepasan graduan under kerajaan iaitu GEMS. Program ni salah satu program under SL1M yang sekarang ni telah dikendalikan oleh TalentCorp Malaysia. 2 bulan aku menuntut ilmu di Mersing, Johor dan alhamdulillah aku dah tamat pun menghadiri program tu dan closing ceremony nya adalah 02012013 yang lepas.Lagi 2 minggu aku akan teruskan internship aku kat company Hezmedia yang sangat lari dengan bidang aku.Huhu.Tapi aku malas la nak pikir sangat pasal keje ni.Sebab dah kira beruntung ada tempat tuk praktikal. Ada lagi kawan-kawan aku yang lain tak ada tempat lagi.Alhamdulillah.Cuma sekarang ni aku masih lagi mencari job lain and aku nak sambung master bulan 9 ni InsyaAllah.Semoga Allah permudahkan urusan dan jalan aku untuk menuntut ilmu ni.
GEMS ni adalah program lepasan untuk graduan yang masih mencari pekerjaan yang sesuai.Mula aku masuk program ni,aku masih rasa samar-samar lagi.Tak tahu apa goal sebenar aku ke Mersing. Setelah aku belajar and attend kelas kat situ, baru aku nampak apa yang sebenarnya aku goal aku sekarang. Bagi yang masih lagi mencari pengalaman kerja and ingin menuntut ilmu dalam dunia karporat, ini adalah program yang terbaik yang korang leh attend. Akan datang aku akan upload kan gambar-gambar aku sepanjang pengalaman aku kat sana. Sekarang ni nset ngah cas. Hehehe.Ok,InsyaAllah,jumpa lagi!
2 comments
best masuk GEMS ni, tapi lepas tu kena usaha cari kerja sendiri jugak... :)
azwan:aah betol,tp xpela.asalkan ada pengalaman keje itu dah ckup baik.pasal keje tetap tu rezeki masing2 kan? :)
Post a Comment