Tuesday, October 12, 2010

.:jariku tersepit:.

.

Dear Diary,
(maaf untuk penggunaan 'aku')

Salam semua.Hari ini dah masuk seminggu jari aku tersepit tapi belum nampak lagi tanda-tanda nak baik.Semalam kelihatan 2 tompok kebiruan muncul di tempat lain.Tak tahulah adakah ini darah beku yang ada dalam saluran darah.Jangan tersumbat dah la.Kang puas pula doktor nak menyedut keluar.

Kejadian jari tersepit ini berlaku Rabu lepas.Masa tu nak pergi ambil ujian amali.Bayangkan jari yang terkepit ini ibu jari kanan.Bagaimana lah aku nak menulis nanti.Nasib baik pembantu makmal ada tolong aku carikan ubat dan letak kat luka ni.Lebam jangan cakap lah.Terus biru jari ni.

Masa ujian aku ada cakap kat pensyarah yang aku tak boleh nak menulis.Tapi pertanyaan ku tak dilayan.Yela..Sapa lah yang nak melayan kesusahan orang lain kan.Tapi aku paham lah,aku kene usahakan juga untuk menulis.Jadi aku ambil keputusan untuk menggunakan tangan kiri.BOLEH KE?Taram je la labu..janji ada gak bende yang aku nam tulis.

Bila nak hantar paper aku tengok semua orang tulis panjang berjela-jela.Aku punya paper je yang simple dan masih ada lagi ruang kosong kat muka surat terakhir.Betapa cuaknya aku sebab dalam masa 2 jam setengah tu aku mampu tulis flow chart amali je.Penjelasannya aku tak dapat nak tulis sebab keadaan penulisan aku yang lembab apabila menggunakan tangan kiri.Memang aku SEDIH gila sebab tak dapat jawab paper tu dengan bersungguh-sungguh.Memang DUGAAN gila la..

Nasib baik jari aku terkepit masa nak last2 tak ada kelas.Yela,sekarang banyak kelas yang dah abis silibus nya.Tak payah lah terkejang tangan aku nak menyalin nota dari pensyarah.Sekurang-kurang nya tinggal 1 lagi kuliah yang memerlukan aku untuk menulis dengan pantas dan cepat.Walaupun kadang-kadang jari ni rasa berdenyut,aku terus juga menulis.Takut nanti aku ada pulak tertinggal point-point penting.

Memang dugaan kene terkepit ni.Lagi-lagi kat anggota yang penting dan selalu kita gunakan.Barulah aku rasa bagaimana susahnya kalau nikmat yang ALLAH bagi ini tiba-tiba ditarik begitu sahaja.Memang hidup kita akan kelam kabut.Kerana itu kita selalu diingatkan untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana:

Masih bernafas dibumi Allah.
Masih boleh menghidu bau alam.
Masih boleh bercakap dengan ibu bapa dan rakan-rakan.
Masih boleh merasa makanan sedap.
Masih boleh menyentuh Al-Quran.
Masih boleh berjalan kesana-sini.
Masih boleh mendengar laungan azan.

Semua yang terjadi ada hikmahnya.Mungkin seketika aku pernah lupa pada-Nya dan ini akan sentiasa mengingatkan aku kepada-Nya.Alhamdulillah....

Salam.



4 comments

Lan Bingka said...

hmm...macam mana leh tersepit tu..
semoga cepat sembuh..

::FAIZ:: said...

suka baca tulisan biru tu

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:silap sendiri gak wak sebab terleka kejap.rasa dah ok tapi masih kebas sket kalo lama menulis.mekasih ye~

Faiz Farish:mekasih.terlintas,pastu tulis je~
n___n

+qasih nadira+ said...

This comment has been removed by the author.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile