Dear Diary,
(maaf untuk penggunaan 'aku')
Salam.
Kau sedar tak,bila kau senang ramai yang mendampingi kau.Kemana-mana sahaja ada je suara memanggil-manggil namamu.Tak terlayan rasanya nak berkawan.Semuanya ada yang menjemput untuk makan bersama,lepak bersama,shopping bersama dan macam-macam lagi aktiviti di masa lapang.Itu ketika kau senang...
Tapi bila kau susah,cuba pandang sekeliling kau.Ada tak yang nak memandang kau?Agak-agak nak kerling mata kat kau pun diorang tak sudi.KENAPA YE?Emm...
Tak semestinya bila kau dah senang,kau takkan susah pula.Itu pasal ada pepatah yang kata,kalau kau berada di atas dan di puncak,jangan lupa nak mendongak pada yang berada di bawah.Tapi,kau lupa.Bila kau senang,kau lupa nak menghulur ke bawah.Dan bila yang bawah berada di atas,diorang pun buat-buat buta tak nampak korang.Korang perasan tak???
Tapi itu bukan aku.Aku sentiasa nak pandang atas dan bawah sebab aku percaya pada setiap perkara baik pasti balasannya baik.Cuma aku pelik.Bila aku buat baik pada seseorang,kenapa dia susah sangat nak berbuat baik pada aku.Aku bukan minta duit untuk kebendaan sebab aku pun ada duit.Aku bukan mintak emas dan permata sebab aku bukan jenis minah berhias.Aku cuma minta pinjamkan sekejap telinga kau untuk mendengar setiap luahan hatiku.Tapi...KAU TAK MENGERTI..
Bila kau sedih,aku cuba nak gembirakan kau.Bila aku sedih?Maka bertambah lagi peritku.Sekarang barulah aku sedar betapa sedihnya bila orang yang selalu ada ketika aku senang pergi meninggalkan aku ketika aku susah.Rasa senangkan nak tinggalkan orang yang berada dalam kesusahan ni.Rasa seronok kan..TERIMA KASIH.
Tapi,sekarang baru aku sedar sesuatu yang hilang dari pandangan mata aku.Bila aku senang,aku LUPA keluargaku.Bila aku susah,kepada diorang aku MENANGIS.Baru aku sedar,sebenarnya seronok jika aku susah sebab itu akan mengejutkan aku dari kelekaan aku.Terima kasih kerana meninggalkan aku KAWAN.
Tapi KAWAN,kau jangan risau.Sebab bila aku senang nanti,jemput-jemputlah berkawan dengan aku lagi.Sebab aku BUKAN SEPERTI kau.Yang meninggalkan aku ketika susah.Aku percaya hukum Allah kerana aku percayakan DIA.
Terima kasih,KAWAN.

4 comments
sabar2...senyum sikit :)
macm:hehehe~saya dah ok la~senyum~:)
Kawan bermacam kawan,
kawan bermacam ragam.
Mahu tak mahu, sedikit prinsip kitaran,
satu hari akan jumpa kawan yang menghargai kawan. Sabar ye Qasih. :)
Epol:bese je wak~saya emosi kot masa tulis post ni~hehehe~sy ni mmg jenis mcm ni sket~2 pasal bila emosi sy suke tido~kalo x mmg ade je y x kene ngan sy~
n__n
Post a Comment