Wednesday, October 6, 2010

.:jenis lelaki macam mana menjadi pengarang jantungmu:.

.

Salam semua.Dah lama rasanya tak menaip diatas laptop ni.Oleh kerana ada gangguan untuk mendapatkan internet pada minggu lepas,saya terpaksa menggunakan internet di dalam henset untuk mengupdate blog ini.Tapi hasilnya tidak lah sepuas menaip di atas laptop.

Kali ini saya nak berbincang sedikit tentang cara hidup budak-budak U zaman sekarang.Macam-macam jenis manusia yang kita akan jumpe ketika di dalam U ni.Orang kata,zaman belajar di U inilah masanya untuk mencari pasangan hidup.EH,YE KE?Boleh ke jumpa yang sesuai dan sepadan?EMM..Tepuk dada,tanyalah empunya diri.

Jenis Lelaki bagaimana yang menjadi pilihan wanita?

Lain orang.lain taste nye.Kadang-kadang pada pandangan kita orang tu tak menarik pun tapi pada pandangan orang lain dia cukup menarik dan tertarik untuk di dekati.Selain penampilan, (cantik,hensem,bergaya,smart,menawan,ayu dll) personaliti dan tingkahlaku seseorang juga menjadi ukuran dalam memilih teman.Contohnya sifat ambil berat,penyayang,lemah lembut,penyangak..OPpss..

Bagi saya sebagai perempuan,saya suka lelaki yang memahami dan bersifat seperti air,memadamkan setiap kemarahan dan api dalam diri.Almaklumlah,kadang-kadang perempuan ni berakal pendek dan suka membuat sesuatu keputusan secara terburu-terburu.Jadi saya rasa lelaki jenis macam ni amat sesuailah nak di jadikan teman.

Ada juga sesetengah lelaki yang terlalu suka mengongkong hidup temannya yang lain.Seperti contoh yang ada berlaku di sekeliling kita ialah dalam situasi ini:

Lelaki ini memberi apa sahaja kemahuan si Wanita.Hanset baru,wallet baru,minyak wangi berjenama,makan seharian di tanggung,ke kuliah dan balik kuliah di jemput dan di hantar dan banyak lagi kemudahan dan keinginan Wanita ini dipenuhi oleh Lelaki ini.Almaklumlah nak dijadikan cerita,Lelaki ini jenis yang suka bekerja dan mempunyai duit yang banyak.Ataupun lelaki ini datang dari keluarga yang kaya raya.Tetapi sebagai balasan,Lelaki ini mahu Wanita ini tunduk kepadanya.Jika bergaduh dan ada salah paham,si Wanita mestilah meminta maaf kepadanya terlebih dahulu.Jika mahu kemana-mana walhal nak ke tandas pun mesti kena buat laporan lengkap kepada si Lelaki.Apa yang bakal jadi kepada mereka ini?

Ada juga situasi begini:

Si Lelaki jenis yang tak suka nak ambil tahu hal si Wanita dan menganggap pandai-pandai lah kau jaga diri sendiri.Si Lelaki lebih suka menghabiskan masa dengan kawan-kawannya dan berborak mengenai motor,kereta,game,gajet dll.Mereka juga lebih suka menghabiskan masa dengan lepak tanpa mempedulikan si Wanita.Bagi mereka,belum berkahwin lagi kan,buat apa lah susah-susah nak pikir pasal diorang.HUHU...

Bagaimana pula dengan situasi begini:

Ketika keluar bersama-sama,Si lelaki lebih suka si Wanita mengeluarkan duit sepanjang perjumpaan mereka.Duit wayang,duit McD,duit Big Apple dengan alasan,dah kau ajak aku keluar,so,ko tanggung lah aku.HUHU...Huduh betul lah kalau lelaki bersifat kedekut...

Banyak jenis lelaki sebenarnya dalam mencari yang sesuai dan selalunya susah nak jumpa dengan yang sesuai kerana tak ada yang sempurna dalam dunia ini.Nak jadi terlalu memilih pun susah dan kalau tak memilih memang banyak ah dugaan dan cabaran yang terpaksa di tempuhi bagi menangani masalah tak sehati sejiwa iaitu masalah tak berkesefahaman.

Bagaimana pula jenis lelaki atau perempuan yang pernah anda jumpa?

Salam~

8 comments

Lan Bingka said...

lelaki dan perempuan, dua2 tak suka dikongkong..:)

Unknown said...

haha...macam2 org rupanya :D
wah..tulisan la tahzan tu dah kembali mcm biasa

+qasih nadira+ said...

@Lan Bingka
bt0l 2.mana ada y suka kn.masing2 kene saling pcya.

+qasih nadira+ said...

macm:sy dh dpt 0n9 kt bilik.tenet dh dpt gak.jd b0leh la gunekn la tahzan 2.he2.

alyyahku said...

nice article!
salam kenal aja

+qasih nadira+ said...

alyyahku:salam kenal gak.mekasih kerana mbaca.

Nas said...

nice penulisannya...bukan mudah nak jumpa pasangan/ lelaki yang betul2 sesuai dgn kita..at least ada juga la yang berperangai yang xske mengongkong...

+qasih nadira+ said...

nas:agak la~memang bagus kalo dapat yang memahami dan selalu leh ada waktu senang dan susah dgn kita~
n__n


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile