As salam.
Ok,sapa yang dah tengok citer ni?Hujung minggu lepas aku tengok citer ni.Leh tahan la citer dia.Penuh ngan aksi and ada sentuh sket pasal isu-isu keluarga yang akan buat korang sedih diakhir penghujung citer ni.Rasa tak rugi la beli tiket.
Kisah ni kira dalam abad milenium la dimana masa tu robot digunakan dalam sukan tinju atau pun WWE.Huhu.Bila robot tu bertinju tak adalah rasa sakit kan.Kalau manusia mesti ada kuar darah kalau luka.Ni robot plak kuar minyak.HAHA.Rasa kelakar gak tapi memang realiti la kan robot bergerak disebabkan minyak jugak.Then hero citer ni seorang peninju masa dulu and dia gunakan robot sebagai pengganti di gelanggang tinju.Best la citer ni.Memang tak rugi tengok.Seyes.
Then,robot yang menjadi hero dalam citer ni adalah Atom.Anak lelaki ni yang jumpa masa nak curi besi kat pusat pembuangan besi.Atom ni yang menyelamatkan budak ni dari terjatuh ke dalam gaung.Then dia ambik Atom ni dan latih dia sebagai peninju dan penari.Best tengok budak kecik ni menari dengan robot.Sebelum Atom bertinju,dia akan tunjukkan tarian robotik tuk tarik minat penonton.Memang smart!
Atom ni robot yang istimewa sebab dia boleh dikawal dengan remote dan bayang manusia.Bila ditukar pada mode bayang,dia akan follow sume tindak tanduk tuan dia.Rasa real plak aku tengok citer ni.Agak-agak citer macam ni boleh jadi kenyataan ke?Robot dicipta untuk pertarungan.Huhu.Aku rasa lagi ok la berbanding dengan sesebuah negara yang dok cipta robot tuk benda yang menyongsangkan.Baik guna ke arah yang baik.Jangan pula nanti buat robot untuk peperangan.HUHU.Setakat bertarung dalam gelanggang tu dah kira memadai la.
Nak kongsi tu je dulu setakat ni~Jumpa lagi k.Wsalam!
2 comments
awesome ! seriously best kaaann xD
teema chan:yup!mmg best!rasa nak ada je satu robot!hehehe~
Post a Comment