As salam semua.Siapa yang tak kenal dengan ptptn kan.Selalu kalau nak sambung belajar kat IPTA/IPTS mesti korang akan ditawarkan dengan pinjaman ni.Semalam ptptn ada buat taklimat pembayaran balik duit lepas tamat belajar nanti.Mulanya aku taknak g pun sebab semalam memang banyak kerja yang aku kene settle tapi lepas kuar ugutan dari pihak ptptn untuk sesiapa yang tak datang,iaitu diorang akan bekukan duit tuk sem depan,maka aku pun terpaksalah naik bas bersama dengan kawan2 perjuangan yang len menuju ke dewan.Memang ramai giler dalam dewan tu dan disebabkan aku and the gang lambat datang terpaksalah kitorang dok bersila atas lantai.Menggigil kot duduk.Dahla air cond sejuk giler.Menggigit2 kaki aku bila sentuh dengan lantai.
Masa nak start taklimat tu beselah ada bising2 sket then ada yang tak dapat buku lagi.Masing-masing yang berdiri ni lost la sket kan.Tak tahu nak ambil kat masa kertas kedatangan and buku yang disediakan.Tetiba ada sorang mamat ni menjerit2 gune mic suruh kitorang duduk dulu.Terus kena booo dengan student.Bukan pe,diorang nak kasi taklimat kat budak U,hari pembelajaran biasa yang memerlukan diorang tuk attend ke kelas,then nak marah2.Memang kenalah dengan budak2 ni.Aku dok gelak je la.Pe la.Paling sakit ati bila diorang kata surat pelepasan kuliah dah disediakan tapi tak sama bila lecturer ajar and baca sendiri.Kesian la kat sapa2 yang ada kelas pagi tu.Nasib baik kelas aku pukul 8 habis pukul 9 tak ada la niat nak ponteng kelas.HUHU.
Then,kami kena dengar taklimat dalam pukul 9 sampai lah pukul 1 then aku salah naik bas plak tu.Camne lah dah final year pun aku still buat kesilapan masa tahun satu dulu.Aiii...bengang je aku masa tu.Dah bas tu berhenti kat zaaba.Terpaksalah aku makan dulu kat zaaba.Ingat nak makan nanti2 je sebab nak uruskan keje library aku dulu.HUHU.
Then masa kitorang last taklimat tu,masa tu sesi soal jawab.Ramai la rupenye ada masalah kurang dapat duit dari ptptn.Diorang kata tu maybe salah pihak bendahari yang tolakkan duit yuran.Masa first time sebelum aku sedar duit kolej naik,aku tanya pihak bendahari nape saya kene tolak banyak.Diorang cakap,entah saya pun tak tau.Cis,apa benda semua tak tahu.Tahu tolak duit je tapi tak tahu apa sebab.Tak takut ke tetiba tersalah tolak duit?Patut kenalah tahu.HUHU.
Ok,aku nak siap2 g kelas.Sayounara.
Wsalam.
Wednesday, October 12, 2011
.:taklimat ptptn di UKM:.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments
Post a Comment