Saturday, January 14, 2012

.:berdebar-debar:.

.

As salam.

Sejak peristiwa hitam malam tadi,aku jadi trauma plak bila nampak benda panjang warna merah gerak-gerak atas lantai.Huhu.Seyes beb,sampai sekarang aku dapat rasa berdebar-debar dalam hati aku ni.Tak tahu la nape lain macam je jantung aku ni.Makin laju dia pam darah.Macam nak habis oksigen plak aku rasa.Tapi seyes aku rasa teramat tak selesa sekarang ni.Aku ingat benda ni akan hilang tapi makin menjadi-jadi pulak.Adakah aku akan ada serangan jantung?OH TIDAK!Harap tak lah.Muda lagi kot aku ni nak sakit-sakit macam ni.Sebenarnya rasa berdebar ni start masa waktu exam nak abes dalam 15 minit lagi.Masa tu jantung aku berdegup laju giler tapi sampai sekarang dia still berdegup.Sampai sakit aku rasa dalam ni.Adoi...Janganlah ada pe-pe...

Wei,aku ada update sikit la pasal perjuangan AdamAdli ni.Sekarang ni dengar cerita dia digantung pengajian selama 3 sem.Alahai,susah la camtukan.Patut dah leh dapat keje awal-awal and boleh dah bekerja untuk sara ibubapa pula.Sebenarnya apa yang dia perjuangkan tu bukanlah hal politik cuma hak kebebasan mahasiswa je.Tapi gaya si AdamAdli and the gang je tak mengena gayanya.Dah tu,terjebak pula sekarang ni dengan campur tangan orang politik.Aku tak dapat bayangkan macam mana agaknya masa depan AdamAdli ni.Macam mana dia carik kerja nanti.Pandangan masyarakat pada dia.Sebenarnya hak kebebasan mahasiswa ni dah lama dah bertapak kat UM tapi sejak AUKU dilaksanakan,hak ini dibubar dan dikuburkan.Walaupun telah dibubarkan,ada juga sedikit perkara yang diikuti oleh mahasiswa untuk membangunkan semula hak kebebasan mahasiswa ni cuma tak de lah macam yang berlaku kat UPSI baru-baru ni.Sebagai contoh dekat yang aku leh kasi adalah kat UKM sendiri.Dalam 2 tahun lepas tak silap aku Sudut Pidato UKM dibina sebagai kemudahan pelajar untuk lontarkan apa-apa idea atau cadangan kepada pihak universiti.Walaupun dah lama sudut pidato tu dibina,tak ada pula aku dengar cerita ada student yang berperang or jalankan apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Sebenarnya ada baik dan buruknya hak kebebasan mahasiswa ni.Mesti ada sebab napa akta AUKU dibangunkan dan mesti ada sebab nape hak ini dibubarkan.Aku seronok tengok anak-anak muda melayu ni semangat mengibarkan bendera dan tunjukkan semangat patriotik pada negara tapi rase gerun la pulak kalau benda lain yang terkibar and benda lain yang dipekik dan diperjuangkan.Yang best nye aku tengok,anak melayu je dok sibuk-sibuk bangkitkan semangat dan perjuangan ni.Tidak pula bangsa-bangsa yang lain.Kata 1 Malaysia.Hahaha.Gurau2...Korang ada layan la klip video ni?Dari sini lah aku dapat tau sikit-sikit pasal perjuangan AdamAdli ni tapi aku lupe mana aku amik.Taktau nak kredit kan sapa.HUHU..

Inilah sebenarnya perjuangan AdamAdli.Aku pun taktahu perlu ke kita kena bangkit dan perjuangkan hak mahasiswa?Sebab setahu aku la kan,aku dok belajar ni,pasal politik aku memang tak amik kisah sangat.Siapa yang memerintah ke,diperintahkan ke.Asalkan aman,tak ada huru hara.Simple minded tak aku ni?Hahaha!Yang pastinya bapak aku dah pesan awal-awal dah jangan nak berpolitik sangat.Belajar rajin-rajin sampai berjaya dulu.Ngeh2...Baik ayah...

Then,ini plak feedback dari AnwarHadi si Encik Peguam.Sedap gak layan dia cakap.Hehehe.Lawak..tapi ada mesej yang tersemat.


Ok lah,aku suma tahu benda-benda macm ni sebab penting kan kena amik tau.Kang ditanya masa interview kang mati aku.Nampak beno duduk dalam gua je kan.Ok,aku nak bagi pandangan sampai sini je.Takleh cakap lebih-lebih.Tepuk dada,tanya diri sendiri.

Wsalam.


Mutiara Kata 71

Ucapan terima kasih 
yang keluar dari mulut orang 
yang mensyukuri kebaikanmu
akan terdengar lebih merdu
daripada kicauan burung
dan desiran angin musim semi.
Ia juga jauh lebih indah
daripada gemersik reranting pohon
atau alunan suara para biduan.



2 comments

Lan Bingka said...

malas nak pening kepala.. hidup macam biasa sudah. tiba masa mengundi saya jalankan tanggungjawab..

+qasih nadira+ said...

lan bingka:betul tu~jalankan tanggungjwb je kan masa mengundi t~x yah pikir susah2kan~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile