Sunday, January 1, 2012

keganasan polis pada student!

.



As salam.Terkejut gak aku pagi2 baca post kat FB cerita lagi pasal kisah AdamAdli ni.Aku ingat cerita kat balai yang dia hampir ditumbuk tu dah tamat dah.Rupanya cerita politik tentang student ni makin hangat dan hangit dalam Malaysia ni.Sebelum ni orang2 politik je yang dok gertak2 AdamAdli tapi sekarang kerajaan dah main kasar dengan meletakkan pertahanan polis sebagai barisan pertama melawan perjuangan AdamAdli.Aku bukan menyokong mana2 pihak dan aku memang tak sokong langsung cara perjuangan kerajaan dan mahasiswa macam ni.Aku sebagai student pun mesti akan terfikir dan terlihat dan ternilai benda2 yang berlaku dan melibatkan pulak pasal mahasiswa.

Polis memang ada hak untuk memukul atau menembak sesiapa pun KALAU keadaan dah tak terkawal.Aku tak tahulah apa yang berlaku kat UPSI sampai polis terpaksa atau sengaja melakukan kekerasan untuk melawan mahasiswa ni.Aku dah baca la pasal akta AUKU yang dicanang2 oleh mahasiswa ni.Sebenarnya apa kebaikan atau keburukan tentang AUKU ni.Kalau kita imbau sejarah dulu pun,kebanyakan golongan yang bangkit menegak dan mempertahankan tanah Melayu adalah mahasiswa Universiti.Memang dah ada darah perjuangan dalam diri mahasiswa.Memang tak boleh nak disangkalkan kadang2 orang kampung yang susah,dihulurkan dengan pelbagai bantuan dan duit,bagi mengabur kebaikan yang dibuat oleh satu parti,perkara2 macam ni selalunya dibuat kalau hampir pilihanraya.Orang2 kampung macam ni kadang2 tak terfikirkan apa ada udang disebalik batu atau apa.Memang betul apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir.Melayu makin layu.Hidupnya manja dan ingin selalu disuap.Apabila golongan cerdik pandai mula bangkit mempertahankan hak mereka,kerajaan mula goyah.Sebab sebelum AUKU dilaksanakan pada masa dulu,inilah antara faktor mengapa perlu wujud AUKU ini bagi kerajaan.Untuk mengelakkan golongan cerdik pandai daripada memonopoli pentadbiran negara.Tapi pelik,dulu tak ada pun kes2 macam ni.Sekarang,banyak pula terjadi benda macam ni.

Yang sibuk2 dalam pentadbiran adalah Bangsa Melayu.Langsung tidak kita sedar bahawa bangsa lain sedang ketawa terbahak2 melihat perbalahan kita sesama satu bangsa,satu  agama.Malu2.Tidak seperti bangsa lain yang sekarang ni sedang perlahan2 menusup kedalam pentadbiran negara.Kewangan kini dipegang oleh bangsa Cina.Perundangan kini dipegang oleh Bangsa India.Melayu?Hanya pada politik kotor...

Apabila melayu bangkit untuk mempertahankan hak mahasiswa,pelbagai kejian dan kutukan yang mereka dapat.Apa salahnya kalau duduk satu meja,bincang baik2.Bukannya duduk kat meja,jerit2 nak ludah or tumbuk menumbuk.Then kasi mesej yang berbaur kekejaman dan ancaman untuk membuktikan kekuatan masing2.Mana tak tercabar masing2.Memang fitrah manusia pantang dicabar,pasti ada yang ingin melawan.Tapi,lihatlah dulu senjata apa yang dibawa oleh pihak lawan kalau nak berlawan pun.Diorang yang aku tengok cuma bawak keranda ngan gambar je.Bukannya pistol senapang meriam kete kebal pun.Nak berlawan pun,biar sama adil.Bila imej kerajaan dah jadi macam ni,aku rasa sedikit tercalar pandangan aku pada kerajaan.Memang banyak kerajaan dah buat pada rakyat dan mahasiswa.Aku sedar,selama aku belajar ni pun,banyak duit kerajaan iaitu hasil duit rakyat juga yang aku belanjakan.Terima kasih atas semua ni.Tapi aku mintak sangat kemelut mahasiswa vs kerajaan ni akan berakhir.Bagilah aku keluar U tahun depan dengan impian dan harapan baru.Bukan dengan pandangan masyarakat yang melihat mahasiswa sebagai ancaman kepada mereka.Kami yang tak bersalah ni pun ada hak untuk mendapat yang terbaik pada masa akan datang.Kami juga ingin berbakti semula kepada rakyat tetapi dengan cara yang adil disisi Islam.

Aku cuma berharap lepas ni dah tak ada kes2 macam ni.Aku ni tak pandai sangat nak berkarang tentang politik tapi ini sebahagian luahan hati aku sebagai mahasiswi.Sapa tak takut wei kalau kuar je U suatu hari nanti,then orang sekeliling pandang lain macam je.Huhu.Ok,nak cakap tu je and aku teringin nak dengar pendapat orang lain tentang perkara ni.

Wsalam.







gambar daripada: budakkampungonline

2 comments

Kisah Sayang Safuraa said...

wooooowiiiiiii..
akak pun xbrape nk ikuti..hehehe..no komen ye dik..huhu..

+qasih nadira+ said...

safuraaabdulrashid:hehe~sebenarnya angah pun no komen gak tapi rasa nak tulis je apa2 y ada dalam kepala ni~hehe~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile