+Salam buat semua.+
+Kali ini qasih nak cerita pasal gunung pula.+
+Teringat pula masa qasih daki Bukit Terisek kat Taman Negara Pahang,+
+Baru bukit,qasih dah tercungap-cungap.+
+Belum lagi tawan Gunung Kinabalu.+
+Bila dengar ada ura-ura nak pergi tawan Gunung Kinabalu,terkebil-kebil mata ni.+
+Hahaha.Jangan la ada yang pelawa ye.+
+Jom kita terjah sama-sama tentang tajuk kali ini.+
1)Annapurna,Central Nepal (26 545 ft.)
+Gunung ini merupakan yang tertinggi ke-10 di dunia.+
+130 pendaki pernah memanjat sampai ke puncaknya yang cerun.+
+Tapi,seramai 53 yang tewas mendakinya sampai ke puncak.+
+Dicatatkan 41% kematian yang dilaporkan dan merupakan tertinggi di dunia.+
2)Nanga Parbat,Kashmir (26 657 ft.)
+Dikenali juga sebagai 'The Man Eater',gunung dengan puncak yang tajam yang terdiri dengan batuan dan salji.+
+Merupakan puncak ke-9 tertinggi di dunia.+
+Dicatatkan 31 pendaki telah meninggal dunia ketika mendakinya.+
3)Siula Grande, Peruvian Andes (20 814 ft.)
+Pada tahun 1985,Joe Simpson dan Simon Yates telah mengabadikan pendakian mereka dalam buku dan filem Touching the Void,berusaha memanjat barat Siula Grande dan mereka berjaya menawan sampai ke puncak.
+Walaubagaimanapun,Simpson telah jatuh ketika hendak turun dan menyebabkan kakinya patah.+
+Yates berusaha membantu rakannya dengan mengikatnya dengan tali tetapi tidak berjaya kerana terhalang dengan tebing yang berbahaya.+
+Setelah sejam berlalu,Yates terpaksa memotong tali tersebut dan menyebabkan Simpson terjatuh.+
+Namun begitu,Simpson terselamat mestipun terjatuh setinggi 30 meter.+
+Simpson bertahan hidup selama 3 hari dengan memakan salji dan terus berjalan menuju ke khemah mereka.+
4)K2, Perbatasan Pakistan dan China.(28 251 ft.)
+Gunung ke-2 tertinggi di dunia.+
+Dikatakan amat berisiko kepada pendaki wanita.+
+Perempuan pertama yang menawannya adalah Wanda Rutkiewicz pada June 1986.+
+Dalam 18 tahun berikutnya,semua 5 pendaki wanita yang menawan sehingga ke puncak telah mati.+
5)Kangchenjunga, Perbatasan India dan Nepal.(28 169 ft.)
+Gunung ini terkenal dengan runtuhan salji dan kesejukannya sehingga boleh membawa kepada kematian.+
6)The Matterhorn,perbatasan Swiss dan Italy.(14 691 ft.)
+Dikatakan pengganas sering membuat runtuhan batu dan menyebabkan batu tersebut menimpa para pendaki di bawahnya.+
7)Everest,perbatasan Nepal dan China.(29 029 ft.)
+Dilaporkan gunung ini memiliki 9% kematian walaupun terdapat ramai pendaki yang cuba menawannya setiap tahun.+
8)Mt.Washington,New Hampshire.(6,288 ft.)
+Terkenal dengan cuaca yang mudah berubah-ubah,angin kencang dan hujan sehingga menyebabkan 100 pendaki gagal dalam pendakian mereka.+
+Malahan pernah dicatatkan rekod angin paling kencang dengan kelajuan 231 m/jam.+
9)Denali,Alaska.(20,320 ft.)
+Gunung ini dikatakan sering mengalami gempa bumi.+
+Dengan kombinasi ketinggian dan garis lintangnya yang tidak sesuai menyebabkan pendaki mudah jatuh sakit.+
+Kadar oksigen di Denali jauh lebih rendah berbanding dengan gunung yang ada di garisan khatulistiwa.+
10)Mt.Fuji,Japan.(12,388 ft.)
+Kadang-kadang gunung yang rendah pun boleh menjadi bahaya.+
+Di kaki gunung Fuji ada kawasan yang disebut Lautan Pohon (Sea of Trees),sebuah kawasan dipenuhi dengan pohon pinus dan merupakan kawasan yang tidak dilanda aliran lahar gunung berapi dalam letusan besar tahun 1707.+
+Dikatakan kawasan ini terdapat kejadian aneh yang sering berlaku dan warga setempat menceritakan soal daerah bermagnet yang membingungkan mereka.+
+Sementara populasi hutan ini dihuni oleh ular,anjing liar dan kadang-kadang terlihat hantu.+
+Itulah antara informasi yang qasih dapat ceritakan pada semua.+
+Semoga semua terhibur.+
+Salam buat semua.+
4 comments
qasih..gunung everest tak tersenarai ke? ..sy ingat gunung tu paling tinggi
Datang singgah yee.. lama tak jengah. ^^"
heheh saye sue panjat gunung..besh2..:) 1 hari nak g sane la..:) cipta rekod..
Pawaka19:Everest ade no.7 tu.Memang gunung tu yang tertinggi tapi dia no.7 yang bahaya untuk didaki~
Epol:hai epol~lama tak datang sini ye~mekasih jenguk qasih~
n___n
SheyPull:bagus semangat orang muda nie!Teruskan semangat anda k!saya sokong awak!
Post a Comment