+Salam buat semua.Kali ini qasih nak masuk contest ini.Jadi rakan-rakan yang lain jom la ramai2 kita masuk!+
+Sesiapa yang berminat klik sini tau.+

+Gambar Cover Buku+
+Judul Buku+
--La Tahzan--
--Jangan Bersedih--
--Don't Be Sad--
+Penulis+
--Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni--
+Penterjemah+
--Mohd.Sofwan Amrullah--
+Penerbit+
--JASMIN ENTERPRISE--
+Bil. Muka Surat+
--592--
+Harga+
--RM 30.00--
~MENGAPA SAYA PILIH LA TAHZAN SEBAGAI AKSARA PENCORAK HIDUPKU?~
~Hidup sebagai manusia selalunya takkan lekang dengan air mata.Bagi saya kehidupan penuh dengan kebahagian tetapi disebaliknya mesti ada tangisan dan air mata.La Tahzan merupakan aksara yang setia menghilangkan air mata dan tangisan dalam hidup saya.Merupakan teman yang sentiasa disulami dengan aksara dan mutiara kata yang subur bercambah dalam diri saya.~
~La Tahzan merupakan jalan penyelesaian dalam masalah-masalah harian yang disertai dengan bimbingan wahyu, panduan risalah serta bersesuaian dengan fitrah manusia yang suci.Disamping itu, diambil juga pengalaman matang, contoh-contoh yang hidup, kisah-kisah yang menarik,serta adab dan etika yang memikat.~
"Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi.Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya.Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai atau tidak di jambatan itu?"
~JANGAN BERDUKACITA JIKA GAGAL,
KERANA ANDA MASIH MEMILIKI NIKMAT YANG LAIN!~
"Hayatilah ungkapan ini : Alangkah banyaknya nikmat dan anugerah Allah pada diri anda.Justeru,bersyukurlah kepada-Nya kerana semua itu, dan insafilah bahawa anda betul-betul bergayut dengan pemberian-Nya.
Allah s.w.t berfirman,ertinya:
~Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.~
(Surah Ibrahim:34)
~SIKAP~
Diriwayatkan dari Asma' binti 'Umais r.a,katanya:"Baginda Rasul telah berkata kepadaku:"Tidakkah pernah aku ajarkan kepadamu kalimat yang boleh engkau baca ketika engkau ditimpa kesakitan?
Bacalah:Allah,Allahu Rabbi,la usyriku bihi syai'an (Allah,Allah Tuhanku,aku tidak akan menyekutukan sesuatu dengan-Nya)"
~Memang ada beberapa perkara yang mewujudkan mendung tebal dan pekat di dalam hati.Tetapi jika ia kembali kepada Tuhannya,menyerahkan segala masalah kepada-Nya,dan akur kepada-Nya dengan segala keikhlasan dan keimanan di dalam hati,nescaya Allah akan mengalihkan mendung-mendung itu.Tetapi kalau yang dikatakan itu keluar dari hati yang leka dan tidak ikhlas maka ia adalah mustahil.~
~La Tahzan saya syorkan buat sesiapa yang berasa hidup yang sempit, resah dan sedih atau buat mereka yang ditimpa musibah atau tertekan hingga tidak dapat tidur.La Tahzan menggesa anda :"Bergembira dan berbahagialah,optimis dan damailah hidup anda".Lebih dari itu ia menggesa anda:"Jalanilah hidupmu apa adanya dengan rela dan senang hati."
7 comments
semoga qasih mendapat semula menikmati erti gembira dan bahagia
New Entry Pawaka19 Dot Com
"Seorang Lelaki Berkahwin Dengan Anjing"
salam ziarah..
thanz sis atas penyertaan..
sy da semak & baca..tiada masalah.. tapi banner di sidebar tu kalu b0leh dilinkkan terus ke laman pGanjur lg bagus =)
La' Tahzan..sebuah buku yG amat bererti buat diri ini..tidak dinafikan, sikap & pemikiran sy byk terikat dengannya..nice!
GudLuck
Pawaka19:amin~mekasih mel~
n_____________n
Azrai:terima kasih juri~semoga kata2 juri 2 dapat menaikkan semangat semua pembaca~insyallah~
n_____________n
semoga hidup qasih lebih bahagia dan dapat hadapi dugaan mendatang.. mcm best je buku tu.. :)
Mr.Z:amin~mekasih Z~Semoga hidup awak pon gembira selalu~ :)
masya Allah, diz buk is rilly gud.. memang best sangat.. antara kata2 yang tak dapat saya lupa,
"manusia memang diciptakan untuk tidak bersyukur. seorang anak yang dimanjakan oleh ibu bapanya akan lahir sebagai seorang anak yang derhaka apabila besarnya. manakala seorang hamba Allah yang hidup dengan limpahan kenikmatan dan kemewahan akan menjadi seorang yang zalim pula sehingga mengaku diri sendiri sebagai Tuhan (firaun).. maka janganlah anda mengharap ucapan terima kasih daripada orang lain kerana memang sikap mereka sebegitu, tidak pernah pandai bersyukur dengan sesuatu nikmat sehinggalah kenikmatan tersebut ditarik semula..."
perkongsian bersama..;)
Haulid Al-Hararr:Perkongsian yang bermakna.Terima kasih kerana berkongsi~Saya pun amat menyukai buku ini~Penuh dengan kata-kata yang memberikan kita motivasi untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini~
n__________n
Post a Comment