Thursday, June 17, 2010

~fakta tentang manusia dah nak tamat~

.

+Salam buat semua+
+Harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat+
+Jom kita menyambung tentang pelajaran kita yang dah nak sampai penghujungnya.+
+Layan~ MySpace


PERINGKAT MIKROSKOPIK

+Anggaran dalam 32 juta bakteria menetap tetap pada setiap inci kulit kita.Bakteria ini dikatakan tidak berbahayakan manusia malah membantu kesihatan manusia.+

+Manusia akan sentiasa menghasilkan kulit baru dalam setiap 27 hari untuk melindungi organ dalaman daripada bahaya elemen yang boleh menyerang manusia.+

+Setiap satu minit 300 juta sel yang akan mati dalam badan manusia.+

+Kulit akan sentiasa menghasilkan kulit baru walaupun terdedah kepada sinaran matahari dan menyebabkan sunburn.+

+Setiap hari bagi badan orang dewasa,mereka akan menghasilkan 300 juta sel baru.+

+Dikatakan setiap lidah manusia jugak lain antara satu sama lain seperti cap jari kita.+

+Badan kita mempunyai elemen zat besi yang cukup untuk memanjangkan 3 inci kuku dalam satu-satu masa.Jika kita kurang zat besi,kita akan menghasilkan kuku yang lebih pendek dan inilah yang dihidapi oleh pesakit anemia.+

+Jenis darah yang selalu ada di dunia ini adalah darah jenis O.+

+Bibir manusia mempunyai warna kemerah-merahan kerana terdapat ketumpatan saluran darah yang tinggi dan terletak di bawah kulit bibir.+


PENGETAHUAN TAMBAHAN

+Semakin sejuk keadaan bilik ketika kamu tidur,semakin tinggi keberangkalian kamu untuk mendapat mimpi ngeri.Oleh sebab itu,sesiapa yang selalu mendapat mimpi buruk hendaklah memastikan tidur dalam keadaan yang tidak terlalu sejuk.+

+Air mata dan lendir yang mengandungi enzim(lysozyme) berpotensi untuk memusnahkan dinding sel kebanyakan bakteria.+

+Telinga kita akan menghasilkan banyak tahi telinga ketika dalam perasaan takut.+

+Ianya mustahil untuk menggeletek diri sendiri.+

+Manusia adalah satu-satunya makhluk yang boleh menghasilkan air mata emosi.+

+Jangka hayat manusia yang kidal (menggunakan tangan kiri) adalah pendek berbanding yang menggunakan tangan kanan.Hal ini kerana kebanyakan peralatan dan mesin yang dibuat adalah untuk pengguna yang menggunakan tangan kanan dan membuatkan manusia kidal mengalami kesukaran untuk menggunakannya.Dilaporkan banyak eksiden dan kematian dalam setiap tahun.+

+Perempuan membakar lemak lebih rendah berbanding lelaki.Hal ini kerana perempuan memerlukan lemak dalam sistem reproduktif mereka berbanding lelaki.+


+Baiklah,tamat sudah fakta menarik tentang manusia pada kali ini+
+Semoga rakan-rakan dapat timba sedikit ilmu tentang sains+
+Semoga kita berjumpa lagi ye.+
+Salam+
MySpace

~LA TAHZAN~

2 comments

pawaka19 said...

hehe klau macam tu tak payah pakai gincula yang last sekali tu

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Seorang Lelaki Berkahwin Dengan Anjing"

+qasih nadira+ said...

pawaka19:tau x pe mel~bibir kita nie dah semulajadi merah~bila ada yang pakai gincu,ada implikasi yang menyebabkan bibir tidak menjadi merah semulajadi tetapi tukar kaler lain~ish3~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile