Thursday, June 10, 2010

~trip ke taman negara,pahang~

.

                  ~Salam buat semua.Dah lama tak cerita kat sini kan.Setelah 3 hari qasih bercuti di Pahang dan akhirnya ada jugak kesempatan nak bercerita ngan kawan-kawan semua tentang trip qasih ke Taman Negara,Pahang.

     Qasih ke sana sebab kawan baik qash,Ameera sudi nak ajak qasih ke trip tersebut.Turut serta gak keluarga Ameera dan kawan-kawannya yang lain.Sebenarnya trip ni dilaksanakan untuk meraikan kemenangan 5 kali berturut-turut pasukan bola tampar lelaki UKM dalam MASUM iaitu kejohanan sukan antara universiti di Malaysia.Oleh sebab ramai yang tak dapat hadir,pihak atasan telah membuka peluang kepada orang lain untuk mengisi kekosongan dan alhamdulillah qasih dapat peluang tu.Terima kasih Ameera sebab ajak aku~

            8 jam dalam perjalanan pergi ke Taman Negara sebab kami ikut jalan ke Tampin,Negeri Sembilan untuk mengambil pelajar di sana.Tapi balik kami terus lalu Lebuhraya Karak dan perjalanan dalam 5 jam kerana jammed di Ampang.Bese la~KL~

Kami telah menetap dan bermalam di Woodland Resort.Tapi bukan rumah kayu yang cantik tu tapi asrama je ye.Mahal tu nak duk dalam rumah kayu tu.Cume leh menumpang mandi kat swimming p0ol je.hehehehe~



termenung dalam perjalanan.qasih dan meera la paling 
bising dalam bas.Bercerita dan cerita dan cerita dan cerita.Hahaha!!!

bukan rumah kayu nie tau kami duduk.ni sekadar posing lebih je~

qasih dan Meera~

nie la asrama tempat kami menginap.walaupun hostel tapi memang selesa 
dengan air cond dan toilet.

sedikit view dari Woodland Resort

nie la pool tempat kami bermandi manda~Best giler!!!

sempat berposing sebelom mendaki bukit Terisek

bersama meera

suasana pagi di Woodland Resort

di Jeti Sungai Tahan.Merentas untuk ke Bukit Terisek

Bot yang kami naiki semasa merentas Sungai Tahan.Memang best!

suasana dalam bot bersama dengan keluarga Ameera

Pemandangan dari kaki Bukit Terisek.Nie dalam memulakan perjalanan
untuk mendaki bukit ini.

Ini Abang Khairil,pemandu pelancong kami yang sangat dedikasi.
Menemani kami mendaki bukit Terisek setinggi 2.5 km.
Memang setia la.Hehehe~Dia kata qasih la muka yang paling 
nampak rasa penat masa mendaki bukit ni.Mekasih la kat abg nie.

Berposing dalam hutan. :)

Sambil jungle trekking sempat abg nie terangkan tumbuhan yang ada di Taman Negara ini.
Nie lah pelajaran paling best.hehehe~
Mula-mula dia petik daun kat pakok tu then bagi kat kami semua.
Dia suruh kami renyuk2 kan daun tu then bukak balik daun tu.
Yang peliknya daun tu tak tercalar pun.Masih lagi nampak smooth je.
Pastu dia suh kami gigit.woooo!!!Pahit giler.
Pastu dia gelak dan dia kata nie la pokok Tongkat Ali.hehehe~

Ini lah Bukit Terisek yang bejaya qasih tawan~

View Gunung Tahan dari Bukit Terisek~Memang luck kami sebab
boleh nampak gunung tersebut di sebalik awan.

Inilah Canopy Walk yang dikatakan terpanjang di dunia.Best giler dapat jalan kat titian nie.memang sempit dan hanya membenarkan 4 orang dalam setiap titian untuk keselamatan kami.

View dari tepi titian.

Berposing dalam bot.

~Itulah antara gambar kenangan yang sempat qasih rakam kan sebagai kenangan tuk qasih sendiri.Memang kenangan yang tak dapat qasih lupakan dan akan qasih kenang sampai bila-bila.Bukan senang nak pergi tempat macam ni dan free pulak tu kerana mendapat sponsor 10 ribu sepenuhnya dari pihak JASA.Terima kasih untuk trip nie.

~Salam~



7 comments

leen said...

nak ikut gak~~ :D

Unknown said...

peh.. seronotnya...

pawaka19 said...

qasih..mel mmg teringin nak pi taman negara tu..bila mel tengok tv ada org promote dalam tv cite destinasi buget.

dia tunjuk mandi dengan ikan kelah , duk umah macam nite safari..bile nak gi agaknye..teruja.

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Alat Pengesan Laptop Di Kereta"

Lan Bingka said...

patutlah menyepi..;)
nak gi gak la nanti..

+qasih nadira+ said...

leen:sila2~bukan dekat je ke ngn umah ko???

budak kampung online:mmg best giler la~x rugi nak g pon~sy promote nie~hehehe~

Pawaka19:memang best giler tau mel.memang tak rugi kalo bercuti ke sana.qasih sgt2 enjoy the trip tau~

Lan bingka:qasih menyepi 3 hari je la~itu pun dah rindu2 ye~hehehe~g la sana~best!!!

Shuk said...

bestnye bercuti..family sy tak dpt nk pi mane2 cuti sekolah~

+qasih nadira+ said...

shuk:parents busy tu~dok umah pun bercuti gak kan~ :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile