As salam.
Pagi ni kelas aku dua-dua cancel.Terima kasih kerana sudi kasi aku rehat lebih sikit arini walaupun malam tadi aku dah tidur awal gak demi tuk bangun awal hari ni.Ok2.Mekasih sekali lagi.
Pagi tadi masa aku tengah rileks-rileks nak pikir pakai baju pe tuk g kelas tadi (sebelum pengumuman kelas dibatalkan dibuat),aku pun belek-belek muka aku kat cermin.Tetiba nampak sesuatu yang buat aku berkerut dahi.Yeah,rambut aku nampak skema.Aku teringin gak nak dok bergaya-gaya dalam bilik dengan fesyen rambut terkini.Laju je tangan aku ambik gunting then skret!Aku gunting rambut aku dalam suku genggam.Then aku belek lagi kat cermin.Hancur.Aku letak balik gunting,simpan cermin dalam almari,duduk diam-diam atas kerusi.Hancur rambut aku.HAHA!Itulah akibatnya kalau tak ada kemahiran nak gunting rambut.Hambik ko!!
Ok,aku dah taubat dah taknak gunting rambut aku sendiri.Mungkin aku patut cari hobi lain.Huhu.Selepas tu barulah pengumuman kelas dibatalkan.Dah la dua-dua kelas batal.Memang dok goyang perut la aku kat kafe nanti.HAHA.
Aku kadang-kadang cepat bosan tau dengan persekitaran atau penampilan diri aku.Contohnya macam kes rambut pagi tadi.Penat tu aku dok cari gambar rambut yang sesuai tuk muka jenis macam aku ni.Tapi nampaknya misi tu gagal dan terasa sedih sikit menusuk hati sebab aku potong rambut yang salah.Sob..sob..
Pastu cara aku pakai tudung.Aku teringin giler nak pakai selendang sebab selalunya harga selendang lagi murah dari tudung bawal.HAHA.Jahat-jahat,tak baik kan kedekut tuk tutup aurat,Aish..Astaghfiruallah..Tapi sebenarnya memang aku nak la bukan sebab nak berjimat beli tudung sebab aku pun memang dah banyak tudung bawal.Saja nak pelbagaikan jenis muka.HAHA.Bila aku nak pakai je,mesti tak jumpa tune yang betul tuk letakkan selendang tu kat muka aku.Kejap nampak macam yuna,pastu hana tajima,pastu nampak macam alien.Ish!!Tension2!Pastu aku campak je selendang tu dalam almari.Tension aku.
Pastu cara pakaian aku plak.Macam-macam aku tengok gaya remaja sekarang kalau berpakaian.Memang banyak lah kan tak payah aku nak sebutkan satu persatu.Mula-mula aku suke tengok orang pakai kemeja.Aku pun bertungkus lumus cari and beli kemeja.Harga dia tak mahalkan and senang nak jumpa pun.Bila pakai aku rasa macam tak sesuai pula.Tapi kali ni aku tak campaklah dalam almari.Aku dok lipat baik-baik and pakai bila dah tak de baju nak pakai.HAHA.
Aku suka bergambar tau.Dok syok sendiri je la kan.Pastu edit kasi cantik and comel2 sket.Pastu tukar-tukar gambar kat fb and upload kat blog banyak-banyak.HAHA.Tu sikap aku dulu la.Mula-mula dapat handset berkemera macam tu lah perangainya kan.Ok,pastu bosan tengok muka sendiri,aku stop la amik gambar.Kalau perasaan mana ada aku amik gambar lagi kecuali masa not bagi aku perasan kejap kat depan dslr dia.HAHA!Besar giler lens tu kan.Aku rasa kagum kejap masa tu.Macam artis!HAHA.
Dah la tu je kot yang buat aku bosan.Sikit je kan.HEHE.So,kesimpulannya,jangan bosan banyak sangat.Nanti bila dah makin kurang keseronokan,kebosanan pula yang banyak.Tak cerialah hidup kita kan.So,carilah hobi baru and explore more in your life!Enjoy yah!
Wsalam.
p/s:bila tak ada kelas arini,dalam kepala otak aku cume ada kafe and jamuan hari raya je.HUHU.Stop makan berlebihan nona!!!
Friday, September 23, 2011
.:cepat bosan:.
Masa aku g taman botani kat putrajaya dengan sabrina.Rindu giler nak hang out sambil amik angin kat negara sendiri.HEHE.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments
goyang perut eh.. ;p
saya pun ada jamuan raya ari ni..yey
Lan bingka:hehe!selamat bergoyang perot!!!
Post a Comment