Tuesday, September 6, 2011

.:reunion raya part 1:.(sentap!)

.

As salam.

Semalam aku pergi reunion raya budak sekolah rendah aku.Ok,aku tak terfikir langsung aku akan pergi sebab aku tak ada transport pun nak g.Then sehari sebelum event tu tetibe budak laki datang beraya rumah aku.Diorang ajak aku ikut sama-sama.Mula-mula rase cuak giler nak buat keputusan nak g or tak.Tapi dalam hati ni memang memberontak giler nak g sebab aku dah lama giler tak jumpa kawan-kawan sekolah rendah aku.Lama giler!Dan akhirnya lepas dapat keizinan dari mak ayah aku,then aku pun dibenarkan pergi.

Petang tu after Zuhur diorang jemput aku kat rumah then dalam kete asyik kenakan aku.Mentang-mentang aku dah lama tak jejakkan kaki ke Sungai Pelek abes diorang bahan aku.Ceh..Kuang asam.Then kitorang beraya sakan kat Bagan Lalang dan Sungai Pelek.

Masa sepanjang perjalanan tu baru aku tahu yang reunion konvoi tu dah terpisah dalam dua group.Group pertama dah abes raya masa ari sabtu lepas then kitorang adalah group yang kedua beraya pada hari Isnin.Aku rasa macam ada salah faham dalam group konvoi tu tapi aku malas nak ambik tau.Aku tak suka berpuak-puak ni dan yang pastinya aku taknak terlibatlah kalo diorang ada masalah.Baik aku duduk diam-diam dan isi perut aku.HAHA!

Masa on the way nak balik rumah,masa tu dah nak maghrib pun.Tetiba aku dapat mesej dari ayah aku dan bunyi dia macam ni:

Ayam dah masuk reban.

Hahaha.Pas bace aku tersentap kejap.Hehehe.Maksud dia,dah masuk maghrib pun ni.Ayam tahu nak masuk reban tapi anak daranya yang sorang ni tak balik-balik umah lagi.HEHE.

Pastu tetiba Nabilah bercerita.

Eh,Nona.Ko ingat tak lagi masa darjah lima dulu ko pernah kantoi surat cinta dengan Cikgu Jamaaton.

Mula-mula aku memang tak ingat tau sebab aku ni memang short memory tau.Mungkin dulu masa kecik aku kuat makan makanan ringan.Then Nabilah pun sambung cerita.

Ala,masa tu ko suruh aku kasi surat kat firdaus.Then,aku letak surat tu kat celah-celah buku math.Cikgu Jamaaton pun selak buku tu nak cari muka surat yang dia nak mengajar.Tetiba dia baca surat tu depan kelas.Ko terus lari masuk toilet then nanges.

Ya Allah!Malu giler aku seyh!!!Aku dah lupa giler citer tu dan tak sangka sangat dia boleh ingat lagi.Masa tu aku memang malu giler kot.HAHA.Lepas incident tu cikgu aku tu siap jumpa aku personally lagi.Dia nasihat kan aku jangan bercinta masa sekolah.Kalau difikirkan balik pun,aku tak rasa apa sangat masa bercinta waktu sekolah rendah tu.Yela,muda lagi kot.Perkataan cinta tu pun aku tak tahu maknanya.Masa tu cinta ni dianggap macam ada hubungan istimewa dengan orang lain tapi bukan tahu pun maksudnya secara mendalam.

Sikit-sikit diorang buka citer pasal aku.Dengan alasan pasni takkan jumpa aku lagi sebab belajar lain-lain tempat sekarang tu yang dok busy kenakan aku.

Ok,seriously aku memang tak berapa selesa dengan diri aku masa raya tu.Aku rasa berat aku dah bertambah dan aku makin montel.Hahaha.Ok,sila ya kan je k.Then,muka aku pun berminyak sebab panas cuaca petang tu.Make up aku pun cair.HAHA.Seyes,tak suka!

Kawan-kawan aku semuanya mantain je badan cuma aku je yang dah montel.Benci aku!Hahaha.

Bila dah sampai rumah aku je,terus aku tukar pakai tudung biasa dan pakai selipar je g raya rumah acap.Malam tu perut asyik sebu je sebab keje asyik dok menelan je.HEHE.

Ok,nanti aku akan sambung cerita lagi tentang konvoi raya ni sebab petang ni akan ada tetamu akak aku yang bakal hadir.So,keep in touch and Wsalam.




5 comments

Lan Bingka said...

ayah mesti la risau pasal anak dara dia..:)

+qasih nadira+ said...

lan bingka:bila difikirkan balik,mmg patut ayah risaukan.hehe~

anamizu said...

ayah + mak mmg patut risau..
tambah2 plak anak pmpuan..hehe

merahitujambu said...

anak dara kesanyangan...=)

jom buat kek untuk saya

http://merahitujambu.blogspot.com/2011/09/saya-nak-buat-kek-untuk-merahitujambu.html

+qasih nadira+ said...

anamizu:agak la~walaupun mula2 rasa x selesa,tp kene paham kan.kalo ade pe2 masalah t,pada diorg jugak kita akan susahkan.
:)

merah itu jambu:haha~byk pahala tau kalo berbaik2 dengan insan y bernama wanita~ :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile