As salam semua.
Aku ni memang jarang giler nak hang out ngan kawan-kawan kalau aku dok bercuti kat rumah tau.Semua ni gara-gara kekurangan pengangkutan awam disekitar rumah aku.Bas pun susah nak masuk sini dan teksi pun jarang giler nak nampak.So,disebabkan kekurangan ni jadi aku amat-amatlah jarang untuk hang out dengan kawan-kawan.Kebanyakan masa aku hanya berada dirumah.
Tapi bila dah lama tak jumpa kawan-kawan mesti busykan nak cerita itu ini dengan diorang.Agak-agak apa cerita yang panas korang akan gosipkan bersama dengan kawan korang.Masa pergi reunion aritu aku dok dengar je diorang bercerita sebab aku jarang nak follow up dengan diorang dalam fb ataupun bermesej ngan diorang sampaikan diorang kata aku ni pendiam.Bagi aku semua akan berubahkan.Macam juga aku.Dulu mungkin aku ada otak giler-giler tapi persekitaran aku dah banyak mengubah sikap aku.Tapi aku tengok kawan-kawan aku masih seperti dulu.Memang kaki gosssip!Haha!
Of course la benda yang paling korang suka sangat bergosip adalah tentang orang lain.Bukan korang je kadang-kadang aku pun suka gak.Macam-macam persoalan yang timbul dan hangat dibincangkan jika ada je benda yang nampak tak sempurna di depan mata kita.Aku memang suka dengar orang bergosip tapi kadang-kadang rasa bersalah pula bila kita dah start cerita keburukan orang lain.Nau'zubilah..Kadang-kadang aku bersyukur sangat sebab aku jarang lepaking dengan kawan-kawan aku.Sekurang-kurangnya aku dapat kurangkan aktiviti kutuk mengutuk orang ni.Rasa bersalah sangat!Hehe..Lepas dah terlepas cakap baru nak menyesalkan.Tu la orang tua pernah cakap,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata susah nak cover balik.
Ok,then lepas bosan cakap pasal orang kita cerita pula pasal kamera.Uiiii..Memang menjadi kegilaan remaja kini nak DCLR ,nikon,canon dan seangkatanlah dengan dia.Siap pesan lagi kalau ada nak buat majlis kahwin ke and nak guna khidmat jurukamera murah boleh la contact-contact.Aku pun ada ramai kawan yang buat kerja macam ni.Siap edit jadikan album dan video.Kagum aku dengan bakat-bakat diorang.Tapi sayangnya aku kawen lambat lagi.HAHA.Ok,kawan aku nak kawen esok kot.Sedih giler tak dapat nak g majlis walimatul urus dia.Aku cuma dapat layangkan doa kebahagian untuk ko ye izatti. :)
Then,cerita pasal shopping pula.Tanya tempat yang paling murah kita boleh dapat potongan harga dan item yang selalu menjadi pujaan hati adalah handbag.Ok,aku pun memang giler handbag tapi aku tak adalah koleksi yang menggila.Dalam setahun tu kadang-kadang cuma ade satu atau dua je handbag yang selalu aku guna.Lagipun aku ni masih lagi belajar dan duit pun kadang-kadang banyak sangkut juga.Tak mampulah nak shopping sakan sangat.Tunggulah nanti bila dah keje.HUHU.
Ok,next diorang cakap pasal vacation.Plan nak g Bali la,Jakarta la untuk shopping sakan sambil berholiday.Pastu cakap pasal tiket air asia yang murah and cerita pasal orang lain yang dah terbang ke merata termpat.Aku dengar je.Mustahil aku dapat g luar negara walaupun Indonesia tanpa mak ayah aku.Aku kenalah kumpul duit tuk bawak diorang sekali.Sekurang-kurangnya aku tak adalah rasa terkilan bila dah sampai sana kan.HEHE.InsyaAllah,semoga Allah perkenankan permintaan kami.
Lastly cerita pasal drama tv.Lagi-lagi cerita pasal kasih alia yang sekarang ni memang jadi kegilaan orang-orang rumah.Kebanyakan kawan aku memang mengikuti betul cerita ni siap tanya tu ni and komplen kalo ada yang tak puas hati.Aku dok diam je sebab tak ikot sangat cerita drama ni.Bukan tak suka,tapi jarang.Selalunya petang-petang pukul 7pm tu aku ngah mandi ke,kemas bilik nak tidur ke,makan malam ke.HAHA.Busy3!
Ok,gosip tu boleh je kan tapi mestilah ada limitnya.Bila kita dah terlebih-lebih bergosip,cepat-cepat ucapkan astaghfirullah...Bila kita ingatkan Dia,InsyaAllah kita akan dijauhi daripada perkara yang tidak disukai-Nya.Amin..
Jumpa lagi for the next post.Wsalam.
Friday, September 9, 2011
.:reunion raya part 2:.(bergosip)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment
wah..reuniion..bestnyaaa
jom buat kek untuk saya
http://merahitujambu.blogspot.com/2011/09/saya-nak-buat-kek-untuk-merahitujambu.html
Post a Comment