Sunday, September 12, 2010
.:habit membaca y boleh memabukkan?:.
Salam buat semua.Macam mana raya kali ini?Harap semuanya seronok beraya dan menghabiskan masa bersama-sama dengan keluarga,kawan-kawan dan teman-teman yang tersayang.Rasanya sekarang mesti dah ramai pulang ke rumah masing-masing sebab hari Isnin ni dah ada yang mula bekerja.Selamat memulakan kerja dan berhati-hati semua yang mahu pulang ke tempat masing-masing.
Kali ini nak bercerita tentang mabuk.Siapa yang pernah mengalami mabuk?Saya penah.HEHE.Bukan mabuk arak ye.Tapi mabuk membaca buku dalam kereta.Saya tak boleh membaca di dalam kereta yang sedang bergerak.Kalau langgar pantang gak,gerenti akan rasa mabuk dan pening.HUHU..
Timothy C.Hain,Pensyarah Ilmu Saraf di Northwestern University Medical School dan Charles M.Oman,Director Man Vehicle Laboratory di M.I.T Center pernah menjelaskan tentang hal ini.
Mereka menjelaskan mabuk ini berlaku kerana keadaan otak yang tidak seimbang di antara penerimaan informasi kepada otak.Untuk mengembalikan keseimbangan ini,otak menganalisa pelbagai informasi dan maklumat daripada pelbagai sumber iaitu penglihatan,sentuhan dan deria pendengaran telinga.Dalam hai ini, semua input diterima oleh otak.Ketika input ini tidak sesuai dengan situasi yang diharapkan oleh otak,saat itu terjadilah rasa mual dan ingin muntah.Bayangkan,kita sedang duduk di tempat duduk belakang kereta sambil membaca.Mata kita tertumpu pada buku tetapi otak menganalisa bahawa kita berada di dalam kereta.Apabila kereta bergerak,deria telinga akan menangkap sesuatu yang berubah dan terus diinformasikan ke otak.Tetapi,otak akan menolak informasi dari deria pendengaran ini kerana otak ketika itu sedang menerima signal dari deria penglihatan iaitu ketika kita sedang membaca.
Ketidakseimbangan dari kedua-dua deria ini dalam masa yang serentak menyebabkan timbulnya rasa mual ini.Apabila kita melihat ke luar tingkap,ia akan mengurangkan rasa mual tersebut.
Saya selalu mengalami rasa mual ini ketika membalas mesej dari handphone.Bagaimana pula dengan kawan-kawan?Pernahkah anda mengalami perasaan yang sama seperti saya?
Salam~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments
mmm..dlu tyme skola rndah bleh je baca dlm keta yg sdg bergerak..
tp skarang da x boleh la hehehhe
pening tp kalau msg Alhamdulillah masih slamat :D
ooo cmtu ka...dlu zaman sekolah dlu klu time exam selalu baca buku ats bas or keta sbb study lambat :)tp Alhamdulillah x jadi pening2 apa..
tq2 ats ilmu
hahaha saya kalau jalan lama2 dalam kete mmglah mabuk.xsuke sgt.kalau membaca dalam kete?lagi hampeh hahaha
sasya:bagus la~kalo dlm kete nak balas msj kene pendek2 je~xleh nak pnjg2~hehehe~
macm:sama2 wak~xpe kalo studi last minit kalo dah bese~saya mcm 2 gak tapi tetap xleh nak bace dlm bus~makin pening la jwbnye~
n__n
ayin:susah la mcm 2 kalo mabuk dlm kete~mcm mana kalo g balik kg?ke kg dekat je?kene selalu bhenti kat r&r la ye~
saya plak kalau baca buku dalam kereta memang tak bleh tapi kalau baca buku dalam bas bleh plak. Pelik kan manusia nih.
eiela:pelik gak tu~saya naik pe2 pun mesti pening gak~mungkin otak awak boleh adapt dalam bas kot kalo nak mbaca..emm... n__n
Post a Comment