Dear Diary,
(maaf untuk penggunaan 'aku' )
Salam.Petang tadi tepat pukul 4.00 petang waktu Malaysia,tamatlah segala penderitaanku terhadap paper2 midsem yang bukan kacang goreng.Setelah segala peluh dan keringat tulang belulang ku kerahkan seharian tanpa makan yang kenyang,akhirmya itulah paper yang terakhir sekali..untuk bulan ini.Kerana aku tahu penderitaan aku ini akan bersambung semula pada akhir bulan 10 ini.HUHU..
Tak sangka sem ini akan melabuhkan tirainya tak lama lagi.Paper final terakhirku adalah bulan 11 nanti.Maka selepas itu akan bermulalah perjuangan hibernate ku dirumah.HORAYY!Walau sejauh mana aku meninggalkan rumah,namun bagi aku rumah lah tetap yang paling best dan masyukk untuk memandirikan diri sendiri.
Rasanya sejak semalam aku nak list down kan kerja-kerja yang perlu aku selesaikan dalam bilik ni.Tapi sampai sekarang kaki ku masih lagi melekat dengan kukuh diatas katil dan mata aku masih lagi di hadapan laptop.Bila lah nak bangun dan kemas bilik ni...MALASNYE...
Esok aku akan pergi ke kilang YAKULT di SEREMBAN.APA???SEREMBAN???alo bosannya la..pergi lah jauh-jauh sikit.Ada ke kat seremban je.Tempat aku tu..Dah selalu benar doh aku dok lalu lalang kat situ.Naik tempe dah aku lalu situ.HUHU..Alkisahnya kenapa perlu pergi ke kilang YAKULT?Adakah kita akan diberi air YAKULT percuma seperti ketika di sekolah rendah dahulu?SYOKNYE!..Tapi bukannya.Tujuan utamanya adalah untuk mempelajari bagaimana kumpulan bakteria asid laktik digunakan dalam minuman YAKULT dan apakah proses yang terlibat.Itu rasanya soalan midsem petang tadi tuh.HEHE...Berapalah agaknya markah den...
Sekarang ini aku nak buat laporan mengenai mata aku yang dah semakin kuyu.Rasa nak tidur dulu.Jumpa lagi ye.Salam!
0 comments
Post a Comment