DEAR DIARY,
(maaf untuk penggunaan 'aku')
Salam semua.Sejak kebelakangan ini makin malas aku nak update blog ni.Dah kurang aku mencari apa-apa ilmu pengetahuan untuk disisipkan dalam blog ini.Melainkan ilmu bakteria yang sedang aku belajar di dalam kelas sekarang.Agak-agak ada ke yang berminat nak tahu pasal bakteria?WOHA! Aku ni pun dah naik kontang dalam otak ni asyik memikirkan mengenai bakteria.Ada juga yang menggelar bidangku ini sebagai ahli pengkaji bakteria.HUHU.
Minggu ini merupakan minggu yang paling menderita.Dengan tutorial yang memeningkan kepala.Report yang meleret-leret.Walaupun Hari Merdeka diisytiharkan cuti umum namun insan seperti ku masih lagi bekerja dan mengerahkan tenaga otak dan fikiran untuk menyiapkan report yang tertunggak.Sebagai moral of the story,janganlah menunggakkan apa-apa kerja dalam urusan seharian.Inilah akibatnya.Tidur tak lena,makan tak kenyang tapi mandi je basah.Kalau tak basah.tu tandanya tak mandi.HEHE..
Raya dah nak dekat tapi aku masih lagi dalam UKM ni.Pagi-pagi sabtu ni aku ada kelas ganti.Semua orang kat bus stop yang bawa beg besar-besar (nak balik umah cuti raya) pandang pelik je kat aku.Mesti dibenak mereka terfikir-fikir kemanalah aku nak pergi dengan buku dan beg ni.LIBRARY?WOHA! Takkan lah kan..Semua nak balik rumah dah.Tinggal aku je la yang dok menghadap buku tuk midsem Isnin ni.Mata ku masih tertatap pada buku tapi jiwa dan fikiran ku sudah lama sampai ke rumah.Tak perlu ayah ku ambik,tak perlu bayar tiket bas dan ktm.MURAH!HEHE..
Sekarang ni terfikir-fikir pe la yang nak kupakai masa raya nanti.Baju dah ada,selendang dah ada,tinggal kasut je tak beli lagi.HUHU..Masih adakah kesempatan untuk aku membelinya?Atau adakah aku terpaksa memakai kasut lama raya ku dulu?OH NO!
Terasa sunyi je UKM ni.Nak dok baring-baring atas jalan raya pun tak pe.Aku ingat nak g berbuka atas jalan la malam ni.Diterangi dengan lampu jalan dan bunyi unggas dan tak lupa juga bunyi beruk2 UKM.HUHU...
Kakak dan adik-adikku semua sudah berkumpul kat rumah.Ntah diorang buat kuaih raya ke tak.Ke makan tidur je macam aku.HEHE..akak,ko jangan lupa tolong umi buat kuih raya tau.Aku nak order je ni.Nak makan sebagai snek masa tengok tv.HUHU...
Oklah,nak g sambung menelaah buku dan buku pun nak bersambung menelaah aku.Sekarang ni memang tak ada mood nak studi.Tapi tak pe lah..takkan nak dapat markah sikit dalam imun test ni.Dah la susah nak skor masa final.Aku ingat senang la nak belajar bakteria ni berbanding anatomi manusia.Rupa-rupanya tak ada yang senang dalam dunia ini.Semuanya susah dan kene belajar.Siapa nak sumbangkan satu otak kat aku?Aku rasa otak aku tersumbat la sekarang.EEMMM...
Ok lah,jumpa lagi ye diary next tyme.Ada banyak cerita nak citer.Tapi biasalah,masa sentiasa cemburu dan dengki kat aku.HUHU..
Salam...
4 comments
ahli pengkaji bakteria???hehe
p/s:kempunan ketupat n kuih raya :)
macm:hehe~awak pengkaji al-quran~lebih baik dari sy~hehehe~
p/s:kempunan makaroni n nasi lemak~hehe~
takpe, staf ada lagi sampai hari khamis..hehe
Lan Bingka:staf watpe...diorg x de kelas...x mcm sy...huhu..nak balik..nak g shopping kasut...:)
Post a Comment