+Salam buat semua sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian.Apa khabar semua?Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.Terima kasih kepada mata yang melihat dan membaca setiap tulisan saya.Walaupun sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dengan urusan duniawi,alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama-sama berkongsi pendapat dan cerita tentang kehidupan kita.+
+Nikmat yang terbesar dan terindah yang telah Allah kurniakan kepada kita adalah nikmat adanya ibu dan adanya ayah.Tanpa salah seorang dari mereka,rasa hidup ini tidak lengkap.Tetapi nikmat besar ini selalunya kurang mendapat perhatian dari dari ramai orang.Apabila kehilangan mereka,barulah kita sedar betapa pentingnya mereka dalam hidup kita.Tapi mengapa perlu tunggu sehingga mereka sudah tiada?Sedangkan selama hayat hidup mereka kita langsung tidak pernah ambil tahu tentang perasaan dan keinginan mereka.+
+Pernah tak kita ingat tentang perkara-perkara yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita bersama-sama dengan orang tua kita?Menengking kepada ayah apabila dipanggil,menghentakkan pintu apabila dimarah,menghentakkan kaki apabila ditegur,walhal mengatakan AAHHH!! itu sudah dikira berdosa kepada mereka.+
+Mengapa kita boleh suapkan mulut anak-anak kita dengan makanan yang enak-enak tetapi membiarkan ibu kita masih lagi makan ubi kayu dan nasi mentah.Mengapa kita boleh belikan PSP untuk anak lelaki kita tapi membiarkan ibu dan ayah kita tinggal di rumah yang atapnya membocor ketika hujan lebat.Mengapa kita masih membiarkan mereka dikampung tanpa khabar berita apabila sudah bekerja dan berjaya sedangkan melalui keringat dan tenaga mereka kita mampu berjalan megah dibumi ini.Mengapa?+
+Pelik apabila membaca surat khabar tentang anak-anak yang semakin berani larikan diri dari rumah selepas pinangan dari buah hati ditolak mentah-mentah oleh ibu bapa.Ada yang membawa diri ke Lombok,ke Bangladesh dan lain-lain lagi semata-mata kerana cinta duniawi.Cinta tanpa restu ibu bapa bukanlah cinta suci tetapi cinta suci dan abadi ini terjadi apabila ibu bapa merestui perhubungan kita dengan pasangan masing-masing.Walaupun anak-anak ini meninggalkan ibu bapa mereka sendiri,mereka masih lagi mencari dan menerima andai anak-anak ini ingin kembali kepada pangkuan keluarga semula.Inilah yang dinamakan cinta abadi ibu bapa terhadap anak-anak mereka.Walaupun buruk,walaupun jahat,masih lagi tetap anak mereka.+
+Jangan bersedih buat insan-insan yang sudah kehilangan ibu bapanya.Melalui doa-doa anak yang soleh kita masih boleh lagi berhubung dengan mereka.Selagi nyawa dikandung badan,selagi nafas dibumi Allah,kita masih ada lagi peluang untuk sujud dan memohon ampun dan taubat andai kita pernah terguris hati ibu bapa kita.Yang pergi,biarkan pergi..+
+Yang masih ada lagi ibu dan ayah,pulanglah kepada mereka.Yang jauh,rapat-rapatkanlah.Telefonlah dan bertanyakan khabar mereka.Bukan apa,saya takut kita tak sempat nak berborak dan bertanyakan khabar mereka.Tataplah wajah dan senyuman mereka kerana dengan menatapnya akan mengalir pahala-pahala yang telah Allah kurniakan.Inilah antara nikmat pahala yang senang untuk kita dapat tetapi sukar kita buat.+
+Peringatan ini buat diri saya dan kawan-kawan sekalian.Semoga kita berjumpa lagi.Salam.+
Tuesday, August 24, 2010
.:sayanglah ibu,sayanglah ayah:.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 comments
bguslah qasih..hope dpt memberi kesedaran pada zaman 'si tanggang moden' yang ramai baru2 ini
"Kempen 1 Blog 1 Bendera - Nostalgiaku Merdeka Malaysia Ketika Itu"
pawaka19:Insyaallah mel~minta2 kita pun dijauhkan dari sifat tanggang ini~
n___n
dah banyak dah kes anak2 lupakan ibu bapa.. tinggal di rumah orang tua dan tak jenguk2 dah lepas tu.. memang tak kenang budi langsung..
Mr.Z:itu yang mintak dijauhkan~
n__n
akri zary:ziarah la mereka~mereka pun mesti rindukan awk tau~
n__n
Post a Comment