Friday, August 6, 2010

.:kisah sekolah agama:.

.

+Salam buat semua.Sihat-sihat kan hari ini?Alhamdulillah..Dah lama tak bercerita kat blog ni.Asyik-asyik pasal fakta kesihatan je kan.He3..Kesihatan tu kan penting.Ok..tak pe,kita lupakan pasal fakta tu.Kali ini qasih nak bercerita tentang kisah kecik-kecik dulu la.Masa tu muda lagi.Masih comel tong ting tong.Woha! (sekarang dah tak comel dah~huhu)+

+Mesti ada dalam kalangan kawan-kawan yang pernah bersekolah di sekolah agama.Ketika itu baju kurung putih dan kain hijau menjadi santapan mata ketika sedang menuntut dari darjah 1 sampailah ke darjah 6.qasih pula dengan kain ungu kerana mendapat kepercayaan sebagai pengawas sekolah.Masihkah kawan-kawan ingat?+

+Setiap kali nak pergi sekolah agama mesti akan datang lewat.Tak pernah pula rasa nya dapat datang awal.Hanya kadang-kadang saja.Itupun kalau rezeki bas datang awal.Setiap kali qasih menapakkan kaki ke sekolah agama,guru besar sudah siap menanti dengan senyuman yang manisss..Pintu pagar sudah tertutup rapat menandakan "KAMI TIDAK MENERIMA PELAJAR DATANG LEWAT".Tapi,alhamdulillah..Berkat tubuh qasih yang masih kecik dan kurus,dapat juga qasih selit di tepi pagar dawai hijau.Fuh..dapat juga masuk kelas.+

+Sebelum masuk ke kelas,pastikan dulu ustazah/ustaz sedang menulis sesuatu di atas white board.Dari pintu belakang,qasih masuk perlahan-lahan tanpa kedengaran apa-apa pun.Tarik kerusi perlahan-lahan ke udara dan labuhkan punggung cepat-cepat.Selepas ustazah/ustaz abis tulis,dia menoleh ke arah ku.."ASSALAMMUALAIKUM NADIRA...AWAL DATANG YE..".He3.Aku hanya mampu tersenyum semenawan yang boleh..tapi masih nampak seperti kerang busuk.Woha!+

+Kelas Hafazan!Em..Ni la kelas yang paling qasih lemah sekali.Tak tau la kenapa susah sangat nak hafalkan surah-surah suci Al-Quran ni.Nak kata jiwa ni kotor,tapi masa tu masih budak-budak lagi.Jiwaku suci.Hu3.Nama qasih dipanggil ke meja depan untuk menjalani sesi hafazan.Dengan muka tonyok,qasih duduk di tepi ustazah..."BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..."..Tiba-tiba belum sempat ku mulakan bacaan suci Al-Quran,qasih terlihat ustazah sedang begitu khusyuk mengangguk-nganggukkan kepalanya.."Baru baca basmallah nie..Ustazah nak begitu khusyuk mendengar nie..Makin semangat qasih nak baca.."..Belum sempat memulakan ayat pertama,qasih dah rasa lain macam ngan ustazah ni.Lalu qasih tengok muka ustazah dekat-dekat.."Oh..ustazah tido ni..macam mana nak baca ni..".Terus hilang ayat Al-Quran tadi yang baru qasih hafal.Sedang sibuk-sibuk lihat ustazah tidur,tetiba ustazah terjaga.Fuh!Terkejut mak!+

+"Kamu dah habis baca?"..Laju qasih anggukkan kepala.Terus ustazah letak markah 98%..He2.Tipu sunat..Bila kenang-kenang kan balik,memang rasa nakal sangat masa tu.Tapi bukan apa,qasih memang betul-betul terkejut bila ustazah terjaga dari tidur secara mengejut.Itu yang buat qasih terus angguk laju-laju bila ustazah tanya dah baca ke belum.Woha!+

+Mesti kawan-kawan pun ada kenangan nakal-nakal masa sekolah dulu kan.He2.Rindu masa zaman kanak-kanak dulu.Tak pernah ada masalah nak kena fikir.Ingat nak main dengan kawan-kawan je.Itu lah namanya lumrah hidup..Setiap yang muda pasti akan tua,setiap yang gembira pasti ada sedihnya dan begitu lah setiap yang hidup pasti akan mati..Menjadi manusia adalah satu anugerah yang tak ternilai harganya yang telah ALLAH kurniakan.Bersyukur lah saat kita dilahirkan kita disambut dengan seruan azan dan iqamah,saat kita membesar kita disajikan dengan ilmu dunia dan akhirat dan saat kita dimatikan mintalah kita dimatikan dengan penuh keimanan kerana sebuah keimanan yang kudus adalah sukar dicari.Amin..Ingatan buat diri sendiri dan kawan-kawan..+

+Itu sahaja buat kali ini.Semoga berjumpa lagi.Salam semua.+

3 comments

pawaka19 said...

tipu sunat? huhu..takpelah..mel pon nakal gak..segan nak citer

"Mel Pawaka19 Menjadi Pengacara Agrotek RTM"

MR.Z said...

naka2 tu biasala..lagi2 bab sakat-menyakat kawan2 kan..hehe

+qasih nadira+ said...

pawaka19:hehehe~sunat la tu mel~hehehe~pe yang nakal sangat tu???nak tau nie!!hehehe~

Mr.Z:nie macam selalu buat je nie?nakal rupenya~hehehe~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile