+Salam buat semua.Dah lama rasanya saya tak menulis di sini.Sempena Ramadhan yang sudah kunjung tiba ini,rasa nya tak terlewat lagi nak mengucapkan salam menyambut Ramadhan al-Mubarak pada semua muslim dan muslimat.+
+Terkenang-kenang zaman kecik-kecik dulu.Bila balik kampung,nenek akan mengajak saya mengikutnya ke masjid.Pagi kami mengadakan tadarus Al-Quran sehingga Khatam dan malam pula ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawikh.Seawal 6 petang saya dan nenek sudah berada di masjid.Nenek memang suka pergi ke masjid seawal itu.Dia akan bersembahyang sunat sehinggalah waktu berbuka.Di anjung masjid saya akan duduk berseorangan sambil menunggu azan maghrib.Umi bekalkan makanan berbuka bersama tapi nenek lebih suka berbuka dengan air milo sahaja.+
+Hari ini merupakan hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan.Tapi hari ini pelbagai dugaan yang telah Allah berikan pada saya.Dengan cerek terbakar masa sahur,bangun lambat sampai tak sempat nak masuk kelas,makmal dua kali dalam sehari.Jauh di sudut hati saya berdoa agar dikurniakan kesabaran yang kukuh dalam menempuh segala ujian yang mendatang.Jauhkan rasa amarah dan iri hati dalam diri ini.Teguhkan keimanan dan ketatkan tali ketaqwaan.Amin~+
+Tak banyak nak dikatakan.Cuma tak sabar nak balik rumah hari jumaat ni.Rindu nak bersahur dan berbuka di rumah.Bila di kolej,tak terasa suasana puasa.Tapi kalau dirumah,baru terasa.+
+Kepada kawan-kawan,jom la ramai-ramai balik ke rumah masa puasa ni.Rindu-rindulah masakan sahur dan berbuka umi masing-masing.Dan masa nie lah nak tenung-tenung,renung-renung,pegang-pegang,picit-picit dan salam-salam kedua ibu bapa kita.Dibulan ini lah segalanya bermula...+
+Semoga berjumpa lagi.Salam Ramadhan~+
Wednesday, August 11, 2010
.:berkat ramadhan:.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments
mel pon seronok berbuka ngan family..dah lama rasanya tak buka sama mereka
"Rancangan Menarik Astro Sempena Ramadhan 2010"
pawaka19:jom balik kg,mel!!!
n___n
cerek terbakar?
btw ada masa nanti balik la.. boleh buka puasa dengan family kan :)
Post a Comment