+Salam buat semua.Kali ini qasih nak bercerita tentang bakteria.Memandangkan sem ini qasih banyak belajar tentang bakteria, jadi qasih nak berkongsi sedikit info tentang bakteria.Ada satu masa tu qasih masuk kelas bakteria dan pensyarah ceritakan betapa banyaknya bekteria yang ada pada button lif.Sejak dari cerita itu,ramai antara pelajar kelas qasih dah tak mau tekan button lif lagi.HE3~Betapa hebatnya penangan bakteria ini ke atas pelajar ini!Woha!+
+Jom sama-sama kita tengok apa 5 bende yang paling kotor dan selalu kita pegang dalam kehidupan harian kita.+
1.Duit
+Semua orang suka duit,tapi yang pastinya tak akan ada sesiapa yang suka bakteria yang menetap di dalamnya secara kekal.Menurut Dr Darlington dari The Health Commissioner of New York,sekitar 135 000 bakteria ada pada duit,terutamanya pada duit kertas.+
2.Handphone/Telefon Bimbit
+Handphone adalah gajet yang selalu ada pada kita.Malah handphone juga dikategorikan sebagai pelengkap aksesori bagi setiap individu.Disebabkan faktor ini handphone merupakan tempat tumpuan bagi ribuan bakteria untuk menetap.Bakteria suka menetap di handphone kerana keadaan handphone yang menghasilkan haba yang sesuai untuk pembiakan bakteria.+
+Untuk menghindarinya,masa kini telah diciptakan pelapis anti bakteria untuk melindungi handphone dari bakteria dan mengurangkan risiko bakteria menetap pula ke tangan dan wajah anda.+
3.Sinki dapur.
+Dapur merupakan tempat paling kotor diantara semua bahagian rumah.Ada sekitar 500 000 bakteria yang terdapat pada setiap inci sinki dapur.Untuk mengatasinya,cubalah membersihkan sinki anda dengan membersihkannya dengan setengah cawan baking soda dan setengah cawan cuka.Selepas itu,jangan lupa bersihkan sinki anda dengan air untuk mendapatkan sinki yang bersih.+
4.Suis Lampu.
+Biasanya orang terakhir atau pertama yang masuk ke dalam sesebuah bilik adalah orang yang paling selalu bersentuhan dengan suis lampu.Bakteria sangat suka menetap di kawasan yang selalu bersentuhan dengan manusia.Menurut ahli saintis,setiap inci suis lampu ada sekitar 217 bakteria yang akan berpindah dari tangan ke tangan yang lain.+
5.Keyboard Komputer.
+Satu penyelidikan telah dilakukan dan mendapati bahawa bakteria yang ada di keyboard komputer lebih banyak berbanding bakteria yang ada di dalam tandas.Untuk itu sebaiknya rajin-rajinlah membersihkan keyboard anda dengan alat khusus pembersih keyboard atau menggunakan kain basah sahaja.+
+Itu sahaja perkongsian kali ini.Semoga berjumpa lagi.Salam semua.+
Tuesday, August 3, 2010
.:5 bende paling kotor yang selalu kita pegang:.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments
ptot la muka berjerawat~mesti sebab bakteria melekat masa bergayut~(padahal malas nak cuci muka)
enchik landax:alasan tu~tapi memang betul tu kan~muka berjerawat pun boleh jadi kesan pada bakteria kat nset.mesti kaki gayut nie kan~hehe~
menarik..keybord komputer pon ada.
"Mak Aii! Sembang Lucah di iPhone 4 pun Boleh?"
pawaka19:tempat yang selalu kita sentuh kan~suhu pun sesuai tuk pembiakan mereka~
n__n
ohh tidak byk nyer bakteria huhu pakia la detol hehe
manja:dettol pun boleh membunuh 99.9% kuman tau.hehehehe~
Post a Comment