Friday, August 20, 2010

+perlukah adab selepas berpasangan+

.

+Salam buat semua.Kali ini nak bercerita tentang adab.Apa itu adab?Adab itu boleh juga dikategorikan sebagai tatasusila,perbuatan dan tingkahlaku yang baik dan sangat dituntut dalam Islam.Persoalannya,perlukah adab selepas kita ada pasangan?Tak kisah la pasangan kapel ke,pasangan kahwin ke,pasangan dengan sahabat ke atau apa-apa sahaja hubungan dengan manusia.Perlukah adab walaupun kita dah selesa sangat dengan mereka?+

+Persoalan ini timbul bila seseorang menegur saya.Suatu hari,saya sedang bercakap dalam telefon dengan seorang teman.Oleh kerana tak tahan nak membuang,saya pun terlepas cakap.Bunyi dia macam ni:

"Cepat cakap laju-laju.Aku nak berak ni!!!"

+Dan sikap saya ini telah ditegur olehnya selepas habis membuang.Pada mulanya saya tak bersetuju dengan tegurannya.Alasan saya kerana saya dah terlalu selesa dengannya.Buat apa nak jaga pertuturan saya.Saya lebih bersikap terbuka.+

+Tapi dia tak bersetuju dengan alasan saya dan memberi alasan yang sangat membuka pandangan saya terhadap lelaki.Antara sebabnya:

"Kau kan perempuan.Perempuan ini dijadikan dengan sifat yang sangat lemah lembut dan mulia di sisi Allah dan dalam kalangan makhluk di muka bumi ini juga perempuan antara makhluk yang sangat indah yang dijadikan oleh Allah.Kalau kau tak menjaga semua keindahan itu,kau akan merosakkan pandangan indah ini dimata orang lain.Sangat rugi kalau orang lain melihat kau sebagai seorang wanita tapi disebaliknya kau tak menjaga adab yang mudah ini.Contoh lain adab kecil yang selalu kaum wanita abaikan:mencangkung di tepi-tepi jalan,duduk terkangkang,naik motor terkangkang,cakap kuat sehingga semua orang nak dengar,ketawa tahap dewa dan banyak lagi.Kalau dari sekarang tak berubah,sampai ke tua kau akan macam ni.Cuba lah kau renung-renungkan.Aku malas nak cakap banyak."

+Selepas diberi penjelasan yang begitu mendalam,baru aku tersedar,itu adalah adab!Sebagai seorang wanita baru saya perasan,bende yang saya fikirkan mudah sebenarnya tak boleh diambil mudah.Lebih-lebih lagi berkaitan dengan perkara ini.+

+Selepas ini saya berazam nak menjaga semua ini.Insyaallah..amin..Buat teman-teman juga,fikir-fikir kan lah juga.Sampai disini sahaja,semoga kita berjumpa lagi.Salam semua~+

+p/s:qasih ada letak satu klip video kat facebook qasih.Tajuknya "Bergembiralah Wahai Wanita".Teringin nak kongsi bersama kawan-kawan tapi tak tahu macam mana nak download video tu.Kalau sesiapa yang ada kelapangan masa,marilah sama-sama tengok video tu.Memang boleh kasi gerenti kawan-kawan pun akan suka.Jom jemput ke fb Qasih Nadira.+

6 comments

anak abah said...

the tip is,
rasa diri diperhatikan 24hours.xkisah la nk bygkn bakal mak mertua tgok ke,bkl husbnd tgok ke,mak yg ske cubit2 ke.hihi..surely you'll be very polite.
smp tahap nk bersila dpn org pon segan..

try okeh! ;)

+qasih nadira+ said...

kak nadia:wah,tips yang amat berguna tu kak~tq for sharing!hehehe~yang part kene cubit tu memang selalu kene masa kecik dulu.Mungkin perangai macam hantu kot masa zaman kanak-kanak dulu~hehe~
n___n

pawaka19 said...

hehe qasih..bkn wanita juga tp manusia..sbb manusia ni mudah lupa

"Lawak Antara Benua oleh Kartunis Lambok"

+qasih nadira+ said...

pawaka19:o0o~sama-sama lah kita menjaga adab ye~hehe~
n__n

Unknown said...

yup..benda2 mcm ni jgk yg sy selalu ckp dekat kawan2 pompuan...tp sy x mampu nk ckp kpada smua kawan sbb mgkin ada yg x blh nk terima...perempuan terlalu tinggi nilainya. :)

+qasih nadira+ said...

macm:betul tu wak~perempuan memang tinggi nilainya.saya setuju dengan awak~kalau yang tak leh terima tu mungkin kita kena guna cara halus nak tegur dia.Contohnya,tunjukkan sifat perempuan yang kurang bsopan kat dia.mungkin itu akan buat dia terfikir.
n___n


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile