+Salam buat semua.Pernahkah anda terfikir kenapa kita tak mampu untuk mengingat peristiwa kita dilahirkan?Adakah kita mampu untuk mengingat setiap detik itu?Otak manusia memiliki kapasiti memori ribuan kali ganda berbanding komputer.Namun,mengapa kita tidak boleh mengingat setiap masa kelahiran kita?
+Jangankan saat dilahirkan,otak kita juga tidak boleh mengingat masa kita sebagai bayi.Walau sekeras mana pun kita berusaha untuk mengingatnya,kita hanya mampu untuk mengingat kembali ketika kita berusia 4-5 tahun sahaja.+
+Mengapa berlaku begitu?Salah satu teori ada menyebut hai ini kerana faktor mielin,iaitu lapisan pelindung saraf yang membantu penghantaran signal-signal otak.Dikatakan sebelum berusia 5 tahun,mielin di dalam otak bayi masih lagi sedikit."Mielin sangat penting untuk menjaga ingatan jangka panjang,"kata Jonathan Schooter,PhD,ahli psikologi dari University of British Columbia.+
+Teori lain ada menyebut,ketika kecil kita tidak pandai lagi untuk bercakap secara lancar dan menyebabkan otak masih tidak mampu menganalisa dan mengakses ingatan yang tercipta pada masa itu."Dengan makin berkembangnya kemampuan anak berbahasa,semakin sulit dan sukar mereka untuk mengingat ingatan masa lalu,"katanya.+
+Jika kita ditakdirkan untuk mengingati tiap detik kelahiran dan masa bayi kita,mesti kita akan lebih menyayangi ibu kita yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita dan jasa pengorbanan ayah untuk membesarkan kita.Sudah pasti kurangnya kes buang anak kerana bayi tersebut boleh mengecam ibubapa mereka yang tidak bertanggungjawab.Banyak kebesaran dan makna tersirat dalam setiap kejadian yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.+
+Semoga ada sedikit ilmu dan pengajaran dalam post qasih pada kali ini.Semoga kita berjumpa lagi.Salam semua.+
5 comments
cuma boleh ingat nampak warna warni jer masa kecik2 dulu..
salam ziarah..
dah lama tak baca cerita pasal tuan blog..;)
mata hati:salam ziarah jugak~memang banyak warna warni dalam kehidupan~
Lan Bingka:hehehe~banyak kisah sedih la sekarang~tapi tak sedia lagi nak kongsi~
n__n
otak vs komputer..otak manusia lagi bgus sebenarnya..sbb dengan otak tula mereka mencipta komputer
"Mak Aii! Sembang Lucah di iPhone 4 pun Boleh?"
pawaka19:betol2~otak manusia merupakan ciptaan terhebat!Alhamdulillah!
Post a Comment