+Salam buat semua.Kali ini qasih nak berkongsi tentang tips-tips yang qasih jumpa dalam internet tentang cara membuatkan otak kita berfikir lebih cepat.Otak manusia pada dasarnya merupakan sebuah komputer yang mampu menganalisis pelbagai perkara.Otak juga memerlukan makanan,oksigen dan juga latihan untuk meningkatkan kemahiran otak.Kita boleh melakukan beberapa perkara bagi meningkatkan kecerdasan otak dengan melatihnya,memodifikasi dan memanipulasikannya.Kita mungkin tak menjadi seorang yang bijak pandai seperti Einstein tapi kita mampu menjadi sebaik dia.Jom kita berkongsi tips ini bersama-sama.+
EPA merupakan bahan kimia yang terdapat dalam minyak ikan yang menjadi makanan otak.Setiap orang pasti sudah mengetahui nya dan jadikan pengambilan kapsul minyak ikan sebagai supplement dalam hidup kita.Sains menunjukkan minyak ikan dapat meningkatkan aktiviti otak,melancarkan peredaran darah,meningkatkan ingatan dan tumpuan pemikiran ketika belajar.
Hubungan seks dapat melepaskan bahan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak.Seks dikatakan dalam buku "Teach Yourself",seks merupakan bentuk sempurna dari segi latihan dan juga mampu meningkatkan peredaran darah ke otak.Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan keberkesanan dalam kerjaya seseorang.
3.Menyelesaikan teka teki
Teka silang kata,Sudoku atau yang lain-lain mampu membuatkan otak anda berada dalam keadaan yang baik.Sama seperti otot,jika anda tidak berlatih selalu,ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.
4.Berjalan kaki
Udara segar yang kita dapat ketika berjalan kaki dapat mengurangkan percakapan mental yang mengganggu fikiran logik akal.Satu perjalanan seperti di tepi kolam,dalam taman,di kawasan kampung dan lain-lain mampu membuatkan fikiran menjadi tenang dan mengusir segala kekusutan otak.
5.Mempelajari bahasa baru
Dipercayai ia dapat meningkatkan peredaran otak dan hubungan saraf yang baik.
6.Menjadi kreatif
Melukislah atau mempelajari alat muzik yang baru atau masuk ke kelas kesenian dapat menemukan cara baru dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.Menjadi kreatif membuatkan otak menjadi lebih tenang dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
7.Tertawa
Tawa bukan sahaja ubat yang baik,malahan ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasikan kedua belah otak kiri dan kanan pada masa yang sama.Pastikan kita ketawa setiap hari.
8.Belajar Juggler
Penyelidikan dari University of Regensburg di Jerman mendapati bermain Juggler dapat meningkatkan struktur otak.Setelah berlatih selama tiga bulan,mereka mendapati otak akan menunjukkan signifikan pada dua bahagian iaitu bahagian mid-portal dan posterior (intraprietal sulcus) dibahagian kiri otak.
9.Berhubung dengan sifat keanak-anakan anda
Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakan beberapa eksperimen yang akhirnya membuatnya menjumpai kiraan formula yang digunakan sehingga ke masa kini iaitu,(E=MC2).
+Cubalah kita lihat anak-anak kecil yang selalu berimaginasi untuk mengembangkan pemikiran mereka dan belajar pelbagai perkara baru pada peringkat awalan umur.Bebaskan pemikiran anda dari penjara pemikiran seorang dewasa dan dari situ anda akan menjumpai cara berfikir yang belum pernah anda lakukan sebelum ini dan seterusnya anda akan menjumpai pelbagai lagi penemuan besar dalam fungsi otak.
+Salam semua dan semoga berjumpa lagi.+
5 comments
great!!!..:)
wah, kiranya sy dlm proses la nie yea..sbb skrg ni dok mkn kapsul minyak ikan yg kat atas tu..kui3
izzah:selamat mengamalkan!!!
tiewa:bagus la kalo dah mulakan sekarang~makan ye~jangan tak makan~:)
dulu parent selalu makan minyak ikan tu...sekarang tak taulah diorang amalkan lagi atau tak
"Tutorial Kongsi atau Embed Video Facebook ke Blog"
pawaka19:bagus kalau dah amalkan sejak muda dlu~mel tengok2 kan la parents mel~pastikan diorang amalkan~
^__<
Post a Comment