+Salam buat semua.+
+Bila baca tajuk mesti macam-macam benda dah pikir kan.+
+Ada la beberapa situasi yang qasih nak kongsi dengan kawan-kawan berkenaan dengan tajuk kali ini.+
+Tak tau la kalau ada kawan-kawan pernah alami situasi yang sama juga kan.+
+Jom kita mengimbau saat manis itu bersama-sama.+
+SAAT KETIKA HENDAK MEMBELI MAKANAN+
+Mula-mula order makanan dan minuman dulu kat member yang nak pergi kafe.+
+Alasan tak nak turun sendiri sebab penat dan letih.+
+Tak pe...Kasi rehat dulu badan tu ye.+
+Dari hari ke minggu,minggu ke bulan...order dan aku pergi beli kan.+
+Bila dah selalu,tak boleh jadi ni.+
+Mula-mula rasa ikhlas nak tolong tapi bila selalu order ni yang rasa niat murni ni dah berpatah arah dan tersalah jalan ni.+
+Adoi...kan dah dosa bila hati ini mula tak ikhlas...+
+SAAT KETIKA TIDAK MEMBAYAR DUIT ORDER MAKANAN+
+Bila suruh order,lupa pulak nak kasi duit nya.+
+Tak apa la...dia tak larat nak bangun tu.+
+Guna duit aku dulu la.+
+Kan baik kalau saling tolong menolong.+
+Aish...duit yang order aritu tak bayar lagi,ni dah mintak order baru.+
+Tak pe la...Masuk dalam buku lima-lima dulu.+
+Eh,ni dah nak akhir sem ni.+
+Order yang dulu-dulu buat-buat lupa ke?+
+Aku pun dah naik kering gak ni,asyik makan biskut kering cecah milo tawar je.+
+Adoi...kan dah dosa lagi ni bila hati mula mengutuk kamu...+
+BILA KAMU SUKA PADA BARANGNYA+
+Mula-mula puji dulu,eh..cantik nya baju kau ni..nak try pakai boleh tak?+
+Kita pun rasa bangga la kan bila ada yang puji kita pandai memilih baju.+
+Dia pun ada hasrat nak pinjam.+
+Oh,tak pe la.+
+Bukan selalu pakai pun kan.+
+Tak salah nak pinjam kan kat kawan.+
+Dengan senyuman ku lepaskan bajuku pergi.+
+Bila dah syok dia pakai,eh..lupa pulak nak pulangkan.+
+Bila terasa nak ingatkan takut dia pulak terasa dengan kita.+
+Nanti disalah anggap pula.+
+Bila dah dipulangkan,alamak...mana butang kat sini?+
+Reben merah kat sini pun dah koyak sikit.+
+Warnanya pun dah lusuh...Selamat la masuk dalam almari untuk selama-lamanya.+
+Adoi...terkutuk kau lagi walaupun tak mahu...+
+SUARAMU BOLEH MENGGEGARKAN SELURUH KOLEJ+
+Suka bila dapat kawan yang peramah.+
+Semua benda rasa syok je buat sama-sama.+
+Ada je jenaka dan lawak dalam persahabatan.+
+Alamak...bila nak tidur,terdengar hilai tawa kawan sedang supersaver tengah malam.+
+Esok ada test tapi mata tak boleh nak tidur.+
+Bila studi menghafal biologi,termasuk sekali dialog I LOVE U kau dengan teman supersaver.+
+Apa nak buat ni.+
+Aku pun protes tutup bantal dengan telinga.+
+Harap-harap kau faham lah..alamak..volume makin kuat adalah..+
+Aku protes keluar bilik sambil tidur atas tangga.+
+Alamak..tak boleh tahan la..kene gigit dengan nyamuk.+
+Masuk bilik aku dah bengang.+
+Tetiba kau terdengar aku tersungut pasal kau.+
+Terus tak bertegur sampai akhir sem.+
+Kau dah balik rumah pun aku tak tahu.+
+Adoi...kan aku dah terbuat dosa..tidak menegurmu melebihi 3 hari...+
+Jadi apa yang perlu aku buat untuk elakkan semuanya?+
+Kalau kau pernah alami semuanya ini,ingatlah...jangan lakukan pada yang lain.+
+Sebab yang lain pun tak nak melakukan dosa kerana sikapmu...+
"Maaf untuk penggunaan 'aku' dalam post di atas."
"Situasi di atas adalah sumber ikhlas kawan-kawan yang berkongsi dan tiada kena mengena dengan sesiapa."
"Harap maklum."





4 comments
hohohoh..bagus2~
tak boleh pakai la kawan macam tu, tak memahami..
hehe..macam ada bisikan syaitan je menghasut kita wat yang tak ptt kan?
New Entry Pawaka19 Dot Com
"Pengila fan bola sepak argentina yang seksa dari china"
Doyah:apa yang bagus 2?hehehe~tak reti nak cakap depan2 beb~letak je dalam blog~sekadar berkongsi cerita~
Lan Bingka:Bukan senang nak dapat kawan yang boleh memahami kita kan~Kalau ada pun mesti satu dalam seribu.
Pawaka19:tau x pe.lagi2 jika kita dalam keadaan yang tak tenteram.lagi berjoget la syaitan membisik kat telinga ni buat jahat~
Post a Comment