Wednesday, July 14, 2010

.:Fakta makanan yang mengganggu kesihatan kita:.

.

+Salam buat semua.+
+Kali ini qasih nak berkongsi tentang beberapa fakta makanan yang perlu kita ketahui untuk menjamin kesihatan tubuh badan dan mental yang baik.+


1)GULA MENYEBABKAN DIABETES

+Jika anda merupakan penghidap diabetes,anda perlu mengambil berat tentang ambilan gula dan karbohidrat untuk menjaga kadar gula dalam darah.Makanan yang tinggi kalori,termasuk banyak mengambil gula dalam minuman dan makanan,kegemukan dan kurang bersukan juga merupakan faktor risiko utama penyebab penyakit diabetes.+


2)LEMAK DALAM MAKANAN

+Kita memerlukan lemak kerana lemak membantu penyerapan vitamin A,D,E dan K,transmisi saraf dan menjaga pergerakan dalam membran sel.Namun ketika penghasilan lemak yang berlebihan,boleh menyebabkan peningkatan berat badan,penyakit jantung dan kanser.Tidak semua lemak adalah tidak baik.Pilihlah lemak baik dimana lemak ini akan digunakan oleh sistem badan keseluruhannya seperti yang terdapat pada ikan dan kacang-kacangan.+


3)TURUNKAN KOLESTEROL DENGAN PANTANG SEAFOOD

+Pengambilan seafood yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan kadar kolesterol yang tinggi dalam badan.Kita hendaklah bijak dalam mengatur kadar pengambilan seafood yang wajar.


4)HINDARI KARBOHIDRAT AGAR BERAT BADAN CEPAT TURUN

+Ketika kita mengurangkan ambilan karbohidrat ,kita akan mengalami kekurangannya dalam badan.Akibatnya,tubuh akan membakar cadangan karbohidrat untuk tenaga dengan melepaskan air.Itulah sebabnya kita kehilangan banyak air ketika melakukan diet seperti ini.+

5)TIDAK MAKAN MALAM MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

+Ramai yang suka mengamalkan makan pada waktu malam.Kebiasaannya kita perlu makan lebih ketika sarapan,sederhana pada tengahari dan awalkan waktu makan malam kita.Jika kita mengurangkan makan pada waktu pagi,tubuh akan menganggap kita dalam keadaan lapar dan melambatkan proses metabolisme dan akan menyebabkan kita cenderung untuk makan ketika malam.Cara yang sihat adalah,makan selalu tapi dalam kuantiti yang sedikit agar gula dalam darah seimbang.+

+Baiklah,itu sahaja perkongsian kita hari ini.+
+Semoga berjumpa lagi.+
+Salam+



8 comments

pawaka19 said...

br tau seafood byk kolestrol rupanya..br2 ni ingat nak diet..thanks for sharing qasih

paan said...

aku xsuka seafood..huhu..sebab badan xnek2 kot..haha

Lan Bingka said...

sebaik2nya makan malam lebih awal..antara 6.30 - 7.30. saya selalu makan masa tu.

+qasih nadira+ said...

Pawaka19:sama-sama mel~sekurang2 nye mel kurangkan pengambilan seafood dan tambahkan sayuran dan buahan dalam diet~
n___n

Bujang Susah:terima kasih bujang.saya akan terjah ke link yang awak kasi.Terima kasih juga untuk perkongsian itu.
n___n

Paan:bagus nye x suka seafood~saya paling suka seafood tapi tak leh makan selalu la~
n___n

Lan Bingka:itu adalah masa yang paling sesuai untuk makan.Terima kasih lan sebab bagitau~
n___n

MR.Z said...

yup, kita kena jaga kesihatan time muda ni la.. amalkan pemakanan yang sihat..insyaallah dapat jauhkan diri dari penyakit yg tidak diingini.. ;)

+qasih nadira+ said...

Mr.Z:amin~semoga kita akan sihat dari muda sampai lah tua~jaga kesihatan juga ye~dah lama x nampak Mr.Z~
n___n

OoNey™ said...

hye awak,..agak2 bila kita bleh date?hehehe..xdela just kiddiing..melawat blog kamu..jenguk2 la ke blog saya,,nice be ur fren.=P

jgn lupa kacang soya..bgus tuk kulit tu..=D

+qasih nadira+ said...

0oney:ok~saya akan ingat selalu pasal kacang soya tu~nice to know u to0~
n___n


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile