Saturday, July 24, 2010

.:5 orang yang terlepas dari hukuman mati dunia:.

.

+Salam buat semua.+
+Jom berkongsi berita ini bersama-sama.+
+Selalunya hukuman mati akan berakhir dengan kematian si pesalah.+
+Namun ada kejadian dimana si pesalah terlepas dari alam kematian ini dan terus hidup di muka bumi ini.+
+Mungkin ada kebenaran yang perlu orang lain nampak disebalik hukuman yang dijatuhkan kepada seseorang.+

1)ANNE GREEN
+Dihukum mati dengan cara digantung ketika berumur 22 tahun.Pada masa itu hukuman dilaksanakan dengan cara si pesalah disuruh naik tangga dan mengalungkan sendiri tali ke lehernya.Setelah tergantung selama 1/2 jam,tubuh Anne diturunkan dan diberi kepada pihak universiti sebagai bahan kuliah anatomi.Namun,ketika di kampus,peti mayat dibuka dan doktor mendengar suara bernafas daripada lehernya.+

+Mereka segera memberinya minum.12 jam setelah dalam kematian,Anne mula bercakap.Beberapa tahun kemudian Anne akhirnya berkahwin dan mempunyai 3 orang anak,serta dapat hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa kematian itu.Setelah itu,hukuman telah ditukar dengan pesalah akan digantung melalui cara dijatuhkan dari ketinggian tertentu untuk mematahkan lehernya disamping mempercepatkan masa kematian.+

2)JOHN HENRY GEORGE LEE
+John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma.Suatu hari Miss Emma dijumpai mati dengan kelaran di lehernya dan rumahnya terbakar.John kemudiannya dinyatakan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung.Menurut jadual,John akan digantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison.Ketika tiba harinya,John dibawa keluar dari selnya dan menuju ke tempat pelaksanaan hukuman.Namun ketika itu pintu ke tempat tersebut rosak dan tidak boleh dibuka.Bukan hanya sekali,dua kali tapi tiga kali.+

+Ditengah kekusutan pihak penjara,John diletakkan kembali ke selnya.Dan beberapa hari kemudian,hukumannya diubah menjadi penjara seumur hidup.+

3)WILLIAM DUELL
+Ketika berusia 16 tahun,William dihukum mati dengan cara digantung kerana atas tuduhan memperkosa dan pembunuhan terhadap seorang gadis di Village of Tyburn,London.+

+Sama seperti Anne,jasad William dibawa ke universiti untuk kuliah anatomi.Ketika jasadnya diletakkan di atas papan,petugas makmal menyedari William mula bernafas.Makin lama,semakin cepat.Dalam masa 2 jam,dia mula bergerak dan duduk.Malam itu juga,pemerintah memutuskan untuk menukarkan hukumannya menjadi hukuman kurungan.+

4)JOSEPH SAMUEL
+Joseph dihukum mati dengan cara digantung setelah melakukan rompakan rumah seorang wanita kaya dan polis yang menjaga rumah tersebut juga turut terbunuh oleh beliau.Joseph memang mengakui membuat rompakan itu tetapi menafikan pembunuhan tersebut.Hal ini kerana Joseph melakukan rompakan bersama kumpulannya tetapi ketua kumpulan tersebut telah dibebaskan kerana kurang bukti untuk disabitkan kesalahan.+

+Pada 1803,Joseph dibawa bersama pesalah lain ke Parramatta,di mana sudah ratusan orang berada disana untuk menantikan hukuman dijalankan.Setelah berdoa,Joseph naik ke atas gerobok dan lehernya dikalungkan tali.Setelah siap,gerobok tersebut ditarik.+

+Tetapi tali tersebut tidak menggantung tubuh nya,malah tali tersebut putus.Pihak penjara cuba sekali lagi tetapi kali ini tali tersebut panjang dan kaki Joseph mencecah tanah.Ditengah kekalutan para penonton,pihak penjara mencuba kali ketiga.Tapi tali tersebut kembali putus.+

+Setelah berita tersebut sampai ke gabenor,beliau mengubah hukuman terhadap Joseph kepada hukuman penjara seumur hidup.Gabenor dan petugas lain meyakini bahawa Joseph tidak bersalah.+

5)WENSESLAO MOGUEL
+Moguel dihukum mati dengan cara ditembak beramai-ramai oleh polis.Dia ditembak 9 kali,termasuk peluru yang terakhir yang ditembakkan ke kepalanya dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya.Entah bagaimana,Moguel boleh bertahan hidup dan merancang untuk menyelamatkan diri.Moguel pulang ke kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya.+


+Gambar di atas diambil pada tahun 1937 dalam rancangan Ripley's Believe It or Not.Moguel menunjukkan parut bekas peluru yang menembus kepalanya dari jarak dekat.+

+Salam semua.+

7 comments

pawaka19 said...

itulah takdir , hidup atau mati suma kuasa Allah.kesian pic yg last tu..walau kene tembak kepala still idup lagi

New Entry

"Review Filem Tekken (2010) : Survival is No Game"

+qasih nadira+ said...

Pawaka19:itu lah nama nya hidup~walaupun masih nyawa-nyawa ikan mereka masih boleh survive dan memulakan hidup yang baru dan menjadi lebih baik~

Mr. Asada said...

belum ajal lagi tu.. kalau tuhan nak suruh mati, bila-bila masa pun boleh jadi..

**benda blink2 kaler pink yang mengikut cursor kat blog ni cam mengganggu link yang nak d klik la..

MR.Z said...

vote no 5 tu..
tak sangka boleh hidup lagi..

+qasih nadira+ said...

Asada Ryutaro:semuanya ketentuan-Nya kan~

**saya perasan tu~tapi saya lupa kat mana nak hilangkan~bagi saya masa nak terjah balik tutorial tu ye~terima kasih~
n___n

c a k a p b o h o n g said...

Menarik info ni...

+qasih nadira+ said...

cakapbohong:mekasih~kredit to...em,tak ingat kat mana saya jumpa~haahahaha~lenkali saya kene letak kredit to tuannya~em..lupe3~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile