+Salam buat semua.+
+Kali ini nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang rahsia wanita.+
+Bila cakap pasal wanita,mesti lelaki akan pikir wanita ini adalah makhluk yang kompleks.+
+Perasaan nya amat susah untuk ditafsir.+
+Tindak tanduknya amat susah untuk diramal.+
+Jom!Qasih nak bongkar kan rahsia wanita ini pada semua pembaca.+
+Rahsia ini qasih ambil dan berkongsi dengan semua.+
1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3.Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.(sebab itu ramai yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.)
4.Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5.Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!
6.Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana nak menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8.Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.
11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintai dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik sahaja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
14.Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16.Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17.Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!!
18.Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20.Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudia barulah dirinya sendiri.
21.Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di dalam fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
22.Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25.Cinta bermaksud kesetiaan,ambil berat,jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26.Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
27.Senjata wanita adalah airmata!!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi mengadakan suprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
+HAH...Dah pecah pun rahsia wanita.+
+HEHE.Rasa nya macam betul je la semua rahsia yang qasih berikan tadi.+
+Semoga kita berjumpa lagi kawan-kawan.+
+Salam.+
6 comments
nape blog nei semacamm..qaseh knp ngan blog awk..mcm ade problem jew..
SheyPull:apa masalah nye wak???gtau cepat!!!hehehe~
info yg bagus untuk lelaki menekel aweks.. heheh
Pang Poet:wah~ramai sgt aweks tu~hehehe~all the best ye~hehehe~
"Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat"
Haa.. aku ska yg ni. Kpd smua yg bergelar lelaki, AWAS!! jgn merenung wanita scara mmbuta tuli. hehe..
Fikri:tau tak pe~laki memang suka pandang wanita dengan pandangan yang tajam~hehe~tak tau la nape~terpesona agak nya~huhu~
Post a Comment