Tuesday, July 27, 2010

.:dialog bersama kentut:.

.

Salam buat semua.Kali ini qasih berpeluang menemuramah Encik Kentut dan bertanyakan beberapa soalan cepu emas kepada dia.Dibawah ini merupakan dialog antara qasih dan Encik Kentut.Jemput-jemput lah membaca disamping kita akan mengenali Encik Kentut yang begitu rapat antara kita semua.



1.Darimana asal Kentut?
Dari gas di dalam usus.Gas ini berasal daripada gas yang hita hirup/sedut/telan dan keluar dari darah.Selain itu,gas ini datangnya dari gas hasil reaksi bahan kimia dan hasil dari bakteria di dalam perut.

2.Apa kandungan Kentut?
Bermacam-macam.Semakin banyak udara yang kita telan,semakin banyak juga kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dalam udara diserap oleh tubuh sebelum sampai ke usus).Interaksi kimia dan asid didalam perut juga menghasilkan karbon dioksida.

Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen.Jumlah gas-gas ini bergantung kepada apa yang anda makan,berapa banyak udara yang anda telan,jenis bakteria di dalam usus dan berapa lama kita menahan kentut.

Semakin lama anda menahan kentut,semakin banyak kadar nitrogen dalam kentut kerana gas-gas lain diserap oleh darah melalui dinding usus.Orang yang makan dalam keadaan tergesa-gesa(gelojoh) mempunyai kadar oksigen yang banyak dalam kentutnya kerana tubuh tidak sempat menyerap oksigen.

3.Kenapa Kentut berbau busuk?
Bau yang terhasil dari kentut kerana kentut mempunyai kandungan hidrogen sulfida dan merkaptan.Kedua-dua bahan ini mengandungi sulfur (belerang).Semakin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda,semakin banyak sulfur dan merkaptan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan semakin busuklah kentut anda.

Telor dan daging berperanan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut.Kacang-kacangan berperanan dalam menghasilkan bunyi (volume) kentut dan bukan kebusukannya.


4.Kenapa Kentut menghasilkan bunyi?
Kerana adanya getaran pada lubang dubur (anus) ketika kentut dihasilkan.Kekuatan bunyi kentut bergantung kepada kecepatan gas yang dihasilkan.

5.Kenapa Kentut yang busuk itu panas dan tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria.Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan kepanasan dan hasil sampingannya adalah gas busuk.Ukuran gelembung gas yang lebih kecil dan panas dengan hasil metabolisme bakteria menghasilkan bau busuk.Ia kemudian menjadi kentut,walaupun dengan bunyi yang perlahan tetapi SBD (Silent But Deadly.).

6.Berapa banyak Kentut dihasilkan dalam sehari?
Rata-rata dalam 14 kali kentut dalam sehari.

7.Mengapa Kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana densitinya lebih ringan.Pergerakan peristaltik usus juga mendorong isinya ke arah bawah.Tambahan pula,tekanan di sekitar anus lebih rendah.Dalam perjalanan ke arah anus,gelembung-gelembung kecil bergabung menjadi besar.

8.Berapa jangka masa yang diperlukan oleh Kentut untuk sampai ke hidung orang lain?
Bergantung kepada keadaan udara seperti kelembapan,suhu,kecepatan dan arah angin,berat molekul gas kentut,jarak antara transmitter dan receiver.Setelah dilepaskan,gas kentut menyebar dan kepekatannya akan berkurang.

Jika kentut tidak dikesan dalam beberapa saat,itu bermaksud ia telah disebar dengan begitu laju oleh udara-udara di sekeliling kita terutamanya jika berada dalam persekitaran yang luas seperti di taman.Kecualilah jika anda terkentut di dalam keadaan yang sempit seperti di dalam lif atau kenderaan,kepekatan kentut lebih banhyak sehingga baunya akan tinggal dalam keadaan yang lama dan diserap oleh dinding.

9.Adakah setiap orang Kentut?
Sudah pastu,kalau anda masih hidup.

10.Betulkah lelaki selalu kentut berbanding wanita?
Tidak ada hubungannya dengan jantina.Kalau benar,maka perempuan menahan kentutnya dan mengeluarkan kentut yang banyak jika tidak mampu menahannya lagi.

11.Bilakah orang selalu Kentut?
Pada waktu di dalam tandas,yang disebut sebagai "morning thunder".

12.Mengapa kacang-kacangan menyebabkan banyak Kentut?
Kerana kacang mengandungi zat gula yang tidak boleh dicerna oleh tubuh.Ketika zat ini sampai ke usus,bakteria di dalam usus akan menghasilkan gas dari zat ini.Jagung,kubis dan susu juga menghasilkan banyak jumlah kentut.(bukan baunya.)

13.Selain makanan,apa yang menyebabkan Kentut?
Udara yang di telan,makan dengan gelojoh,makan tanpa dikunyah,minum softdrink,naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah sehingga gas di dalam usus mengalami pengembangan,sehingga muncul sebagai kentut.)

14.Adakah Kentut sama seperti Sendawa,cume keluar melalui lubang yang berbeza?
Tidak.Sendawa muncul daripada perut,terhasil dari kimia lain selain kentut.Sendawa mengandungi udara lebih banyak manakala kentut mengandungi gas yang dihasilkan oleh bakteria yang lebih banyak.

15.Kemana perginya Kentut kalau ditahan atau tidak dikeluarkan?
Bukan diserap oleh darah dan bukan juga hilang disebabkan kebocoran.Kentut akan berpindah menuju je bahagian atas ke usus dan menunggu giliran dan peluang yang lain untuk keluar semula.Jadi bukannya lenyap,cuma mengalami penundaan masa.

16.Mungkinkah Kentut boleh membakar?
Kentut mengandungi metana,hidrogen yang boleh terbakar dan kalau terbakar,nyalaannya berwarna biru kerana kandungan unsurnya adalah hidrogen.

17.Bolehkah menyalakan mancis dengan Kentut?
Jangan mengada-ngada!Kandungan bahannya lain dan suhunya juga tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.


18.Mengapa Kentut anjing dan kucing lebih busuk?
Kerana haiwan ini adalah karnivor.Daging kaya dengan protein.Protein mengandungi banyak sulfur,jadi kentut haiwan ini lebih busuk.Berbeza seperti herbivor,seperti gajah,kuda dan kambing yang menghasilkan banyak kentut,lebih lama,lebih kuat bunyinya tapi tiada bau.

19.Adakah kita akan pening kepala kalau bau Kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandungi sedikit oksigen.Mungkin sedikit sahaja anda akan mengalami pening kepala jika mencium kentut terlalu banyak.


20.Apakah warna Kentut?
Tidak berwarna.Jika berwarna,kita akan mengetahui empunya kentut.

21.Apakah Kentut itu asid,alkali atau neutral?
Asid kerana kentut mengandungi karbon dioksida (CO2) dan hidrogen sulfida (H2S).

22.Apakah yang akan terjadi jika seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus mempunyai banyak kandungan sulfur (belerang) di lapisan udaranya.Jadi,jika kentut disana tidak ada kesannya.


Itulah serba sedikit pengenalan tentang kentut yang dihasilkan oleh diri kita sendiri.Selamat berkenalan dengan teman baru.^___^.Salam buat semua.Semoga kita berjumpa lagi.


4 comments

pawaka19 said...

nice info qasih..kentut ni leh menghasilkan belerang rupanya..macamanala org duk main belerang untuk meriam tu hehehe

+qasih nadira+ said...

Pawaka19:kentut tidak superb macam belerang sebenar~kalo superb macam 2 gerenti la budak-budak yang main meriam tu ilang buntut kalo terkentut~hehehe~

pocoyo said...

hahaha....comel la awak punya post nie...hahahah...keep in posting :)

+qasih nadira+ said...

pocoyo:mekasih~susah gak nak wat temuramah nie~hehehe~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile