Monday, July 19, 2010

.:makanan dan minuman yang membuatkan kita mengantuk:.

.

+Salam buat semua.+
+Kali ini qasih nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang makanan dan minuman yang boleh menyebabkan kita mengantuk.+
+Semoga dengan perkongsian ini kita dapat sama-sama mengurangkan kadar penambilan kita dalam pemakanan seharian kita.+
+Jom kita baca sama-sama.+

1)MENGAMBIL SARAPAN YANG MANIS

+Gula dan karbohidrat mungkin boleh meningkatkan tenaga tapi mreka juga boleh menurunkannya dengan cepat.Penurunan gula dalam darah yang terlalu drastik mengakibatkan tubuh lemah dan selalu menguap untuk mendapatkan oksigen lebih banyak untuk pembakaran tenaga.Hindari makanan manis seperti donat atau kuih-kuih manis kerana makanan ini boleh menurunkan penghasilan zat kimia dalam otak yang berfungsi membuatnya sentiasa cerdas.+

2)MINUMAN BERENERGI

+Minuman khusus seperti ini biasanya mengandungi gula yang tinggi dan juga kafein.Beberapa lama setelah minum,gula dalam darah kembali turun dan menyebabkan kehausan dan tenaga menjadi lemah.Lebih baik minum air kosong/mineral water jika terasa haus berbanding mengambil minuman berenergi dan menjadi malas serta mengantuk.+

3)MAKANAN BERLEMAK

+Secara teorinya,lemak lebih susah dicerna.Organ pencernaan memerlukan masa 6 hingga 8 jam untuk mencernanya,dan disebabkan itu jika tubuh tidak mempunyai energi yang cukup kita akan berasa lemah dan mengantuk.Makanan yang berlemak juga berkemampuan melemahkan daya ingatan.+

4)MAKANAN RENDAH ZAT BESI

+Zat besi adalah zat yang diperlukan untuk tenaga dan kalori.Kita akan berasa lebih lemah jika kurang zat ini.Bahagian paha ayam lebih baik dalam meningkatkan zat besi berbanding dengan bahagian dadanya.Daging merah juga tinggi zat besi tetapi lebih banyak kolesterol.Labu juga mempunyai zat besi yang tinggi.+

5)ANGGUR MERAH/ARAK

+Segelas anggur ketika makan malam mungkin kedengaran enak bagi sebahagian orang.Tapi seperti yang kita ketahui alkohol boleh menyerap tenaga dari tubuh kerana mengandungi melatonin yang tinggi.iaitu hormon yang menghasilkan rasa mengantuk.Tapi jangan sesekali menggunakan alkohol sebagai ubat tidur,seeloknya minum lah susu untuk menggantinya.

+Semoga kita mendapat sedikit ilmu dalam post pada kali ini.+
+Semoga kita berjumpa lagi.+
+Salam semua.+


5 comments

A.I said...

alamakk sarapan manis?
ishhh susah nak konmtrol nihh.

neway lemak betol!
i hate nasik lemak pagi2. huhuhu~

Amir Syahir said...

ehhee..best2.

K2r~90 said...

hooo membuatkan diriku ingin makan sekali lagi hehe

pawaka19 said...

wah lemak boleh lemahkan daya ingatan ..gula lak leh bg mengantuk..hem baru faham..kene minum air minerala lepas ni

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Teknologi Night Vision Pada Kereta Masa Kini"

+qasih nadira+ said...

Aisha Saad:mesti suke ambik kuih-muih kan?boleh je nak makan tp jangan la selalu~nasi lemak memang mengantuk kan~setuju gak 2~

hiro:jangan lupa amalkan tau~
n___n

K2r~90:makan sekadar sahaja~jangan makan banyak2 tau~hehe~

Pawaka19:air mineral tu memang baik untuk kesihatan kita tau mel~nanti pergi keje jangan lupa bawa air tau~
n___n


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile